Activity · Car

DIY – Servis Kereta Sendiri

Servis kereta adalah perkara wajib dalam bab penjagaan kereta, yang mana ianya adalah penjagaan dari aspek mekanikal. Selalunya servis yang dimaksudkan ialah tukar minyak hitam, dan itulah perkara yang telah saya lakukan.

20140913_131813

Semasa di Malaysia, saya tak pernah servis kereta sendiri (Proton Wira). Selalunya saya hantar ke bengkel/workshop kereta untuk servis. Walhal Proton Wira la yang paling senang untuk di servis kerana ianya straight forward.

20140913_131844

Namun begitu di UK amnya Glasgow khususnya, saya terpaksa melakukan servis kereta sendiri oleh kerana kerja-kerja yang berkaitan dengan servis atau manpower agak mahal bagi rakyat marhein seperti saya.

20140913_132131

Saya membuat beberapa survey, dimana sekiranya saya hendak hantar ke BMW Authorised Dealer maka £3++ perlu dilaburkan. BMW Independent pula dalam sekitar £1++ bergantung pada jenis servis.

20140913_141212

Setelah survey dibuat dibeberapa bengkel kereta maka saya dapat rumuskan, DIY lebih murah dan jimat. Apa yang perlu saya buat ialah membeli tools dan barang yang diperlukan untuk servis kereta seperti minyak enjin dan sebagainya.

20140913_141318

Apa yang menariknya kos peralatan dan barang servis kereta di sini agak murah, separuh daripada kos servis yang ditawarkan oleh BMW Independent. Disebabkan itu saya berhasrat untuk servis kereta sendiri.

20140913_144835

Tools dan barang untuk servis saya beli melalui eBay. Setelah semua barang sampai dengan selamat, maka saya terpaksa menanti hari yang cerah untuk projek servis kereta. Ini kerana cuaca di Glasgow tidak menentuk dan boleh kata hampir setiap hari hujan.

20140913_144937

Hari yang ditunggu pun telah tiba, weather forecast juga meramalkan cuaca cerah sepanjang hari. Maka saya lakukan servis seawal pagi kerana risau panas tidak sampai ke petang tetapi hujan ditengahari.

Proses servis yang saya lakukan ialah

  • Melakukan engine flush
  • Menukar air filter
  • Menukar pollen filter
  • Menukar oil filter
  • Menukar minyak enjin/hitam
  • Menukar spark plug
  • Menukar lower timing chain skru

Mula-mula sekali saya tuangkan Wynn’s engine flush ke dalam engine, kemudian start engine dan revving sehingga 2000 RPM selama 15 minit. Ini membolehkan semua kekotoran sludge di dalam engine keluar semasa menukar minyak hitam nanti. Walaupun ada beberapa komen di dalam internet mengatakan ianya tidak bagus dilakukan, tapi saya lakukan juga.

20140913_145042

Selepas 15 minit telah berlalu, saya matikan engine kereta dan mula jack kereta dengan trolley jack. Saya terpaksa menggunakan 2 trolley jack yang dipasang pada kiri dan kanan kereta kerana saya tidak mempunyai jack stand. Bahaya cara begini, namun saya tawakal sahaja.

20140913_150819

Kemudian saya masuk ke bawah engine untuk membuka nut minyak engine. Agak sukar sebenarnya, kerana lubang nut tersebut agak longgar mungkin kerana sudah beberapa kali ianya dibuka tutup ketika servis sebelum ini. Dengan menggunakan ratchet wrench saya berjaya membuka nut. Dalam masa yang sama bekas untuk menadah minyak hitam telah berada di bawah tempat keluarnya minyak hitam.

20140913_150824

Pada waktu ini, saya hanya duduk berehat sambil memerhati minyak hitam telah keluar semuanya. Ketika minyak hitam sedang mengalir keluar, saya mula membuka oil filter dan menukarnya dengan yang baru. Berbeza dengan Proton Wira dimana oil filter perlu ditukar keseluruhan termasuk casing, manakala BMW hanya perlu tukar isinya sahaja iaitu penapis.

20140913_152248

Oil filter ditukar berserta dengan O-ring yang baru, agar tiada kebocoran minyak berlaku. Selepas minyak hitam habis keluarm barulah saya mula memasang semula Oil filter yang baru kemudian memasang semula drain plug berserta washer baru.

20140913_152710

Oleh kerana saya hendak menukar spark plug maka ada banyak barang yang perlu dibuka sebelum sampai ke bahagian engine cover. Bermula dengan kotak air filter, kemudian saya terpaksa membuka kotak pollen filter, selepas itu saya terpaksa buka tapak pollen filter dan seterusnya saya terpaksa membuka strut bar bahagian kiri. Strut bar memang tersangatlah keras, disarankan menggunakan Breaker Bar yang panjang.

20140913_154003

Selepas strut bar dibuka barulah mudah untuk membuka engine cover. Selepas itu coil pack dicabut, barulah saya dapat access untuk membuka spark plug. Pada waktu ini barulah saya tahu kenapa bengkel charge mahal untuk servis BMW. Untuk menukar spark plug sahaja, saya terpaksa membuka banyak benda lain sebelum sampai ke situ.

20140913_160738

Spark plug saya menggunakan soket 16mm. Soket thin wall saya gunakan kerana ruang lubang spark plug agak sempit. Proses membuka spark  plug agak mudah, ketika menukar spark plug baru saya menggunakan Torque Wrench pada setting 30nm.

20140913_161512

Apabila diperhatikan, spark plug lama masih dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan. Oleh kerana saya sudah sampai ke tahap ini, saya tukarkan sahaja dengan yang baru. Selepas memasang semua spark plug dan coil pack, saya menuang engine oil ke dalam engine.

20140913_161653

Sebelum memasang semula barang-barang berkaitan, saya cuba menghidupkan engine untuk memastikan spark plug berfungsi seperti yang sepatutnya. Semuanya berjalan lancar, kemudian saya mematikan engine kereta dan mula memasang semula engine cover.

20140913_163409

Selepas memasang engine cover, saya memasang semula strut bar, kemudian diikuti dengan tapak pollen filter. Kemudian saya menukar pollen filter lama dengan yang baru. Pollen filter ini berfungsi untuk menapis udara yang masuk ke dalam kereta.

20140914_100309

Selepas pollen filter dipasang, maka giliran untuk air filter box. Semua proses servis DIY ini, mengambil masa saya selama 4 jam. Wohohoho.. mungkin sebab 1st time dan segalanya saya lakukan dengan berhati-hati terutama bahagian spark plug. Risau sekiranya spark plug snap, memang alamatnya terpaksa buka engine head. Itulah satu-satunya yang saya cuba elakkan.

20140914_100323

Akhir sekali apa yang perlu dibuat ialah reset semula servis counter pada komputer BMW. Ini amat penting kerana bagi memudahkan saya mengetahui servis interval yang seterusnya.

20140914_100643

Kat Malaysia aku tak buat servis, kat UK juga yang aku buat. Proton yang mudah pun aku tak buat, BMW yang susah juga aku buat projek. Kepayahan dan kesusahan yang saya lalui akhirnya membuahkan hasil. Kereta terasa ringan, dan meluncur laju dengan cemerlang.

20140913_141225

Total kos untuk servis kereta ialah £88. Mula-mula rasa macam orang gila, servis kereta sendiri. Risau, takut rosak dan sebagainya. Kalau la rosak, mahal woo~ mau ganti. Tapi selepas dapat jimat amaun yang pada saya tersangatlah besar, saya rasa risiko ini agak berbaloi.

Buat julung kalinya, inilah kereta pertama yang saya servis sendiri. Balik Malaysia nanti buka bengkel untuk tukar minyak hitam jer. Wahahaha..

Float like a Cadillac, Sting like a Bimmer..

Activity · My Life at UK

Hiking at Conic Hill, Balmaha

Agak lama juga saya tidak mengikuti aktiviti outdoor. Disebabkan kekangan masa dan kerja, aktiviti hiking hanya dapat saya sertai dikala berkelapangan. Pun begitu, aktiviti outdoor hanya dapat dilakukan sekiranya cuaca mengizinkan.

Sekiranya cuaca hujan lebat atau angin kencang, maka aktiviti outdoor akan menjadi lebih berisiko. Saya pula lebih suka menyertai anjuran rakan-rakan yang aktif hiking berbanding hiking bersendirian. Oleh itu, kena tunggu si penganjur buat announcement hiking.

Setelah cuaca, masa, tarikh dan tempat diambil kira, akhirnya kami memilih Conic Hill, Balmaha untuk hiking. Oleh kerana ramai peserta beginner, maka kami menggunakan laluan mudah untuk naik ke atas.

Sebelum bertolak kami solat Subuh berjemaah di Dawatul Islam dan pada jam 9am kami mula bertolak ke Conic Hill dengan menaiki dua kereta. Seramai 8 orang peserta yang mengikuti winter hiking pada kali ini.

Kami sampai awal sedikit dari jangkaan, iaitu 9.20am. Tourist Centre yang ada di situ mula beroperasi jam 9.30am. Kami selesaikan dahulu “hajat” masing-masing sebelum melakukan aktiviti pendakian.

Apabila semua orang telah bersedia, kami semua mula mengorak langkah. Semua orang bersemangat waja semasa mendaki, cuma apabila bukit semakin curam ramai yang berhenti seketika untuk menarik nafas. Tidak kurang juga pendaki beginner yang pada kelihatan seperti putus asa.

Kata-kata semangat diberikan supaya tidak putus asa kerana perjalanan mendaki masih jauh ke atas. Apabila sampai ke salah satu puncak semua orang menarik nafas lega kerana pemandangan sungguh cantik.

Setelah berehat lebih kurang, kami meneruskan pendakian sehingga ke puncak tertinggi. Di situ kami mula bergambar dan ada yang mula makan mungkin kerana kelaparan dan kepenatan. Belum pun puas menikmati pemandangan yang agak menarik dari atas, nun dari jauh kelihatan awal gelap dan tebal.

Kebarangkalian untuk hujan agak tinggi diselangi dengan angin yang agak kencang. Sebelum hujan lebat melanda, kami mula turun. Jika ketika mendaki kami naik ikut laluan mudah, apabila turun kami ikut laluan yang lebih mencabar.

Cabaran menuruni laluan bukit yang sukar diketuai oleh saya sendiri, manakala peserta yang kurang fit turun semula menggunakan laluan yang mudah. Setiap langkah diambil dengan berhati-hati, kerana tersilap langkah silap haribulan nyawa melayang.

Gambar menuruni laluan sukar tidak dapat saya snap kerana keselamatan diri lebih penting dari moment yang ingin ditangkap. Kami semua berjaya turun dengan selamat, namun terdapat sedikit masalah kerana ada peserta yang gayat rupanya.

Sampai di satu kawasan kaki bukit, kami menikmati makanan kerana masing-masing sedang lapar. Selesai makan, kami turun semula ke Tourist Centre untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah sebelum balik.

Elok sahaja keluar simpang dan bertolak balik, tiba-tiba cuaca tersangatlah cerah. Muncul pula cahaya matahari yang sebelum ini bersembunyi di sebalik awan. Rasa macam nak repeat pula.

Activity

Lepak at Mamak

Dalam banyak-banyak perkara yang dah lama terfikir nak buat ialah lepak di kedai mamak. Sambil menikmati teh tarik dan bersembang dengan member a.k.a kawan la tu. Tanpa menunggu masa yang lama malam itu juga terus aku hubungi member rapat yang selalu aku ajak keluar minum bersama iaitu Dol (bukan nama sebenar).

Akhirnya dapat juga aku menikmati minuman kegemaran aku iaitu Nescafe Ais. Teh tarik memang aku tak minum kerana rasanya dan mempunyai gejala pelik apabila aku meminumnya. Jantung bekerja dengan begitu pantas, mungkin kerana chemical yang ada padanya.

Tempat lepak default kami ialah al-Azwath, tempat yang suatu ketika dahulu begitu meriah kini agak hambar. Mungkin kerana servis yang lambat dan makanan yang kurang sedap. Tidak seperti dahulu, meja sentiasa penuh dengan pelanggan. Lebih-lebih lagi apabila ada tayangan bola EPL.

Banyak cerita yang diutarakan, apabila aku yang bercerita memang cerita berkenaan life aku di UK. Apabila Dol bercerita, memang berkenaan life work di tempat kerja lama. Macam-macam yang telah berlaku sepanjang ketiadaanku. Kadang-kadang rasa beruntung pun ada kerana aku tidak melalui apa yang Dol lalui.

Sembang punya sembang, tanpa disedari jam sudah menunjukkan 4 pagi. Kalau ikutkan aku, mahu jer aku layan sampai ke 6 pagi. Tapi si kawan seorang ni mata sampai terpaksa tahan dengan batang mancis. Heheh..

Masih ada banyak masa lagi untuk lepas di kedai mamak. This is just a beginning.

Activity

Holiday in London – Day 6 (Last Day)

Hari yang ke-6, tidak banyak perkara sebenarnya. Oleh kerana masa untuk check-out hotel ialah sebelum jam 12pm, maka kami terpaksa keluar awal. Akan tetapi kami terpaksa keluar lebih awal dari biasa kerana flight kami ke Glasgow ialah pada jam 12pm.

So, dipendekkan cerita kami check-out hotel pada jam 9am. Selepas agak reda dengan kesibukan orang ramai pergi kerja, kami pun menaiki bas dari Euston Station ke London Liverpool Street Station.

Dari London Liverpool Street Station kami terus menaiki train ke London Stansted Airport. Nasib baik kami sampai on time, apa yang dirisaukan ialah bukan ler masa untuk check-in tetapi masa pemeriksaan. Sekiranya sangkut memang kena periksa satu persatu dan ini akan memakan masa yang lama.

Apa yang tak best semasa pemeriksaan ialah semua barangan kena tanggal seperti jam, tali pinggang, kasut dan apa sahaja barang yang mempunyai logam. Sudah ler saya pakai seluar longgar hari tu, suruh pula tanggalkan tali pinggang. Buatnya terlucut tak pasal jer.

Namun perjalanan kami agak lancar dan kami selamat tiba pada jam 1.15pm di Glasgow Airport.

Selepas saya buat analisa mengenai trip ke London, 6 hari masih tidak cukup untuk cover semua tempat menarik di London. Pada anggaran saya, sekurang-kurangnya memerlukan 2 minggu untuk cover semua tempat.

6 hari yang ada pun rasa macam tergesa-gesa, apa yang perlu semasa holiday ialah rilek dan santai, bukannya rushing macam orang nak ke tempat kerja. London memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau ada rezeki lebih, mungkin akan datang ke London sekali lagi. Hehehe..

Activity

Holiday in London – Day 5

Pada hari yang ke-5, kami sekali lagi menaiki bas Hop On-Hop Off untuk menaiki River Cruise. Oleh kerana untuk ke sana mengambil masa agak lama kerana bas pusing ke semua tempat, apabila sampai ke destinasi ianya telah makan masa separuh hari.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berhenti di Tower of London. Di sana kami makan tengahari di restoran KFC, nasib baik la ianya halal. Tanpa membuang masa, terus order satu bucket yang ada 10 ketul ayam. Oleh kerana di sini ialah London, apa yang ada ialah Original Recipe. Spicy memang takder dalam menu.

Beza makan ayam KFC di London dan ayam KFC di Glasgow ialah saiznya yang besar. Kalau di London ianya agak besar tapi di Glasgow ianya sangatlah kecil. Rasa tetap sama, harga tetap sama, namun saiz sahaja yang berbeza.

Walau bagaimanapun tetap tidak boleh lawan ayam KFC Malaysia yang besar. Hahaha.. kalau bab yang ni, Malaysia menang la. Selesai makan kami membatalkan hasrat untuk menaiki River Cruise kerana ia mengambil masa lebih kurang sejam di atas bot dan kami pula terkejar masa.

Dari Tower of London kami menaiki Tube dan terus ke Harrods. Gedung membeli-belah yang paling terkenal di kota London. Terkenal dengan jenamanya yang mewah dan mahal. Kebetulan ada diskaun pada jualan perfume, memang murah ler harganya. Kalau nak beli ketika harga asal memang tak mampu ler jawabnya.

Apa yang boleh kami buat ialah hanya cuci mata melihat barangan yang harganya membuatkan kami menelan air liur berkali-kali. Tapi yang hairannya ianya sentiasa penuh dengan orang. Kaya betul orang London ni rupanya. Orang arab pun tidak kurang hebatnya, mudah untuk lihat orang arab di Harrods ni.

Habis sahaja melawat Harrods kami menaiki bas dan turun di Piccadilly buat kali kedua dan makan malam di Restoran Rasa Sayang buat kali kedua. Kali ini kami order Nasi Goreng Kampung, ABC, Mee Udang dan air panas. Pendek kata sedap belaka masuk kali kedua pun sedap sahaja.

Memang ada restoran Melayu yang lain, namun oleh kerana tempatnya agak jauh sedikit dari kawasan pelancongan menyebabkan kami agak sukar untuk ke sana. Ditambah pula kami terkejar-kejar masa.

Selesai makan saya sekeluarga balik ke hotel dengan berjalan kaki. Sambil menikmati pemandangan kota London.

Activity

Holiday in London – Day 4

Masuk hari ke-4, saya sekeluarga menaiki bas pelancong iaitu Hop On-Hop Off. Apa yang menarik menaiki bas ini ialah kami akan di bawa mengelilingi sekitar kota London ke tempat-tempat pusat tarikan pelancong.

Bergantung pada route yang dipilih, sama ada untuk melihat kawasan City, Museum dan kawasan tumpuan utama. Destinasi pertama kami ialah M&M’s World. Pusat coklat M&M’s terbesar di dunia, bangunan 3 tingkat ini juga menjual barangan cenderahati dan juga coklat M&M’s. Di dalam bangunan ini juga terdapat kilang memproses coklat yang boleh dilihat melalui cermin. Proses pembuatan coklat boleh dilihat satu persatu sehinggalah kami beli coklat tu.

Kemudian kami pergi ke Chinatown London untuk melihat suasana di sana. Memang ramai betul orang Cina di sini, saya pula seperti macam ada geng baru. Hahaha..

Tujuan utama kami ke Chinatown adalah untuk mencari restoran Rasa Sayang. Ianya ialah restoran cina kepunyaan rakyat Malaysia dan menghidangkan makanan yang halal. Saya memesan Nasi Lemak dan Milo Tabur, manakala isteri saya memesan Koew Teow Goreng dan Sotong Kangkung. Puas hati makan, nasi lemak yang sedap sambal pun sedap. Milo Tabur memang susah nak dapat pun ada jual.

Isteri saya memang penggemar Koew Teow, sedap betul katanya. Sotong Kangkung pun sedap sehingga menjilat pinggan. Hahaha.. pendek kata makan dengan hati yang puas. Harga sama macam di Malaysia, cuma ianya dalam currency Pound.

Selepas kenyang makan, kami menaiki bas dan turun di Trafalgar Square tempat tumpuan pelancong yang sememangnya ramai orang di sini. Ianya seperti sebuah dataran yang mempunyai arca dan beberaa kolam air pancut. Di depannya pula ada sebuah museum yang mana kami tidak masuk walaupun ianya percuma.

Ini kerana kami mengejar masa, kerana masih banyak tempat menarik yang belum dilawati. Selepas itu, kami menaiki bas Hop On-Hop Off dan meneruskan perjalanan ke Buckingham Palace. Kami pun bergambar di depan istana dimana tempat tinggalnya Ratu Elizabeth. Boleh nampak dari jauh pengawal diraja sedang berkawal dengan topi hitam sedang berdiri tegak seperti yang selalu kita lihat dari cerita wayang tu.

Selepas bergambar tiba-tiba terjumpa pulak Fazlan sekeluarga yang kebetulan baru sampai. Kemudian kami bergambar bersama dan meneruskan perjalanan masing-masing. Sementara menunggu ketibaan bas, kami masuk ke dalam pusat cenderahati Buckingham Palace. Cenderahati yang cukup menarik, lain dari yang ada jual di luar. Setiap barangan cenderahati cukup bermutu, boleh dilihat setiap inci barangan terjaga kualitinya. Harganya pun menarik juga. WoW..

Keluar sahaja dari pusat cenderahati, bas yang kami tunggu telah pun tiba. Kami pun meneruskan perjalanan pusing sekitar Bangunan Parlimen, Big Ben, Eye of London, London Bridge, The London Dungeon, Tower Bridge, Tower of London, St Paul Cathedral dan kami berhenti di Piccadilly. Selepas dari Buckingham Palace, kami melihat semua hanya dari atas bas ini kerana hari telah pun malam dan bas yang kami naiki adalah bas yang kedua terakhir sebelum tamat operasinya.

Sampai di Piccadilly kami berjalan kaki menuju ke Restoran Rasa Sayang untuk membeli Chicken Wing sebagai Takeaway. Dari Chinatown kami berjalan kaki balik menuju ke hotel penginapan kami. Penat sungguh tetapi puas.

Activity

Holiday in London – Day 3

Masuk hari ke-3, destinasi seterusnya ialah Bicester Village. Cara kami sebut ialah “Bi-Ces-Ter”, rupa-rupanya salah cara sebut. Sepatutnya ialah “Bice-Ster”. Patutlah Mat Salleh tu berkerut dahi bila dengar kami sebut “Bi-Ces-Ter”. Satu ilmu baru yang telah dipelajari.

Di sini ialah pusat shopping yang terkenal, dimana tertumpunya semua butik-butik barangan branded yang boleh dikatakan semuanya ada. Dari jenama barangan lelaki sehingga la perempuan, sehingga semahal-mahal jenama seperti Dunhill.

Senang cerita barangan di sini lebih murah dari yang ada di gedung membeli-belah seperti Harrods, mungkin kerana di sini ialah Village. So, sewa bangunan lebih murah berbanding yang ada di kota London.

Untuk ke Bicester Village, kami terpaksa menaiki train dari London Marylebone Train Station dan berhenti di North Bicester. Selepas itu kami menaiki Coach atau Shuttle yang tersedia untuk ke Bicester Village.

Pertama sekali sebelum mengerahkan tenaga untuk shopping, kami makan tengahari. Oleh kerana tidak ada option makanan halal, maka kami melihat menu yang tidak mempunyai menu pork di dalamnya. Selepas berpuas hati, kami pun memilih restoran Thailand yang mana tidak menghidangkan pork. Namun menu yang kami pilih terhad kepada vege dan seafood sahaja.

Entah macam mana semasa setelah pilih makanan, isteri saya tersalah pilih makanan. Apa yang datang ialah Nasi Pulut, oleh kerana sayang punya pasal sebab dah order, maka sayalah yang makan nasi pulut tu. 2 mangkuk nasi pulut saya makan seorang, 1 pinggan bahagian saya, 1 pinggan lagi bahagian isteri saya.

Tak pernah-pernah saya makan nasi pulut seperti orang makan nasi biasa. Orang lain makan pulut sebagai side dish, saya pula makan pulut sebagai main meal. Isteri saya pula order nasi putih yang biasa untuk dimakan.

Habis jer makan, tiba-tiba kepala seperti hendak pitam. Orang Melayu kata angin dah naik kepala. Semasa hendak mencari toilet tiba-tiba saya terus pitam, nasib baik manager kedai datang membantu. Kalau dah pitam tu apa yang boleh dibuat? Cuma dengar suara orang sekeliling tapi penglihatan langsung padam seperti mata tertutup, walhal mata dah buka seluas-luasnya.

Manager kedai bertanya saya, apa yang saya makan? Saya pun kata “I ate the glutinous rice”. Semua pelanggan kedai yang ada tertumpu pada saya. Hahaha, fames sekejap dengan cara yang tidak macho. Lebih kurang 5 minit dalam keadaan pitam, barulah penglihatan saya pulih seperti sediakala.

Kemudian barulah saya ke meja untuk berehat, manager berkenaan memberikan segelas air dan bertanya kepada isteri saya berkenaan dengan kesihatan saya. “Is this his first time being like this?”. Spontan jer jawab “No”.

Setelah buat analisa ringkas, pulut ni tak boleh makan banyak-banyak. Orang Melayu kata ada angin, tapi nak explain kepada manager Mat Salleh istilah angin ni agak sukar kerana masalah komunikasi. So terpaksa la explain dengan istilah medic iaitu flood.

Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah semasa datang untuk makan tengahari, kami memang datang dengan perut yang kosong. Langsung tidak makan breakfast, so lepas ni breakfast memang wajib tak boleh tinggal. Pulut tu pun sama, makan as a side dish not as a main meal.

Habis bayar jer makanan, saya pun pergi la mengambil udara segar di luar sambil menemani wife keluar masuk butik-butik pilihan. Sedar tak sedar hari semakin gelap, tapi tidak hairan pun kerana Winter Season pendek masa siangnya. Setelah puas shopping, lebih kurang hampir jam 5pm kami pun balik semula ke London dengan penuh sarat barangan shopping.

Shopping macam orang kaya jer, sebab semua barangan branded tapi murah. Even after convert kepada Ringgit Malaysia, still jauh lebih murah dari beli di Malaysia. Mungkin lepas ni boleh datang sekali lagi. Even hari ketiga habis hanya di Bicester Village bukan di London.

Activity

Holiday in London – Day 2

Bangun pagi gosok gigi, hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Seronok bukan main bila dah sampai ke kota London. Selalu asyik tengok dari TV dan internet jer, kini saya sudah jejak kaki ke kota London.

Destinasi saya yang pertama ialah Madame Tussauds iaitu galeri patung lilin yang memaparkan artis-artis dan orang kenamaan yang terkenal. Jarak dari hotel tempat saya menginap ke Madame Tussauds tidak jauh, oleh itu saya sekeluarga hanya berjalan kaki sahaja.

Sampai di sana punyalah ramai orang, walaupun WeekDays, kalau WeekEnd macam mana la pula ramainya. Bermacam-macam figure patung yang ada bermula dari figure David dan Victoria Beckham sampai la ke patung Marvel Super Hero.

Bermacam-macam patung yang ada, peluang bergambar tidak dilepaskan. Kamera yang sudah siap sedia dengan bateri yang penuh cas beraksi buat sekian kalinya. Boleh kata semua gambar saya adalah bersama dengan artis perempuan. Wahahaha.. nasib baik ler patung, kalau orang betul mesti wife saya cemburu gila babeng. Hehehe..

Agak lama juga kami di dalam galeri Madame Tussauds tu, sedar-sedar jam telah pun masuk pukul 2pm. Ada bahagian tempat yang memaparkan patung penjenayah dan orang yang dibunuh. Tetapi hanya saya seorang sahaja yang masuk, Umair dan mama dia pergi ke galeri lain.

Kemudian ada bahagian patung watak Marvel Super Hero berserta tayangan panggung 4D sekali. Habis di situ kami membeli cenderahati di dalam galeri. Memang salah satu tempat wajib untuk dilawati apabila sampai ke London. Rugi wooo~ kalau siapa tak gi melawat. Cuma siap sedia jer la harga tiket yang boleh membuatkan poket anda berlubang.

Oleh kerana Winter Season sangat pendek waktu siangnya, jam 3.30pm sudah semakin gelap. Saya sekeluarga balik ke hotel untuk berehat kerana ada temujanji untuk makan malam di Satay House.

Lebih kurang jam 8pm kami pergi ke Satay House bersama dengan satu lagi family juga kawan dari Edinburgh. Kami berjumpa dengan 3 orang lagi rakan yang belajar di London. Nasib baik kami dah tempah meja lebih awal, sebab kedai ni memang sentiasa penuh memanjang.

Apabila lihat menu ada Nasi Beriani Kambing, tanpa banyak soal terus order. Wife saya yang sangat sukakan mee, pun order Mee Bandung. Apabila dah sampai di Satay House, menu sate mesti ler ada. Tapi siapa sangka, ada juga sate kambing kat sini. Tapi saya tak order ler. ABC pun ada, saya order sekali. Memang betul-betul makan besar.

Malaysian Scotland dan Malaysian England apabila dah berjumpa, memang banyak la yang diperbualkan. Memang seronok bercerita kisah lama, cerita pengalaman masing-masing di perantauan.

Semua masakan boleh dikatakan sedap-sedap belaka, termasuk la sate sekali. Cuma Mee Bandung tu sudah semestinya tidak boleh menandingi Mee Bandung Muar, Abu Bakar Hanipah. Walau bagaimanapun, ianya cukup sedap.

Apa yang seronok tinggal di London ni ialah banyaknya restoran makanan Malaysia. Berbanding Glasgow tempat saya tinggal sekarang, hanya ada 7 restoran Malaysia, namun hanya 1 sahaja yang halal.

Kalau ikutkan hati memang hendak rasa semua masakan Malaysia yang ada, namun ongkosnya tidak membenarkan. Banyak lagi restoran Malaysia yang lain, mungkin boleh cuba dilain hari.

Activity

Holiday in London – Day 1

Hari demi hari, akhirnya masa yang ditunggu pun tiba. Tujuan asal hendak ke London ni adalah hendak perbaharui Passport yang sudah hampir tamat tempoh. Oleh kerana hendak menjimatkan belanjawan yang ada, maka tiket flight dan hotel ditempah lebih awal untuk mendapatkan harga yang murah.

Namun seperti biasa, kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan segala-galanya. Siapa sangka setelah tempah tiket flight dan hotel, rupa-rupanya Mobile Immigresen Malaysia ada buka gerai di Edinburgh semasa hari sukan Edinburgh Games 2012 pada Oktober lepas. So, saya sekeluarga pun renew passport di Edinburgh.

Tiket flight dan hotel telah ditempah, so nak taknak kena la pergi juga ke London. Maka makan angin la saya sekeluarga di sana. Dengan menaiki flight EasyJet, penerbangan kami dari Glasgow ke London hanya mengambil masa 1 jam sahaja.

Sampai sahaja di London Stansted Airport, kami menaiki coach ke London Liverpool Street Station. Lebih kurang 1 jam 45 minit kami sampai ke destinasi. Ketika kami sampai hari telah pun gelap, Winter Season memang pendek waktu siangnya.

Kemudian kami menaiki Tube untuk sampai ke hotel penginapan kami. Tube ni lebih kurang LRT ler macam kat Malaysia, bezanya Tube ni beroperasi di bawah tanah a.k.a Subway. Dari London Liverpool Street Station kami menaiki Tube ke Moorgate, kemudian tukar stesen ke North Line menuju ke Euston Station.

Apa yang menariknya, pengangkutan awam di London memang sangat-sangat efisyen. Pantas dan tidak perlu menunggu lama, train atau bas sekerap 1-2 minit. Tapi oleh kerana ada beberapa stesen yang masih belum di upgrade kepada mesra kerusi roda, maka agak sukar la bagi saya yang membawa stroller menggunakan perkhidmatan Tube ni. Lebih-lebih lagi, saya ada bawa 2 beg besar bersama.

Mula-mula rasa macam segan juga usung 2 beg besar ke sana ke mari. Rupa-rupanya itu adalah perkara biasa bagi mat salleh di London. Mereka juga mengusung beg besar ke sana ke mari untuk pergi kerja. Apa la yang mereka bawa setiap hari, kalau aku ni sebagai pelancong logik juga bawa beg besar. Mereka ni orang local pun bawa beg besar dan jadi macam trend pulak.

Sampai di hotel penginapan, penat bukan main lagi. Lega bila dah dapat baring atas tilam. Selepas berehat lebih kurang, saya sekeluarga dan kawan dari Edinburgh keluar makan malam di Euston Station. Kami cuma makan makanan Singapore, itu jer yang dekat dah halal. Besoknya baru la masa untuk pusing seluruh London.

Activity · My Life at UK

New Chef in Town

Bermula dari tak pandai masak, saya mula memasak. Itu pun setelah merantau jauh merentas benua. Dari benua Asia ke benua Eropah. Memasak yang boleh dikatakan jauh sekali dari bidang asalku. Kini menjadi sebahagian daripada hobiku.

Dan kini aku melangkah lebih jauh ke hadapan, dari hobi kepada kerjaya. Bermula hari ini, 18hb November 2012 saya menjadi tukang masak a.k.a Chef di Restoren Wau Cafe. Kalau dahulu gajet elektronik menjadi barang mainanku, kini sudip dan kuali menjadi ganti.

Oleh kerana Restoren Wau Cafe telah bertukar management, maka Boss baru saya ni stress kerana baru pertama kali handle restoren agaknya. Saya juga yang rilek, walhal sayalah tukang masak. Naik turunnya bisnes Wau Cafe ni bergantung harap pada tukang masak. Sepatutnya sayalah yang stress. Hahaha.. tapi boss pulak yang stress.

Restoren Wau Cafe yang baru mula beroperasi hari, nampaknya berjalan lancar. Pelanggan datang agak sedikit, namun tidak putus sejak dibuka dari tengahari hingga petang. Sebagai tukang masak yang masih hijau, banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari.

From Computer Technician to Chef. Rasa macam janggal pulak. Bermula satu lagi kisah hidupku di bumi UK sebagai Chef.