Hiking at Conic Hill, Balmaha

Agak lama juga saya tidak mengikuti aktiviti outdoor. Disebabkan kekangan masa dan kerja, aktiviti hiking hanya dapat saya sertai dikala berkelapangan. Pun begitu, aktiviti outdoor hanya dapat dilakukan sekiranya cuaca mengizinkan.

Sekiranya cuaca hujan lebat atau angin kencang, maka aktiviti outdoor akan menjadi lebih berisiko. Saya pula lebih suka menyertai anjuran rakan-rakan yang aktif hiking berbanding hiking bersendirian. Oleh itu, kena tunggu si penganjur buat announcement hiking.

Setelah cuaca, masa, tarikh dan tempat diambil kira, akhirnya kami memilih Conic Hill, Balmaha untuk hiking. Oleh kerana ramai peserta beginner, maka kami menggunakan laluan mudah untuk naik ke atas.

Sebelum bertolak kami solat Subuh berjemaah di Dawatul Islam dan pada jam 9am kami mula bertolak ke Conic Hill dengan menaiki dua kereta. Seramai 8 orang peserta yang mengikuti winter hiking pada kali ini.

Kami sampai awal sedikit dari jangkaan, iaitu 9.20am. Tourist Centre yang ada di situ mula beroperasi jam 9.30am. Kami selesaikan dahulu “hajat” masing-masing sebelum melakukan aktiviti pendakian.

Apabila semua orang telah bersedia, kami semua mula mengorak langkah. Semua orang bersemangat waja semasa mendaki, cuma apabila bukit semakin curam ramai yang berhenti seketika untuk menarik nafas. Tidak kurang juga pendaki beginner yang pada kelihatan seperti putus asa.

Kata-kata semangat diberikan supaya tidak putus asa kerana perjalanan mendaki masih jauh ke atas. Apabila sampai ke salah satu puncak semua orang menarik nafas lega kerana pemandangan sungguh cantik.

Setelah berehat lebih kurang, kami meneruskan pendakian sehingga ke puncak tertinggi. Di situ kami mula bergambar dan ada yang mula makan mungkin kerana kelaparan dan kepenatan. Belum pun puas menikmati pemandangan yang agak menarik dari atas, nun dari jauh kelihatan awal gelap dan tebal.

Kebarangkalian untuk hujan agak tinggi diselangi dengan angin yang agak kencang. Sebelum hujan lebat melanda, kami mula turun. Jika ketika mendaki kami naik ikut laluan mudah, apabila turun kami ikut laluan yang lebih mencabar.

Cabaran menuruni laluan bukit yang sukar diketuai oleh saya sendiri, manakala peserta yang kurang fit turun semula menggunakan laluan yang mudah. Setiap langkah diambil dengan berhati-hati, kerana tersilap langkah silap haribulan nyawa melayang.

Gambar menuruni laluan sukar tidak dapat saya snap kerana keselamatan diri lebih penting dari moment yang ingin ditangkap. Kami semua berjaya turun dengan selamat, namun terdapat sedikit masalah kerana ada peserta yang gayat rupanya.

Sampai di satu kawasan kaki bukit, kami menikmati makanan kerana masing-masing sedang lapar. Selesai makan, kami turun semula ke Tourist Centre untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah sebelum balik.

Elok sahaja keluar simpang dan bertolak balik, tiba-tiba cuaca tersangatlah cerah. Muncul pula cahaya matahari yang sebelum ini bersembunyi di sebalik awan. Rasa macam nak repeat pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: