Holiday in London – Day 4

Masuk hari ke-4, saya sekeluarga menaiki bas pelancong iaitu Hop On-Hop Off. Apa yang menarik menaiki bas ini ialah kami akan di bawa mengelilingi sekitar kota London ke tempat-tempat pusat tarikan pelancong.

Bergantung pada route yang dipilih, sama ada untuk melihat kawasan City, Museum dan kawasan tumpuan utama. Destinasi pertama kami ialah M&M’s World. Pusat coklat M&M’s terbesar di dunia, bangunan 3 tingkat ini juga menjual barangan cenderahati dan juga coklat M&M’s. Di dalam bangunan ini juga terdapat kilang memproses coklat yang boleh dilihat melalui cermin. Proses pembuatan coklat boleh dilihat satu persatu sehinggalah kami beli coklat tu.

Kemudian kami pergi ke Chinatown London untuk melihat suasana di sana. Memang ramai betul orang Cina di sini, saya pula seperti macam ada geng baru. Hahaha..

Tujuan utama kami ke Chinatown adalah untuk mencari restoran Rasa Sayang. Ianya ialah restoran cina kepunyaan rakyat Malaysia dan menghidangkan makanan yang halal. Saya memesan Nasi Lemak dan Milo Tabur, manakala isteri saya memesan Koew Teow Goreng dan Sotong Kangkung. Puas hati makan, nasi lemak yang sedap sambal pun sedap. Milo Tabur memang susah nak dapat pun ada jual.

Isteri saya memang penggemar Koew Teow, sedap betul katanya. Sotong Kangkung pun sedap sehingga menjilat pinggan. Hahaha.. pendek kata makan dengan hati yang puas. Harga sama macam di Malaysia, cuma ianya dalam currency Pound.

Selepas kenyang makan, kami menaiki bas dan turun di Trafalgar Square tempat tumpuan pelancong yang sememangnya ramai orang di sini. Ianya seperti sebuah dataran yang mempunyai arca dan beberaa kolam air pancut. Di depannya pula ada sebuah museum yang mana kami tidak masuk walaupun ianya percuma.

Ini kerana kami mengejar masa, kerana masih banyak tempat menarik yang belum dilawati. Selepas itu, kami menaiki bas Hop On-Hop Off dan meneruskan perjalanan ke Buckingham Palace. Kami pun bergambar di depan istana dimana tempat tinggalnya Ratu Elizabeth. Boleh nampak dari jauh pengawal diraja sedang berkawal dengan topi hitam sedang berdiri tegak seperti yang selalu kita lihat dari cerita wayang tu.

Selepas bergambar tiba-tiba terjumpa pulak Fazlan sekeluarga yang kebetulan baru sampai. Kemudian kami bergambar bersama dan meneruskan perjalanan masing-masing. Sementara menunggu ketibaan bas, kami masuk ke dalam pusat cenderahati Buckingham Palace. Cenderahati yang cukup menarik, lain dari yang ada jual di luar. Setiap barangan cenderahati cukup bermutu, boleh dilihat setiap inci barangan terjaga kualitinya. Harganya pun menarik juga. WoW..

Keluar sahaja dari pusat cenderahati, bas yang kami tunggu telah pun tiba. Kami pun meneruskan perjalanan pusing sekitar Bangunan Parlimen, Big Ben, Eye of London, London Bridge, The London Dungeon, Tower Bridge, Tower of London, St Paul Cathedral dan kami berhenti di Piccadilly. Selepas dari Buckingham Palace, kami melihat semua hanya dari atas bas ini kerana hari telah pun malam dan bas yang kami naiki adalah bas yang kedua terakhir sebelum tamat operasinya.

Sampai di Piccadilly kami berjalan kaki menuju ke Restoran Rasa Sayang untuk membeli Chicken Wing sebagai Takeaway. Dari Chinatown kami berjalan kaki balik menuju ke hotel penginapan kami. Penat sungguh tetapi puas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: