Uncategorized

One Whole Busy Day

Selepas kejadian ragut, banyak perkara dan urusan kerja aku tergendala. Appointment gigi yang sepatutnya aku datang pada keesokan hari sebelum diragut, terpaksa dibatalkan.

Nasib baik Dr Jun yang merawat aku bersusah payah menghubungi aku dengan menelefon di pejabat bertanyakan ketidakhadiran appointment pagi itu. Selepas bertanya menjelaskan perkara yang telah berlaku, dia juga agak terperanjat. Maka 2 hari appointment yang telah dibuat juga terpaksa dibatalkan.

Kerja aku di pejabat tergendala, kerana banyak urusan untuk menguruskan dokumen yang hilang. Maka bermulalah urusan pertama aku pagi itu ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Destinasi pertama aku ialah JPN yang terletak di UTC Pudu (nama lama Puduraya). Berbekal dengan report Polis yang dibuat pada malam sebelumnya, aku tidak dikenakan sebarang denda bayaran. Mungkin juga ini adalah kehilangan MyKad aku yang pertama dalam sejarah.

Urusan di JPN begitu pantas, selepas mendapat nombor giliran, nombor giliranku dipanggil. Kemudian cap jari aku diambil untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan, selepas itu aku dipanggil untuk mengambil gambar. Nasib baik sebelum ke JPN, aku dah berkemas dan memakai gel rambut. Takder la serabai gambar baru nanti.

Selesai jer bergambar, MyKad aku yang baru pun siap selepas 30 minit. Selepas itu, aku terus bekejar ke Bank Islam cawangan Bandar Permaisuri untuk urusan Kad ATM. Risau juga kalau-kalau ada pengeluaran duit dari akaun.

Urusan di Bank Islam juga agak pantas. Selesai mengisi borang, nombor giliran diberi. Selang dua nombor, giliran aku dipanggil. MyKad baru diberi untuk tujuan pengesahan, tandatangan dibeberapa borang yang diberi. Selepas itu, aku diminta untuk menunggu Kad ATM aku siap.

Tak sampai 5 minit, namaku dipanggil dan Kad ATM aku sudah boleh digunakan. Selepas mendapat Kad ATM Bank Islam yang baru, aku pun buat pengeluaran duit sebab memang tak berduit langsung sejak kena ragut.

Destinasi aku yang seterusnya ialah CIMB cawangan Taman Mutiara, Cheras. Di sini aku terkandas agak lama. Selesai mengisi borang, nombor giliran diberi. Kalau ikut nombor giliran yang diberi, nombor aku adalah yang seterusnya.

Akan tetapi, nombor giliran aku langsung tidak bergerak. Kaunter lain dah banyak nombor naik silih berganti yang mana aku masih duduk sambil melihat skrin nombor yang masih bukan giliranku.

Hanya selepas 25 minit barulah nombor giliranku dipanggil. Panas hati juga tunggu begitu lama. Urusan dibuat agak pantas, akan tetapi giliran nombor dipanggil yang memakan masa. Selepas mendapat Kad ATM CIMB yang baru, aku mengaktifkan di ATM dan menukar nombor pin yang baru.

Selesai sahaja urusan, aku pergi ke Celcom BlueCube cawangan Taman Segar. Di sini juga aku mengalami perkara yang sama seperti di CIMB. Selepas mendapat nombor giliran yang mana nombor giliranku yang seterusnya, aku terpaksa menunggu lama untuk urusan mendapatkan SimKad.

Mungkin aku tidak terasa sangat menunggu kerana sambil-sambil menunggu aku boleh menjamu mata melihat model smartphone baru yang ada di atas display. Selesai belek-belek phone dari satu model ke satu model. Sampai dah takder apa untuk ditengok, nombor giliranku belum juga dipanggil.

Hanya selepas aku duduk lama di kerusi barulah giliranku tiba. Urusan agak pantas, tetapi seperti biasa nombor giliran lambat sangat naik. Selesai sahaja urusan, aku pun terus pergi makan tengahari pada jam 4 petang di Texas Chicken.

Urusan untuk buat Lesen Memandu terpaksa aku tunda ke hari lain, kerana sudah kepenatan sehari suntuk berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Rating servis yang aku beri
JPN UTC Pudu : 9/10
Bank Islam Bandar Permaisuri : 9/10
CIMB Taman Mutiara : 5/10
Celcom Taman Segar : 6/10

Uncategorized

Aku Diragut

Ragut bukan perkara baru di Malaysia. Sering aku dengar dari media sosial dan juga media perdana. Musibah yang mana setiap orang cuba elakkan. Namun ketentuan Illahi tiada siapa yang dapat elak.

Aku tidak pernah terjangka dan akan menjadi sebahagian daripada statistik mangsa ragut. Selalunya mangsa adalah wanita tetapi kali ini aku salah seorang mangsa.

Tanggal 8 Januari 2019, lebih kurang jam 11.50pm aku dihampiri oleh sebuah motorsikal Yamaha LC135 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TAT **** (nombor belakang tak nampak, cuma nampak huruf sahaja).

Pada mulanya memang perasan motorsikal ini menghampiri dan hampir-hampir berlaga. Apabila aku menoleh kebelakang, si peragut ini memperlahankan motorsikalnya.

Aku yang tidak pernah menghadapi situasi seperti itu agak bingung sekejap dengan tindakan mencurigakan si peragut itu. Melalui side mirror aku lihat si peragut memperlahankan motorsikalnya yang kusangkakan mahu masuk simpang.

Aku yang tidak mengesyaki apa-apa hanya meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Tidak lama kemudian tanpa aku sedar si peragut sudah berada di sebelah dengan pantas dia terus mencapai beg yang ada di dalam raga motorsikal dan memecut laju.

Terkejut dengan tindakan peragut itu, aku cuma mengejar si peragut dengan motorsikal usangku (Honda Wave 100). Namun aku hanya dapat melihat dari jauh motorsikalnya semakin menjauh.

Memang tidak terkejar la kudrat motorsikal 100cc dengan 135cc. Ketika masuk ke simpang Tol Sungai Balak, aku sudah kehilangan jejaknya. Marah sangat-sangat tapi apa boleh buat.

Tanpa buang masa, aku terus ke Balai Polis Kajang untuk buat report. Banyak juga yang hilang dalam beg tu, wallet, wang tunai, 2 handphone (peribadi dan kerja), set baju dan seluar sukan, 128GB thumbdrive (my whole backup), powerbank dan cable charger.

Selepas keterangan diambil, saya pun pulang dengan perasaan bercampur baur. Marah sudah pasti, tapi bila difikir semula setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang mana aku sendiri tidak tahu.

Sampai di rumah, aku renung dan imbas kembali kejadian tersebut. Tak boleh tidur aku dibuatnya. Apa pun aku bersyukur, aku tidak ada apa-apa. Berbeza dengan kes ragut yang sering aku dengar di TV dan media sosial, jatuh motor sehingga luka dan paling teruk sehingga mati.

Oleh kerana tak boleh tidur, aku layan la movie Transformer The Last Knight untuk menghilangkan stress yang melanda. Tapi sampai habis cerita pun aku masih belum boleh tidur. Ggrrrrr..

Uncategorized

Tutup Buku Lama

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogging, akhirnya baru hari ini aku mengumpul kekuatan untuk meneruskan semula karya penulisan yang telah lama aku tinggalkan. Betapa sukarnya untuk mendapatkan mood berkarya.

Bermula dari titik hitam yang telah menjadi sejarah dalam hidupku. Tidak pernah kulupakan apa, siapa terlibat dan bagaimana sehingga berakhirnya rumahtanggaku.

Orang kata Move On, mudah diungkapkan tetapi sukar dilakukan. Namun aku tidak menggunakan cara merosakkan diri untuk melegakan stress yang aku hadapi. Aku bersukan dan berlari untuk menghilangkan masalah, walaupun ianya sementara.

Dikala aku kemurungan mengimbas kembali apa yang telah berlaku. Ianya membuatkan aku tidak boleh tidur sepanjang malam. Aku cuba menyibukkan diri dengan kerja di pejabat agar tidak memikirkan masalah. Tetapi apabila masa kerja tamat, secara sendirinya aku kembali memikirkan masalah itu.

Aku berlari, jogging selepas kerja untuk memastikan yang aku betul² penat apabila balik ke rumah. Dengan harapan, aku dapat tidur dengan nyenyak setelah keletihan berlari. Alhamdulillah, ianya berhasil dan aku bersyukur kehadrat Illahi kerana telah memelihara aku dari perkara² yang merosakkan diri.

Masa itu sebagai pengubat, setelah sekian lama baru aku dapat menyesuaikan diri dari berkeluarga membujang kembali. Apa yang penting, solat 5 waktu ditinggal jangan. Bermohon dan berdoalah, kerana hanya padaNya untuk kita memohon.

Bermula dari aktiviti berlari, aku mula mendapat ramai kawan. Fitness aku semakin baik, kerana bersukan. Terima kasih Mak kerana banyak memberi sokongan pada saya walaupun hanya dari jarak jauh. I Love U so much.

Uncategorized

Conflict

Bermacam-macam cerita yang didengari, dari jauh dan dekat. Ku sangkakan khabar angin, rupanya khabar badai dan khabar taufan yang menimpa. Jikalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

al-Kisah di sebuah tempat yang bernama Jay Tee Amm. Seorang pengembara yang telah lama mengembara, kini pulang ke kampung halaman. Kehadirannya disambut dengan gilang gemilang, majlis kenduri dan bunga manggar.

Namun di sebalik kemeriahan terselit berbagai gosip dan konflik yang bagaikan menunggu masa untuk meletup. Keakraban yang ditunjukkan hanyalah wayang kulit yang bukan kulit.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Sedikit sebanyak, si pengembara dapat melihat suasana yang kurang harmoninya. Si pengembara yang cuba menjernihkan keadaan rukun tetangga, dikatakan talam tak bersegi.

Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Dengan kebijaksanaan ketua kampung yang baru, sedikit sebanyak telah meleraikan pertelingkahan dan salah faham di kalangan penduduk setempat.

Sebahagian kecil mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keramahan yang dicurahkan oleh ketua kampung. Penduduk kampung menjadi berpuak-puak, sama ada sedar atau tak sedar. Usaha baik ketua kampung kelihatan sia-sia di mata si pengembara.

Apakah kesudahan kampung halaman si pengembara? Adakah perlu si pengembara, mengembara buat sekian kalinya? Hanya masa akan menentukan.

Uncategorized

Servis Water Filter

Suatu ketika dahulu, tatkala saya masih bujang dan baru memiliki rumah sendiri. Perkara yang saya fikirkan ialah kualiti air yang masuk ke dalam rumah. Semua orang sedia maklum bagaimana kualiti air di sekitar lembah Klang ni.

20151001_124537

Apabila dapat sahaja kunci rumah, saya terus suvey water filter untuk digunakan di rumah. Akhirnya, brand Delcol menjadi pilihan saya. Maka ada la satu tabung besar kat luar rumah yang menapis segala kotoran air sebelum masuk ke tangki rumah.

20151001_124548

Dipendekkan cerita, sudah masuk 7 tahun water filter tidak di servis. Jikalau ikut jadual yang disarankan, memang perlu dibuat 4 tahun sekali. Tetapi oleh kerana saya berada di oversea pada ketika itu, maka kesempatan untuk servis hanya dapat dilakukan pada hari ini.

20151001_124711

Selepas buat appointment dengan pihak Delcol, maka ejen Delcol pun datang ke rumah untuk menukar segala jenis pasir yang ada di dalam water filter. Ketika proses pembersihan, memang nampak betapa kotornya keladak-keladak yang telah ditapis sebelum ini.

20151001_124944

Setelah proses pembersihan dilakukan, maka proses menukar filter dilakukan. Filter yang dimaksudkan ialah batu dan pasir. Terdapat 5 lapisan filter yang terdiri daripada batu, beberapa jenis pasir dan juga arang.

20151001_125043

Kemudian water filter disambungkan semula kepada paip utama dan proses backwash dilakukan untuk memastikan air yang keluar benar-benar bersih daripada bendasing. Lebih kurang 10-15 minit, air yang mengalir keluar sudah cukup bersih, barulah disambungkan terus ke tangki utama.

Barulah terasa lega sedikit, selepas ada filter baru.

Uncategorized

Salam Eid-ul Adha To All My Family

Alhamdulillah, syukran to the almighty. I still live and breath in His world. It’s been a long time I haven’t update my blog since back from oversea. Probably busy with something that I can’t refuse. Hopefully, I can write some story.

When talking about Eid-ul Adha, it means a sacrifice. Muslims around the world will do sacrifice or in other word Qurban. They will slaughtered cow, camel, goat or lamb. But in my region we usually using cow.

Talking about sacrifice, some people sacrifice their time to spend time with family, leaving their job so they can take good care of their family. Some people sacrifice their desire, so they can satisfy their family needs.

Some people sacrifice their happiness, to make their family happy. Some people working so hard so they can fulfill their family needs. Some people struggle so hard to fight their sickness because they don’t want their family worried.

But it’s a shame, this kind of sacrifice is meaningless to those ungrateful person.

They is a hadith for this ungrateful person (specific wife)

Narrated Abdullah bin Abbas (RA):
During the lifetime of Allah’s Messenger (ﷺ), the sun eclipsed. Allah’s Messenger (ﷺ) offered the prayer of (the) eclipse) and so did the people along with him. He performed a long Qiyam (standing posture) during which Surat-al-Baqara could have been recited; then he performed a pro-longed bowing, then raised his head and stood for a long time which was slightly less than that of the first Qiyam (and recited Qur’an). Then he performed a prolonged bowing again but the period was shorter than the period of the first bowing, then he stood up and then prostrated. Again he stood up, but this time the period of standing was less than the first standing. Then he performed a prolonged bowing but of a lesser duration than the first, then he stood up again for a long time but for a lesser duration than the first. Then he performed a prolonged bowing but of lesser duration than the first, and then he again stood up, and then prostrated and then finished his prayer. By then the sun eclipse had cleared. The Prophet (ﷺ) then said, “The sun and the moon are two signs among the signs of Allah, and they do not eclipse because of the death or birth of someone, so when you observe the eclipse, remember Allah (offer the eclipse prayer).” They (the people) said, “O Allah’s Messenger (ﷺ)! We saw you stretching your hand to take something at this place of yours, then we saw you stepping backward.” He said, “I saw Paradise (or Paradise was shown to me), and I stretched my hand to pluck a bunch (of grapes), and had I plucked it, you would have eaten of it as long as this world exists. Then I saw the (Hell) Fire, and I have never before, seen such a horrible sight as that, and I saw that the majority of its dwellers were women.” The people asked, “O Allah’s Messenger (ﷺ)! What is the reason for that?” He replied, “Because of their ungratefulness.” It was said. “Do they disbelieve in Allah (are they ungrateful to Allah)?” He replied, “They are not thankful to their husbands and are ungrateful for the favors done to them. Even if you do good to one of them all your life, when she seems some harshness from you, she will say, “I have never seen any good from you.’ ”

Sahih al-Bukhari (5197)

Thus, a wife disobedient and ungrateful to her husband does nothing but prepares bad for herself in the Hereafter.

I hope with this small article will be a reminder to all my readers, my family and also to myself. Hopefully, Eid-ul Adha this will bring more prosperity and happiness to all of us. He who can bow down to Allah can stand up to anything.

Uncategorized

Hot and Spicy

Genap sudah sebulan sejak balik dari oversea. Perasaan sukar digambarkan, gembira kerana sudah selamat pulang ke tanahair. Sedih kerana terpaksa meninggalkan bumi Glasgow yang dirindui. Sukar hendak digambarkan, tetapi kehidupan perlu diteruskan.

Ketika keluar sahaja dari kapal terbang dan melalui air bridge, di situ sahaja terasa bahangnya. WoW, tiba-tiba terasa seperti serangan strok haba. Walhal, saya sekeluarga sampai Malaysia pada waktu malam bukan siang. Macam mana la keadaan diwaktu siang.

Dipendekkan cerita saya sekeluarga tidur berpeluh-peluh pada malam itu, walaupun aircond dan kipas sentiasa terpasang. Umair yang sentiasa aktif, memang sentiasa berpeluh. Nasib baik la Umair ni jenis tidak merungut kepanasan.

Ketika lapor diri setelah bercuti sekian lama, terasa aircond di pejabat seperti tidak terpasang. Panas sungguh, oleh kerana rambutku yang panjang begitu panjang. Menambah lagi panas di kepala. Nak taknak, kena la potong rambut. Bukan sekadar potong, saya cukur terus bagi pendek.

Baru la terasa lega dan kepala terasa begitu ringan sekali. Memang sayang hendak potong rambut yang panjang, tetapi 3 tahun sudah cukup rasanya. Kini tiba dengan penampilan rambut pendek.

Hari-hari saya bermandikan peluh, walaupun sudah mandi terasa begitu berwap sekali. Sabar jer la, mungkin proses transition mengambil masa yang lama. Ditambah pula KL sudah lama tidak turun hujan.

Alhamdulillah, sekarang sudah boleh adapt cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Uncategorized

Berpuasa 20 Jam.. Jealous???

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Nampak gaya, sempat juga saya berpuasa panjang buat kali ke-4 selama 20 jam lamanya.

Tahun lepas adalah waktu kemuncak bagi puasa yang paling panjang bagi Glasgow dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Dimana puasa hampir 20 jam setengah lamanya. Pada tahun ini pendek sedikit, namun dikira terlalu lama jika dibandingkan dengan Malaysia.

Pengalaman berpuasa yang panjang tidak menjadi masalah, kerana cuaca dan iklim yang agak dingin. Bagi orang di Malaysia secara amnya mungkin tidak dapat bayangkan bagaimana berpuasa bagi jangkamasa yang panjang.

Sebagai gambaran, waktu maghrib/berbuka puasa bagi Glasgow ialah 10.13pm dan waktu berakhirnya sahur ialah pada jam 2.19am. Hanya ada lebih kurang 4 jam sahaja yang boleh diperuntukkan untuk makan dan minum. Belum pun makanan dalam perut hadam sepenuhnya, waktu sahur pula semakin luput.

Apa yang saya buat, cuma makan 3 biji kurma dan segelas susu dan segelas air sejuk sebagai sahur setiap hari. Alhamdulillah, puasa saya masih terjaga setakat ini dan mudah-mudahan cukup ler puasa sebulan.

lailatulqadr

Selalu juga saya mendapat mesej-mesej nakal dari kawan-kawan yang berada di Malaysia. Ini kerana mereka berpuasa pendek berbanding saya yang berada di perantauan. Provokasi seperti itu sudah lali dan saya sendiri sudah hafal skrip masing-masing.

Gambar hidangan berbuka puasa dan sahur menjadi modal kedua untuk mem”jeles”kan saya. Posting gambar bazar Ramadhan yang beraneka jenis makanan dan minuman. Sabar sahajalah duhai hati, kerana sabar itu separuh daripada iman.

Tapi ada perkara yang kawan-kawan di Malaysia mungkin tidak perasan. Disebabkan waktu malam di Glasgow agak pendek, maka lebih mudah untuk mencari Malam Lailatulqadar. Isyak bermula seawal jam 11pm, jika dikira cuma 3 jam lebih untuk mencari Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Ada hikmahnya berpuasa panjang ni sebenarnya. Semoga dipermudahkan buat saya untuk mencari Malam yang istimewa ini. Amin Ya Rabbal Alamin..

Uncategorized

Trip to Isle of Skye – Day 1

Selang 2 hari selepas kami balik dari Amsterdam, bapa mertuaku pula sampai ke Glasgow. Perancangan utamanya ialah untuk membawa kedua-dua mertua berjalan-jalan sekitar Scotland dan memang itulah tujuannya datang ke mari.

Hendak ikutkan hati memang la semua tempat hendak pergi, tetapi memandangkan wang sudah banyak habis semasa di Amsterdam, maka terpaksalah buat sedikit catuan dalam memilih tempat untuk dilawati dan biarlah ianya berbaloi.

Perancangannya hendak pergi ke Isle of Skye sejak dulu lagi, tetapi hotel booking yang last minute membuatkan harganya agak mahal. Tapi mungkin juga harga sentiasa mahal dek kerana ianya adalah tumpuan pelancong dari dalam dan luar Scotland.

Setelah hotel ditempah pada malam sebelumnya, kami pun bertolak ke Isle of Skye pada keesokan harinya. Lebih kurang jam 9am kami mula bertolak dan singgah sebentar di stesen minyak untuk memulakan perjalanan jauh.

Kami pergi dengan 2 buah kenderaan, saya satu family dan mertua, manakala keluarga Pak Su satu kenderaan. Perjalanan kami menyusuri laluan Glencoe, tempat biasa untuk pergi ke highland.

Sampai di satu tempat War Memorial, kami berhenti sebentar untuk bergambar. Selepas itu kami meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di Eilean Donan Castle. Di situ kami keluar bergambar lagi, namun kami tidak masuk ke dalam castle tersebut.

Sehinggalah kami melalui jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan Isle of Skye. Jambatannya begitu tinggi sekali, mungkin untuk laluan kapal atau untuk mengelakkan daripada ombak yang ganas tatkala musim tengkujuh.

Setelah sekian lama berjalan, kami pun sampai di Broadford dan mencari hotel penginapan kami. Tetapi langsung tiada petunjuk yang jelas. Apabila cuba dihubungi, rupanya check-in bermula jam 5pm. Tak pernah-pernah check-in sebegitu lewat, hendak tanyakan arah jalan, tetapi orang yang berada di talian hanyalah 3rd party yang menguruskan tempahan hotel.

Mahu atau tidak, terpaksalah tunggu sehingga jam 5pm. Oleh kerana masing-masing telah lapar, kami pun picnic di kawasan yang mempunyai meja dan bangku. Makanlah kami dengan bekal yang ada, sejuk-sejuk angin bertiup kami tadah sahaja. Nasi dan lauk yang sejuk pun terasa begitu sedap apabila lapar.

Selesai makan, kami pun mula bertolak dan mencari Visit Scotland Centre yang terdekat. Namun hanya ada satu sahaja dan ianya terletak di Portree. Maka situlah destinasi kami seterusnya, semata-mata untuk mengetahui lokasi menarik di Isle of Skye.

Sepanjang perjalanan ke Portree, banyak pemandangan yang menarik. Sungguh asyik sekali, tetapi sebagai driver terpaksalah curi-curi pandang, kerana jalannya yang bersimpang-siur. Setiap tempat yang mempunyai pemandangan menarik, pasti ada tempat persinggahan untuk bergambar.

Apabila sampai di Portree, kami mendapat khidmat nasihat tempat yang menarik untuk dilawati. Peta juga boleh didapati secara percuma. Bandar Portree itu sendiri tidak mempunyai daya tarikan yang menarik, biasa-biasa sahaja. Itupun orang local disitu yang kata demikian.

Kami pun mula bertolak menuju ke utara, tempat yang kami hendak lawati ialah Kilt Rock. Tempatnya seperti air terjun, yang mana airnya mengalir terus ke laut. Lain dari pemandangan yang dilihat sebelum ini. Namun oleh kerana ianya adalah kawasan tumpuan pelancong, terlalu ramai orang membuatkan agak sukar untuk bergambar dan mendapat pemandangan background yang menarik.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan melalui jalan A855 sambil melihat pemandangan laut dari aras tinggi. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan, memang berbaloi datang dari jauh untuk melihat pemandangan yang cukup cantik.

Sehinggalah kami habis pusing melalui jalan A855 dan sambung pula di jalan A87. Kami terus pergi ke Broadford untuk check-in hotel. Setelah jumpa signboard yang agak kecil kami pun masuk ke lorong yang kecil sehingga ke penghujung. Rupa-rupanya hotel tersebut terperosok jauh ke dalam.

Apa yang bagusnya tentang hotel ini, ianya adalah style dorm seperti asrama. Tandas, bilik mandi dan dapur adalah berkonsep kongsi. Dapur yang luas, memudahkan kami untuk memasak makanan sendiri. Tempat meja makan juga agak selesa, cuma katil tempat tidur yang agak sempit. Katil pula dari jenis double decker, so terpaksalah saya tidur di atas.

Uncategorized

Holiday in Amsterdam – Last Day

Hari terakhir sebelum balik semula ke Glasgow adalah last kopek buat kami untuk membeli apa saja barang cenderahati untuk dibawa balik. Memandangkan flight kami ialah pada jam 3.35pm, maka kami masih sempat untuk shopping di sebelah paginya.

1st and the last destination sebelum ke Schipol Airport ialah Flower Market. Sehari sebelumnya dah puas tengok bunga, kali ni pun nak tengok bunga lagi. Tapi bezanya Flower Market boleh beli bunga, manakala Keukenhof hanya boleh tengok sahaja. Deretan kedai Flower Market juga menjual cenderahati dan pakaian yang bertema Amsterdam.

Namun jualan utamanya ialah bunga. Nak beli benih bunga tulip pun boleh, kalau rasa-rasa tangan tu dingin. Kalau tangan tu panas jer, lupakan jer la. Kasihan bunga tu nanti. Benih bunga tulip seperti labu bawang. Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis warna bunga tulip, sukar sekiranya hendak memilih benih yang disukai. Tetapi penjual telah mengasingkan biji benih mengikut gambar yang tertera. So kalau menjadi tanaman tu, sama la seperti di dalam gambar.

Apa yang menarik perhatian saya ialah terdapat juga biji benih Canabis dijual secara terbuka. Hahaha.. siap ada instruction lagi cara untuk tanam. Tidak hairanlah kerana Canabis adalah legal di Amsterdam. Kalau beli pun belum tentu boleh bawak balik UK. Malaysia jangan haraplah, mau kena cop pengedar dadah. Silap haribulan kena hukum gantung mandatori.

Selesai membeli-belah kami terus ke hotel untuk mendapatkan bagasi kami dan terus ke Schipol Airport. Ketika sampai di kaunter check-in, beg bagasi kami telah siap tersedia. Agak terkejut juga kerana pihak hotel telah keluarkan segala beg dari bilik. Rupanya check-out hotel ini ialah pada jam 10am. Saya ingatkan sama seperti hotel lain iaitu jam 12pm. Pihak hotel telah siap packing semua barang ke dalam beg. Tawakal jer la, dengan harapan semua barang ada dalam beg.

Kami pergi ke airport selepas mendapatkan beg, risau kena tahan dengan imigresen atau pemeriksaan security yang melambatkan. Dari Amsterdam Central Station kami menaiki train direct ke Schipol Airport. Sampai sahaja di sana, saya terus check-in menggunakan kiosk yang disediakan. Nampak mudah, tetapi banyak sangat detail yang perlu diisi. Kenapalah kiosk tu tak buat cara scan QR Code ker barcode ker. Bila ada problem, terpaksa buat sekali lagi dari mula. Aarrgghhhh!!!

Selesai sahaja check-in, kami pergi ke tingkat atas untuk memasukkan beg pula. Dari check-in sehingga masukkan beg, semua sistem adalah Layan Diri. Hanya itu sahaja yang nampak mudah dan senang, tapi bila sistem tu dah problem disitulah bermulanya masalah. Namun semuanya berjalan lancar dan kami masuk ke bahagian imigresen. Muka pihak imigresen langsung tidak senyum, muka masam dan tak friendly langsung. Tak kisah lah, asalkan ko tak tahan aku sudah.

Setelah masuk ke kawasan ruang menunggu, ibu mertuaku sempat membeli sedikit barang. Rupa-rupanya semua barang di situ Free Duty, setelah diconvert matawang Euro ke Malaysia, agak murah jika dibandingkan harga di Malaysia. Cumanya jika hendak beli barang di situ perlu tunjukkan boarding pass sebagai bukti yang anda adalah pelancong. Ianya salah satu cara bagi mereka untuk mengelakkan abuse dari orang tempatan atau pekerja airport.

Sampai waktu untuk berlepas, kami pun mula bertolak ke Glasgow. Rupa-rupanya masih ada coin Euro yang masih belum digunakan. Nak buat apa yer?