Uncategorized

One Whole Busy Day

Selepas kejadian ragut, banyak perkara dan urusan kerja aku tergendala. Appointment gigi yang sepatutnya aku datang pada keesokan hari sebelum diragut, terpaksa dibatalkan.

Nasib baik Dr Jun yang merawat aku bersusah payah menghubungi aku dengan menelefon di pejabat bertanyakan ketidakhadiran appointment pagi itu. Selepas bertanya menjelaskan perkara yang telah berlaku, dia juga agak terperanjat. Maka 2 hari appointment yang telah dibuat juga terpaksa dibatalkan.

Kerja aku di pejabat tergendala, kerana banyak urusan untuk menguruskan dokumen yang hilang. Maka bermulalah urusan pertama aku pagi itu ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Destinasi pertama aku ialah JPN yang terletak di UTC Pudu (nama lama Puduraya). Berbekal dengan report Polis yang dibuat pada malam sebelumnya, aku tidak dikenakan sebarang denda bayaran. Mungkin juga ini adalah kehilangan MyKad aku yang pertama dalam sejarah.

Urusan di JPN begitu pantas, selepas mendapat nombor giliran, nombor giliranku dipanggil. Kemudian cap jari aku diambil untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan, selepas itu aku dipanggil untuk mengambil gambar. Nasib baik sebelum ke JPN, aku dah berkemas dan memakai gel rambut. Takder la serabai gambar baru nanti.

Selesai jer bergambar, MyKad aku yang baru pun siap selepas 30 minit. Selepas itu, aku terus bekejar ke Bank Islam cawangan Bandar Permaisuri untuk urusan Kad ATM. Risau juga kalau-kalau ada pengeluaran duit dari akaun.

Urusan di Bank Islam juga agak pantas. Selesai mengisi borang, nombor giliran diberi. Selang dua nombor, giliran aku dipanggil. MyKad baru diberi untuk tujuan pengesahan, tandatangan dibeberapa borang yang diberi. Selepas itu, aku diminta untuk menunggu Kad ATM aku siap.

Tak sampai 5 minit, namaku dipanggil dan Kad ATM aku sudah boleh digunakan. Selepas mendapat Kad ATM Bank Islam yang baru, aku pun buat pengeluaran duit sebab memang tak berduit langsung sejak kena ragut.

Destinasi aku yang seterusnya ialah CIMB cawangan Taman Mutiara, Cheras. Di sini aku terkandas agak lama. Selesai mengisi borang, nombor giliran diberi. Kalau ikut nombor giliran yang diberi, nombor aku adalah yang seterusnya.

Akan tetapi, nombor giliran aku langsung tidak bergerak. Kaunter lain dah banyak nombor naik silih berganti yang mana aku masih duduk sambil melihat skrin nombor yang masih bukan giliranku.

Hanya selepas 25 minit barulah nombor giliranku dipanggil. Panas hati juga tunggu begitu lama. Urusan dibuat agak pantas, akan tetapi giliran nombor dipanggil yang memakan masa. Selepas mendapat Kad ATM CIMB yang baru, aku mengaktifkan di ATM dan menukar nombor pin yang baru.

Selesai sahaja urusan, aku pergi ke Celcom BlueCube cawangan Taman Segar. Di sini juga aku mengalami perkara yang sama seperti di CIMB. Selepas mendapat nombor giliran yang mana nombor giliranku yang seterusnya, aku terpaksa menunggu lama untuk urusan mendapatkan SimKad.

Mungkin aku tidak terasa sangat menunggu kerana sambil-sambil menunggu aku boleh menjamu mata melihat model smartphone baru yang ada di atas display. Selesai belek-belek phone dari satu model ke satu model. Sampai dah takder apa untuk ditengok, nombor giliranku belum juga dipanggil.

Hanya selepas aku duduk lama di kerusi barulah giliranku tiba. Urusan agak pantas, tetapi seperti biasa nombor giliran lambat sangat naik. Selesai sahaja urusan, aku pun terus pergi makan tengahari pada jam 4 petang di Texas Chicken.

Urusan untuk buat Lesen Memandu terpaksa aku tunda ke hari lain, kerana sudah kepenatan sehari suntuk berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Rating servis yang aku beri
JPN UTC Pudu : 9/10
Bank Islam Bandar Permaisuri : 9/10
CIMB Taman Mutiara : 5/10
Celcom Taman Segar : 6/10

Leave a comment