Aku Diragut

Ragut bukan perkara baru di Malaysia. Sering aku dengar dari media sosial dan juga media perdana. Musibah yang mana setiap orang cuba elakkan. Namun ketentuan Illahi tiada siapa yang dapat elak.

Aku tidak pernah terjangka dan akan menjadi sebahagian daripada statistik mangsa ragut. Selalunya mangsa adalah wanita tetapi kali ini aku salah seorang mangsa.

Tanggal 8 Januari 2019, lebih kurang jam 11.50pm aku dihampiri oleh sebuah motorsikal Yamaha LC135 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TAT **** (nombor belakang tak nampak, cuma nampak huruf sahaja).

Pada mulanya memang perasan motorsikal ini menghampiri dan hampir-hampir berlaga. Apabila aku menoleh kebelakang, si peragut ini memperlahankan motorsikalnya.

Aku yang tidak pernah menghadapi situasi seperti itu agak bingung sekejap dengan tindakan mencurigakan si peragut itu. Melalui side mirror aku lihat si peragut memperlahankan motorsikalnya yang kusangkakan mahu masuk simpang.

Aku yang tidak mengesyaki apa-apa hanya meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Tidak lama kemudian tanpa aku sedar si peragut sudah berada di sebelah dengan pantas dia terus mencapai beg yang ada di dalam raga motorsikal dan memecut laju.

Terkejut dengan tindakan peragut itu, aku cuma mengejar si peragut dengan motorsikal usangku (Honda Wave 100). Namun aku hanya dapat melihat dari jauh motorsikalnya semakin menjauh.

Memang tidak terkejar la kudrat motorsikal 100cc dengan 135cc. Ketika masuk ke simpang Tol Sungai Balak, aku sudah kehilangan jejaknya. Marah sangat-sangat tapi apa boleh buat.

Tanpa buang masa, aku terus ke Balai Polis Kajang untuk buat report. Banyak juga yang hilang dalam beg tu, wallet, wang tunai, 2 handphone (peribadi dan kerja), set baju dan seluar sukan, 128GB thumbdrive (my whole backup), powerbank dan cable charger.

Selepas keterangan diambil, saya pun pulang dengan perasaan bercampur baur. Marah sudah pasti, tapi bila difikir semula setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang mana aku sendiri tidak tahu.

Sampai di rumah, aku renung dan imbas kembali kejadian tersebut. Tak boleh tidur aku dibuatnya. Apa pun aku bersyukur, aku tidak ada apa-apa. Berbeza dengan kes ragut yang sering aku dengar di TV dan media sosial, jatuh motor sehingga luka dan paling teruk sehingga mati.

Oleh kerana tak boleh tidur, aku layan la movie Transformer The Last Knight untuk menghilangkan stress yang melanda. Tapi sampai habis cerita pun aku masih belum boleh tidur. Ggrrrrr..

Advertisements
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Advertisements
%d bloggers like this: