Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

One Whole Busy Day

Selepas kejadian ragut, banyak perkara dan urusan kerja aku tergendala. Appointment gigi yang sepatutnya aku datang pada keesokan hari sebelum diragut, terpaksa dibatalkan.

Nasib baik Dr Jun yang merawat aku bersusah payah menghubungi aku dengan menelefon di pejabat bertanyakan ketidakhadiran appointment pagi itu. Selepas bertanya menjelaskan perkara yang telah berlaku, dia juga agak terperanjat. Maka 2 hari appointment yang telah dibuat juga terpaksa dibatalkan.

Kerja aku di pejabat tergendala, kerana banyak urusan untuk menguruskan dokumen yang hilang. Maka bermulalah urusan pertama aku pagi itu ke Jabatan Pendaftaran Negara.

Destinasi pertama aku ialah JPN yang terletak di UTC Pudu (nama lama Puduraya). Berbekal dengan report Polis yang dibuat pada malam sebelumnya, aku tidak dikenakan sebarang denda bayaran. Mungkin juga ini adalah kehilangan MyKad aku yang pertama dalam sejarah.

Urusan di JPN begitu pantas, selepas mendapat nombor giliran, nombor giliranku dipanggil. Kemudian cap jari aku diambil untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan, selepas itu aku dipanggil untuk mengambil gambar. Nasib baik sebelum ke JPN, aku dah berkemas dan memakai gel rambut. Takder la serabai gambar baru nanti.

Selesai jer bergambar, MyKad aku yang baru pun siap selepas 30 minit. Selepas itu, aku terus bekejar ke Bank Islam cawangan Bandar Permaisuri untuk urusan Kad ATM. Risau juga kalau-kalau ada pengeluaran duit dari akaun.

Urusan di Bank Islam juga agak pantas. Selesai mengisi borang, nombor giliran diberi. Selang dua nombor, giliran aku dipanggil. MyKad baru diberi untuk tujuan pengesahan, tandatangan dibeberapa borang yang diberi. Selepas itu, aku diminta untuk menunggu Kad ATM aku siap.

Tak sampai 5 minit, namaku dipanggil dan Kad ATM aku sudah boleh digunakan. Selepas mendapat Kad ATM Bank Islam yang baru, aku pun buat pengeluaran duit sebab memang tak berduit langsung sejak kena ragut.

Destinasi aku yang seterusnya ialah CIMB cawangan Taman Mutiara, Cheras. Di sini aku terkandas agak lama. Selesai mengisi borang, nombor giliran diberi. Kalau ikut nombor giliran yang diberi, nombor aku adalah yang seterusnya.

Akan tetapi, nombor giliran aku langsung tidak bergerak. Kaunter lain dah banyak nombor naik silih berganti yang mana aku masih duduk sambil melihat skrin nombor yang masih bukan giliranku.

Hanya selepas 25 minit barulah nombor giliranku dipanggil. Panas hati juga tunggu begitu lama. Urusan dibuat agak pantas, akan tetapi giliran nombor dipanggil yang memakan masa. Selepas mendapat Kad ATM CIMB yang baru, aku mengaktifkan di ATM dan menukar nombor pin yang baru.

Selesai sahaja urusan, aku pergi ke Celcom BlueCube cawangan Taman Segar. Di sini juga aku mengalami perkara yang sama seperti di CIMB. Selepas mendapat nombor giliran yang mana nombor giliranku yang seterusnya, aku terpaksa menunggu lama untuk urusan mendapatkan SimKad.

Mungkin aku tidak terasa sangat menunggu kerana sambil-sambil menunggu aku boleh menjamu mata melihat model smartphone baru yang ada di atas display. Selesai belek-belek phone dari satu model ke satu model. Sampai dah takder apa untuk ditengok, nombor giliranku belum juga dipanggil.

Hanya selepas aku duduk lama di kerusi barulah giliranku tiba. Urusan agak pantas, tetapi seperti biasa nombor giliran lambat sangat naik. Selesai sahaja urusan, aku pun terus pergi makan tengahari pada jam 4 petang di Texas Chicken.

Urusan untuk buat Lesen Memandu terpaksa aku tunda ke hari lain, kerana sudah kepenatan sehari suntuk berulang-alik dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Rating servis yang aku beri
JPN UTC Pudu : 9/10
Bank Islam Bandar Permaisuri : 9/10
CIMB Taman Mutiara : 5/10
Celcom Taman Segar : 6/10

Advertisements

Aku Diragut

Ragut bukan perkara baru di Malaysia. Sering aku dengar dari media sosial dan juga media perdana. Musibah yang mana setiap orang cuba elakkan. Namun ketentuan Illahi tiada siapa yang dapat elak.

Aku tidak pernah terjangka dan akan menjadi sebahagian daripada statistik mangsa ragut. Selalunya mangsa adalah wanita tetapi kali ini aku salah seorang mangsa.

Tanggal 8 Januari 2019, lebih kurang jam 11.50pm aku dihampiri oleh sebuah motorsikal Yamaha LC135 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TAT **** (nombor belakang tak nampak, cuma nampak huruf sahaja).

Pada mulanya memang perasan motorsikal ini menghampiri dan hampir-hampir berlaga. Apabila aku menoleh kebelakang, si peragut ini memperlahankan motorsikalnya.

Aku yang tidak pernah menghadapi situasi seperti itu agak bingung sekejap dengan tindakan mencurigakan si peragut itu. Melalui side mirror aku lihat si peragut memperlahankan motorsikalnya yang kusangkakan mahu masuk simpang.

Aku yang tidak mengesyaki apa-apa hanya meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Tidak lama kemudian tanpa aku sedar si peragut sudah berada di sebelah dengan pantas dia terus mencapai beg yang ada di dalam raga motorsikal dan memecut laju.

Terkejut dengan tindakan peragut itu, aku cuma mengejar si peragut dengan motorsikal usangku (Honda Wave 100). Namun aku hanya dapat melihat dari jauh motorsikalnya semakin menjauh.

Memang tidak terkejar la kudrat motorsikal 100cc dengan 135cc. Ketika masuk ke simpang Tol Sungai Balak, aku sudah kehilangan jejaknya. Marah sangat-sangat tapi apa boleh buat.

Tanpa buang masa, aku terus ke Balai Polis Kajang untuk buat report. Banyak juga yang hilang dalam beg tu, wallet, wang tunai, 2 handphone (peribadi dan kerja), set baju dan seluar sukan, 128GB thumbdrive (my whole backup), powerbank dan cable charger.

Selepas keterangan diambil, saya pun pulang dengan perasaan bercampur baur. Marah sudah pasti, tapi bila difikir semula setiap kejadian pasti ada hikmahnya yang mana aku sendiri tidak tahu.

Sampai di rumah, aku renung dan imbas kembali kejadian tersebut. Tak boleh tidur aku dibuatnya. Apa pun aku bersyukur, aku tidak ada apa-apa. Berbeza dengan kes ragut yang sering aku dengar di TV dan media sosial, jatuh motor sehingga luka dan paling teruk sehingga mati.

Oleh kerana tak boleh tidur, aku layan la movie Transformer The Last Knight untuk menghilangkan stress yang melanda. Tapi sampai habis cerita pun aku masih belum boleh tidur. Ggrrrrr..

Tutup Buku Lama

Setelah sekian lama menyepi dalam dunia blogging, akhirnya baru hari ini aku mengumpul kekuatan untuk meneruskan semula karya penulisan yang telah lama aku tinggalkan. Betapa sukarnya untuk mendapatkan mood berkarya.

Bermula dari titik hitam yang telah menjadi sejarah dalam hidupku. Tidak pernah kulupakan apa, siapa terlibat dan bagaimana sehingga berakhirnya rumahtanggaku.

Orang kata Move On, mudah diungkapkan tetapi sukar dilakukan. Namun aku tidak menggunakan cara merosakkan diri untuk melegakan stress yang aku hadapi. Aku bersukan dan berlari untuk menghilangkan masalah, walaupun ianya sementara.

Dikala aku kemurungan mengimbas kembali apa yang telah berlaku. Ianya membuatkan aku tidak boleh tidur sepanjang malam. Aku cuba menyibukkan diri dengan kerja di pejabat agar tidak memikirkan masalah. Tetapi apabila masa kerja tamat, secara sendirinya aku kembali memikirkan masalah itu.

Aku berlari, jogging selepas kerja untuk memastikan yang aku betul² penat apabila balik ke rumah. Dengan harapan, aku dapat tidur dengan nyenyak setelah keletihan berlari. Alhamdulillah, ianya berhasil dan aku bersyukur kehadrat Illahi kerana telah memelihara aku dari perkara² yang merosakkan diri.

Masa itu sebagai pengubat, setelah sekian lama baru aku dapat menyesuaikan diri dari berkeluarga membujang kembali. Apa yang penting, solat 5 waktu ditinggal jangan. Bermohon dan berdoalah, kerana hanya padaNya untuk kita memohon.

Bermula dari aktiviti berlari, aku mula mendapat ramai kawan. Fitness aku semakin baik, kerana bersukan. Terima kasih Mak kerana banyak memberi sokongan pada saya walaupun hanya dari jarak jauh. I Love U so much.

Conflict

Bermacam-macam cerita yang didengari, dari jauh dan dekat. Ku sangkakan khabar angin, rupanya khabar badai dan khabar taufan yang menimpa. Jikalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

al-Kisah di sebuah tempat yang bernama Jay Tee Amm. Seorang pengembara yang telah lama mengembara, kini pulang ke kampung halaman. Kehadirannya disambut dengan gilang gemilang, majlis kenduri dan bunga manggar.

Namun di sebalik kemeriahan terselit berbagai gosip dan konflik yang bagaikan menunggu masa untuk meletup. Keakraban yang ditunjukkan hanyalah wayang kulit yang bukan kulit.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Sedikit sebanyak, si pengembara dapat melihat suasana yang kurang harmoninya. Si pengembara yang cuba menjernihkan keadaan rukun tetangga, dikatakan talam tak bersegi.

Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Dengan kebijaksanaan ketua kampung yang baru, sedikit sebanyak telah meleraikan pertelingkahan dan salah faham di kalangan penduduk setempat.

Sebahagian kecil mengambil kesempatan di atas kebaikan dan keramahan yang dicurahkan oleh ketua kampung. Penduduk kampung menjadi berpuak-puak, sama ada sedar atau tak sedar. Usaha baik ketua kampung kelihatan sia-sia di mata si pengembara.

Apakah kesudahan kampung halaman si pengembara? Adakah perlu si pengembara, mengembara buat sekian kalinya? Hanya masa akan menentukan.

Servis Water Filter

Suatu ketika dahulu, tatkala saya masih bujang dan baru memiliki rumah sendiri. Perkara yang saya fikirkan ialah kualiti air yang masuk ke dalam rumah. Semua orang sedia maklum bagaimana kualiti air di sekitar lembah Klang ni.

20151001_124537

Apabila dapat sahaja kunci rumah, saya terus suvey water filter untuk digunakan di rumah. Akhirnya, brand Delcol menjadi pilihan saya. Maka ada la satu tabung besar kat luar rumah yang menapis segala kotoran air sebelum masuk ke tangki rumah.

20151001_124548

Dipendekkan cerita, sudah masuk 7 tahun water filter tidak di servis. Jikalau ikut jadual yang disarankan, memang perlu dibuat 4 tahun sekali. Tetapi oleh kerana saya berada di oversea pada ketika itu, maka kesempatan untuk servis hanya dapat dilakukan pada hari ini.

20151001_124711

Selepas buat appointment dengan pihak Delcol, maka ejen Delcol pun datang ke rumah untuk menukar segala jenis pasir yang ada di dalam water filter. Ketika proses pembersihan, memang nampak betapa kotornya keladak-keladak yang telah ditapis sebelum ini.

20151001_124944

Setelah proses pembersihan dilakukan, maka proses menukar filter dilakukan. Filter yang dimaksudkan ialah batu dan pasir. Terdapat 5 lapisan filter yang terdiri daripada batu, beberapa jenis pasir dan juga arang.

20151001_125043

Kemudian water filter disambungkan semula kepada paip utama dan proses backwash dilakukan untuk memastikan air yang keluar benar-benar bersih daripada bendasing. Lebih kurang 10-15 minit, air yang mengalir keluar sudah cukup bersih, barulah disambungkan terus ke tangki utama.

Barulah terasa lega sedikit, selepas ada filter baru.

Salam Eid-ul Adha To All My Family

Alhamdulillah, syukran to the almighty. I still live and breath in His world. It’s been a long time I haven’t update my blog since back from oversea. Probably busy with something that I can’t refuse. Hopefully, I can write some story.

When talking about Eid-ul Adha, it means a sacrifice. Muslims around the world will do sacrifice or in other word Qurban. They will slaughtered cow, camel, goat or lamb. But in my region we usually using cow.

Talking about sacrifice, some people sacrifice their time to spend time with family, leaving their job so they can take good care of their family. Some people sacrifice their desire, so they can satisfy their family needs.

Some people sacrifice their happiness, to make their family happy. Some people working so hard so they can fulfill their family needs. Some people struggle so hard to fight their sickness because they don’t want their family worried.

But it’s a shame, this kind of sacrifice is meaningless to those ungrateful person.

They is a hadith for this ungrateful person (specific wife)

Narrated Abdullah bin Abbas (RA):
During the lifetime of Allah’s Messenger (ﷺ), the sun eclipsed. Allah’s Messenger (ﷺ) offered the prayer of (the) eclipse) and so did the people along with him. He performed a long Qiyam (standing posture) during which Surat-al-Baqara could have been recited; then he performed a pro-longed bowing, then raised his head and stood for a long time which was slightly less than that of the first Qiyam (and recited Qur’an). Then he performed a prolonged bowing again but the period was shorter than the period of the first bowing, then he stood up and then prostrated. Again he stood up, but this time the period of standing was less than the first standing. Then he performed a prolonged bowing but of a lesser duration than the first, then he stood up again for a long time but for a lesser duration than the first. Then he performed a prolonged bowing but of lesser duration than the first, and then he again stood up, and then prostrated and then finished his prayer. By then the sun eclipse had cleared. The Prophet (ﷺ) then said, “The sun and the moon are two signs among the signs of Allah, and they do not eclipse because of the death or birth of someone, so when you observe the eclipse, remember Allah (offer the eclipse prayer).” They (the people) said, “O Allah’s Messenger (ﷺ)! We saw you stretching your hand to take something at this place of yours, then we saw you stepping backward.” He said, “I saw Paradise (or Paradise was shown to me), and I stretched my hand to pluck a bunch (of grapes), and had I plucked it, you would have eaten of it as long as this world exists. Then I saw the (Hell) Fire, and I have never before, seen such a horrible sight as that, and I saw that the majority of its dwellers were women.” The people asked, “O Allah’s Messenger (ﷺ)! What is the reason for that?” He replied, “Because of their ungratefulness.” It was said. “Do they disbelieve in Allah (are they ungrateful to Allah)?” He replied, “They are not thankful to their husbands and are ungrateful for the favors done to them. Even if you do good to one of them all your life, when she seems some harshness from you, she will say, “I have never seen any good from you.’ ”

Sahih al-Bukhari (5197)

Thus, a wife disobedient and ungrateful to her husband does nothing but prepares bad for herself in the Hereafter.

I hope with this small article will be a reminder to all my readers, my family and also to myself. Hopefully, Eid-ul Adha this will bring more prosperity and happiness to all of us. He who can bow down to Allah can stand up to anything.

Hot and Spicy

Genap sudah sebulan sejak balik dari oversea. Perasaan sukar digambarkan, gembira kerana sudah selamat pulang ke tanahair. Sedih kerana terpaksa meninggalkan bumi Glasgow yang dirindui. Sukar hendak digambarkan, tetapi kehidupan perlu diteruskan.

Ketika keluar sahaja dari kapal terbang dan melalui air bridge, di situ sahaja terasa bahangnya. WoW, tiba-tiba terasa seperti serangan strok haba. Walhal, saya sekeluarga sampai Malaysia pada waktu malam bukan siang. Macam mana la keadaan diwaktu siang.

Dipendekkan cerita saya sekeluarga tidur berpeluh-peluh pada malam itu, walaupun aircond dan kipas sentiasa terpasang. Umair yang sentiasa aktif, memang sentiasa berpeluh. Nasib baik la Umair ni jenis tidak merungut kepanasan.

Ketika lapor diri setelah bercuti sekian lama, terasa aircond di pejabat seperti tidak terpasang. Panas sungguh, oleh kerana rambutku yang panjang begitu panjang. Menambah lagi panas di kepala. Nak taknak, kena la potong rambut. Bukan sekadar potong, saya cukur terus bagi pendek.

Baru la terasa lega dan kepala terasa begitu ringan sekali. Memang sayang hendak potong rambut yang panjang, tetapi 3 tahun sudah cukup rasanya. Kini tiba dengan penampilan rambut pendek.

Hari-hari saya bermandikan peluh, walaupun sudah mandi terasa begitu berwap sekali. Sabar jer la, mungkin proses transition mengambil masa yang lama. Ditambah pula KL sudah lama tidak turun hujan.

Alhamdulillah, sekarang sudah boleh adapt cuaca di Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Advertisements