Activity

Happy Birthday Brother

Hari ini adalah 10 Mac 2011 Masihi, bersamaan dengan 5 Rabiul Akhir 1432 Hijrah. Pada hari ini juga adalah harijadi adikku Hafizal yang ke-28. Agak lama juga saya tidak menyambut birthday bersama adik-beradik yang lain sejak berumahtangga. Dikesempatan yang ada, saya luangkan masa untuk menyambutnya.

Birthday adikku Hafizal nampaknya tidak dapat disambut bersama isterinya yang tercinta kerana pada ketika ini sedang bertugas di Bintulu, Sarawak. Oleh itu, kami tiga beradik sahaja yang menyambut iaitu Saya, Hafizal dan Faiz. Siapa lagi yang hendak sambut kalau bukan keluarga sendiri. Seorang lagi adik Hilmi tidak dapat join sekali kerana sedang belajar di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

Tidak ada sambutan belon, mahupun parti yang besar-besaran ataupun makan besar di restoran mewah dan kelas. Tetapi cukup sekadar kami makan bersama di rumahnya. Hanya hidangan McDonald yang dipesan, itupun secara delivery. Apa yang penting, kami sambut secara sederhana dan tidak membazir. Kerana membazir itu amalan Syaitan. Huhuh..

Leave a comment