My Officemate Kahwin

Sya’hed dan Suhana, kedua-dua mempelai akhirnya selamat diijabkabulkan. Pada tanggal 31 Januari 2009 ia menjadi tarikh keramat kepada mereka berdua kerana telah menjadi suami isteri yang sah. Majlis sanding diadakan di Dewan Orang Ramai, Kg Baru. Kedua-duanya pula adalah officemate saya, kerja di tempat yang sama, cuma berlainan unit. Rasa kelakar pun ada, tapi dah jodoh apa-apa pun boleh jadi.

Saya pula jadi photographer bagi pihak lelaki, walaupun Suhana juga kawan saya tapi dia sudah mempunyai jurugambar sendiri. Sepatutnya saya dan seorang lagi officemate akan mengambil gambar bagi pihak lelaki, akan tetapi beliau tidak dapat hadir atas hal kecemasan.

Mahu atau tak terpaksa la bergerak secara solo, setiap pergerakan dan gaya pengantin posing dan sebagainya akan saya ambil gambarnya. Tidak kira bila dan masa itu, kadang-kadang sampai terpaksa berhimpit dan selisih dengan fotographer pihak perempuan.

Apa pun, semoga Sya’hed dan Suhana berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Advertisements

Bagan Lalang Pre-Convoy

Pada hari Ahad yang lepas, saya buat survey jalan ke Bagan Lalang untuk konvoi bermotorsikal ker Bagan Lalang. Konvoi ni just untuk officemate kat office saya bekerja sahaja. Bukan big convoy macam kelab motorsikal lain. Disebabkan saya yang mencadangkan convoy ni, so saya la jugak yang kena buat survey masa, jarak dan laluan perjalanan.

Perjalanan saya mulakan dari depan pintu masuk office, setiap jarak perjalanan dicatit bagi setiap check point yang ada.

Pada jam 1.52pm saya mulakan perjalanan ke Bagan Lalang dari Pusat Perubatan UKM, melalui Bandar Tun Razak, Bandar Tasik Selatan dan seterusnya ke Plaza Tol Sungai Besi. Jarak ke Plaza Tol Sungai Besi ialah 9.4km dan sampai di sana lebih kurang jam 2.04pm.

Seperti biasa, saya akan singgah mengisi minyak di stesen minyak kerana ia sebahagian daripada aktiviti convoy berkenaan. Takut ada la pulak motor yang habis minyak di tengah jalan. Memandangkan minyak dalam tangki masih banyak, saya cuma isi RM10 sahaja equal to RM1.80/liter on that time.

Seterusnya saya teruskan perjalanan ke Bagan Lalang dan keluar melalui Plaza Tol Nilai. Saya sampai di sana sekitar jam 2.36pm jarak perjalanan 38km. Masa keluar dari Plaza Tol, ramai convoy motorsikal sedang berehat di kawasan rehat. Rasa segan pun ada, sebab bila lalu jer semua orang tengok saya. Nasib baik la pakai helmet full face, kurang la sikit rasa malu tu.

Rasa penat dah mula ketara, sebab perjalanan yang agak jauh lebih-lebih lagi dengan menaiki motor yang agak tonggek ni. Perjalanan dengan kelajuan statik 90~100km/j agak memenatkan. Patut la semua motor yang berkuasa tinggi tunggang motor dengan laju.

Setelah melalui pekan Sepang dan pekan Sungai Pelek, pada jam 3.30pm akhirnya saya sampai ke Bagan Lalang. Apabila saya lihat meter pada motor, lebih kurang 78km jaraknya dari office ke Bagan Lalang. Agak mencabar juga perjalanan convoy yang bakal diadakan.

Kebetulan pada hari tersebut cuti, ramai orang yang sedang ber ‘picnic‘ pada waktu tu. Ditambah pula dengan aktiviti berkuda di tempat tersebut, ia menjadi salah satu daya tarikan kepada pengunjung ke Bagan Lalang.

Dengan RM5 pengunjung boleh menunggang kuda dengan membuat 2 pusingan. Ada 2 ekor kuda padi dan seekor kuda yang besar di situ. 

Terdapat banyak juga gerai jualan di sana. Jadi, rasanya tiada masalah kepada pengunjung yang hanya datang tanpa membawa sebarang bekal. Agak sesuai membuat convoy ke Bagan Lalang secara bermotorsikal kerana tidak perlu membawa banyak barang.

Harap-harap convoy yang saya akan buat, berjalan dengan lancar.

My New Flash Gun and LowePro

Sebagai penambah kelengkapan kepada EOS 50D, saya telah pun membeli Canon Speedlite 580EX II dan juga beg LowePro sebagai tambahan aksesori kamera. Saya membelinya di Low Yat Plaza dengan harga yang agak berpatutan.

Sepatutnya saya perlu beli satu lagi aksesori iaitu Tripod tapi apakan daya, model yang dicari tiada dalam stok. So, terpaksa la beli dua barang ini sahaja. Sekurang-kurangnya, saya tidak la pulang dengan tangan kosong.

Banyak jugak yang kena belajar mengenai setting Flash Gun nie, agak sukar jugak untuk digunakan dengan setting yang betul. Nasib baik manual yang disediakan sangat-sangat membantu. Lepas nie terpaksa la beli batery charger untuk bateri double A.

Happy Birthday Darling!

Dua hari lepas, saya dan isteri serta keluarga mertua menyambut harijadi isteri saya di sebuah restoran di Putrajaya berdekatan dengan Taman Botani. Menu hidangan adalah ala-ala Chinese Style.

Sejak kahwin, ini lah pertama kali saya menyambut birthday isteri saya di restoran yang serba mewah. Menu dipesan sebanyak 7 hidangan termasuk pencuci mulut.

Dimulakan dengan hidangan pembuka selera, masakan cina yang entah apa namanya. Disusuli dengan hidangan sharkfin soup yang begitu enak sekali. Sambil menikmati pemandangan Tasik Putrajaya. Makan punya makan, dah sampai hidangan pencuci mulut.

Sedap sehingga menjilat sudu garfu. Heheh.. Banyak jugak makan. Tapi bila tengok harga pada bil, ayarkk!! Mungkin setahun sekali boleh la kot makan kat situ. Apa pun, birthday isteri yang disayangi disambut dengan cara yang berbeza tanpa ada kek, bunyi trompet dan sebagainya. Juga tanpa hadiah. Huhu…

My New Gadget

Setelah sekian lama mengidam untuk mendapatkan sebuah kamera Digital SLR, akhirnya penantian telah pun berakhir. Puas dah survey sana sini untuk mencari kamera idaman, jenama Canon juga menjadi pilihan.

Kamera pilihan saya ialah Canon EOS 50D yang dilengkapi dengan aksesori kit lens EF-S 18-200 IS.

Macam tak percaya saya boleh memiliki kamera D-SLR yang mana sebelum ini hanya angan² sahaja. Kini boleh kata hampir setiap hari saya asyik membelek kamera berserta manual cara mengambil gambar dengan betul.

Dengan lens EF-S 18-200 IS, saya boleh mengambil gambar yang agak jauh. Dengan Image Stabilizer (IS) yang ada, saya tidak perlu risau gambar akan shaking atau blur semasa mengambil gambar.

Walupun lens kit yang disertakan dengan kamera ini tidak setanding dengan model lens Canon L series yang ada dipasaran, namun buat permulaan bagi pengguna amatur seperti saya ianya sudah cukup memuaskan.

Rasanya tak sabar hendak mencari masa yang sesuai untuk menangkap gambar di taman², tempat pelancongan, kawasan rekreasi. Rasa tak sabar² kerana sudah memiliki kamera baru.

Durian Runtuh

Siapa sangka, cempedak menjadi nangka. Duit KWSP sudah dikeluarkan, macam-macam yang saya nak buat. Tetapi kalau diikutkan hati memang banyak yang hendak dibuat dan rasanya duit macam tidak cukup. Kalau ikutkan hati, saya nak jer transplant enjin GSR pada kereta Wira saya tue. Tapi buat masa ini, saya nak beli gadget idaman saya.

Sekurang-kurangnya minat saya tidak terkubur dengan begitu sahaja. Esok saya akan survey harga barang tersebut. Apakah gadget tersebut? Kita tunggu di lembaran blog saya yang akan datang. Hehehe…

Happy New Year 2009

Tahun baru, azam pun baru. Memang sengaja saya pilih 01 Januari 2009 sebagai tarikh sulong sempena membuka lembaran bagi blog saya yang pertama. Semoga tahun 2009 yang penuh cabaran dapat di atasi dengan jayanya. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengemaskini blog yang baru saja dilahirkan.

Advertisements