Berpuasa 20 Jam.. Jealous???

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Nampak gaya, sempat juga saya berpuasa panjang buat kali ke-4 selama 20 jam lamanya.

Tahun lepas adalah waktu kemuncak bagi puasa yang paling panjang bagi Glasgow dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Dimana puasa hampir 20 jam setengah lamanya. Pada tahun ini pendek sedikit, namun dikira terlalu lama jika dibandingkan dengan Malaysia.

Pengalaman berpuasa yang panjang tidak menjadi masalah, kerana cuaca dan iklim yang agak dingin. Bagi orang di Malaysia secara amnya mungkin tidak dapat bayangkan bagaimana berpuasa bagi jangkamasa yang panjang.

Sebagai gambaran, waktu maghrib/berbuka puasa bagi Glasgow ialah 10.13pm dan waktu berakhirnya sahur ialah pada jam 2.19am. Hanya ada lebih kurang 4 jam sahaja yang boleh diperuntukkan untuk makan dan minum. Belum pun makanan dalam perut hadam sepenuhnya, waktu sahur pula semakin luput.

Apa yang saya buat, cuma makan 3 biji kurma dan segelas susu dan segelas air sejuk sebagai sahur setiap hari. Alhamdulillah, puasa saya masih terjaga setakat ini dan mudah-mudahan cukup ler puasa sebulan.

lailatulqadr

Selalu juga saya mendapat mesej-mesej nakal dari kawan-kawan yang berada di Malaysia. Ini kerana mereka berpuasa pendek berbanding saya yang berada di perantauan. Provokasi seperti itu sudah lali dan saya sendiri sudah hafal skrip masing-masing.

Gambar hidangan berbuka puasa dan sahur menjadi modal kedua untuk mem”jeles”kan saya. Posting gambar bazar Ramadhan yang beraneka jenis makanan dan minuman. Sabar sahajalah duhai hati, kerana sabar itu separuh daripada iman.

Tapi ada perkara yang kawan-kawan di Malaysia mungkin tidak perasan. Disebabkan waktu malam di Glasgow agak pendek, maka lebih mudah untuk mencari Malam Lailatulqadar. Isyak bermula seawal jam 11pm, jika dikira cuma 3 jam lebih untuk mencari Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Ada hikmahnya berpuasa panjang ni sebenarnya. Semoga dipermudahkan buat saya untuk mencari Malam yang istimewa ini. Amin Ya Rabbal Alamin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: