Trip to Isle of Skye – Day 1

Selang 2 hari selepas kami balik dari Amsterdam, bapa mertuaku pula sampai ke Glasgow. Perancangan utamanya ialah untuk membawa kedua-dua mertua berjalan-jalan sekitar Scotland dan memang itulah tujuannya datang ke mari.

Hendak ikutkan hati memang la semua tempat hendak pergi, tetapi memandangkan wang sudah banyak habis semasa di Amsterdam, maka terpaksalah buat sedikit catuan dalam memilih tempat untuk dilawati dan biarlah ianya berbaloi.

Perancangannya hendak pergi ke Isle of Skye sejak dulu lagi, tetapi hotel booking yang last minute membuatkan harganya agak mahal. Tapi mungkin juga harga sentiasa mahal dek kerana ianya adalah tumpuan pelancong dari dalam dan luar Scotland.

Setelah hotel ditempah pada malam sebelumnya, kami pun bertolak ke Isle of Skye pada keesokan harinya. Lebih kurang jam 9am kami mula bertolak dan singgah sebentar di stesen minyak untuk memulakan perjalanan jauh.

Kami pergi dengan 2 buah kenderaan, saya satu family dan mertua, manakala keluarga Pak Su satu kenderaan. Perjalanan kami menyusuri laluan Glencoe, tempat biasa untuk pergi ke highland.

Sampai di satu tempat War Memorial, kami berhenti sebentar untuk bergambar. Selepas itu kami meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di Eilean Donan Castle. Di situ kami keluar bergambar lagi, namun kami tidak masuk ke dalam castle tersebut.

Sehinggalah kami melalui jambatan yang menghubungkan tanah besar dengan Isle of Skye. Jambatannya begitu tinggi sekali, mungkin untuk laluan kapal atau untuk mengelakkan daripada ombak yang ganas tatkala musim tengkujuh.

Setelah sekian lama berjalan, kami pun sampai di Broadford dan mencari hotel penginapan kami. Tetapi langsung tiada petunjuk yang jelas. Apabila cuba dihubungi, rupanya check-in bermula jam 5pm. Tak pernah-pernah check-in sebegitu lewat, hendak tanyakan arah jalan, tetapi orang yang berada di talian hanyalah 3rd party yang menguruskan tempahan hotel.

Mahu atau tidak, terpaksalah tunggu sehingga jam 5pm. Oleh kerana masing-masing telah lapar, kami pun picnic di kawasan yang mempunyai meja dan bangku. Makanlah kami dengan bekal yang ada, sejuk-sejuk angin bertiup kami tadah sahaja. Nasi dan lauk yang sejuk pun terasa begitu sedap apabila lapar.

Selesai makan, kami pun mula bertolak dan mencari Visit Scotland Centre yang terdekat. Namun hanya ada satu sahaja dan ianya terletak di Portree. Maka situlah destinasi kami seterusnya, semata-mata untuk mengetahui lokasi menarik di Isle of Skye.

Sepanjang perjalanan ke Portree, banyak pemandangan yang menarik. Sungguh asyik sekali, tetapi sebagai driver terpaksalah curi-curi pandang, kerana jalannya yang bersimpang-siur. Setiap tempat yang mempunyai pemandangan menarik, pasti ada tempat persinggahan untuk bergambar.

Apabila sampai di Portree, kami mendapat khidmat nasihat tempat yang menarik untuk dilawati. Peta juga boleh didapati secara percuma. Bandar Portree itu sendiri tidak mempunyai daya tarikan yang menarik, biasa-biasa sahaja. Itupun orang local disitu yang kata demikian.

Kami pun mula bertolak menuju ke utara, tempat yang kami hendak lawati ialah Kilt Rock. Tempatnya seperti air terjun, yang mana airnya mengalir terus ke laut. Lain dari pemandangan yang dilihat sebelum ini. Namun oleh kerana ianya adalah kawasan tumpuan pelancong, terlalu ramai orang membuatkan agak sukar untuk bergambar dan mendapat pemandangan background yang menarik.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan melalui jalan A855 sambil melihat pemandangan laut dari aras tinggi. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan, memang berbaloi datang dari jauh untuk melihat pemandangan yang cukup cantik.

Sehinggalah kami habis pusing melalui jalan A855 dan sambung pula di jalan A87. Kami terus pergi ke Broadford untuk check-in hotel. Setelah jumpa signboard yang agak kecil kami pun masuk ke lorong yang kecil sehingga ke penghujung. Rupa-rupanya hotel tersebut terperosok jauh ke dalam.

Apa yang bagusnya tentang hotel ini, ianya adalah style dorm seperti asrama. Tandas, bilik mandi dan dapur adalah berkonsep kongsi. Dapur yang luas, memudahkan kami untuk memasak makanan sendiri. Tempat meja makan juga agak selesa, cuma katil tempat tidur yang agak sempit. Katil pula dari jenis double decker, so terpaksalah saya tidur di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: