Holiday in Amsterdam – Day 3

Pada hari ke-3 ialah hari kemuncak buat Ibu Mertuaku. Ini kerana beliau tunggu saat ini untuk melihat bunga tulip. Seawal jam 9am (sebenarnya dah lewat) kami telah mula bergerak untuk ke Keukenhof. Namun bas untuk ke sana hanya terdapat di 2 lokasi sahaja iaitu Museumplein dan satu lagi saya sendiri pun tak ingat namanya. Tetapi Museumplein la yang paling dekat.

Alangkah bagus kalau bas ke Keukenhof boleh naik dari Amsterdam Central Station. Tetapi itulah yang perlu kami harungi untuk ke sana. Demi menjimatkan masa dan mengejar masa, kami menaiki Tram untuk ke Museumplein. Sambil melihat pemandangan bandar Amsterdam dari dalam Tram, tanpa disedari kami telah pun sampai. Rasa sungguh pantas sekali.

Tetapi bas yang perlu kami naiki ini pula bukanlah direct ke Keukenhof, kami perlu transit di Schipol Airport dan naik satu lagi bas untuk ke Taman Bunga Tulip. Agak lama juga kami menunggu bas yang tak muncul-muncul. Rupa-rupanya ramai lagi foreigner lain yang hendak ke sana.

Lebih kurang 1/2 jam lamanya barulah bas yang dinantikan tiba. Setelah menunjukkan tiket masuk ke Keukenhof, attendant bas memberi kami naik bas. Bermulalah perjalanan dari Museumplein ke Schipol Airport yang mana saya sendiri tidak sedar kerana tertidur di dalam bas. Penangan kurang tidur pada malam sebelumnya.

Apabila sampai di Schipol Airport, kami perlu beratur di stesen bas berdekatan dengan pintu masuk yang berhampiran dengan Starbucks. Betapa ramainya orang yang beratur macam ular, semuanya hendak ke Keukenhof. Apabila bas pertama dan kedua telah berlalu, barulah kami dapat menaiki bas yang ketiga. Itupun kami terpaksa berdiri sepanjang perjalanan ke sana.

Apabila sampai sahaja, 1st sekali yang kami buat ialah bergambar dipintu masuk. Setelah menunjukkan tiket masuk, saya pergi mencari sesuatu untuk alas perut. Lapar yang amat, kerana sejak keluar dari hotel saya belum menjamah sedikit makanan. Wife pula tergedik-gedik suruh cepat, macam la bunga-bunga tulip tu nak lari. Sabar la, takkan lari bunga dikejar.

Selesai breakfast, kami mula berjalan mengelilingi taman mengikut map taman yang boleh didapati secara percuma. Sana sini penuh dengan bunga tulip yang berwarna-warni. Ya memang tidak dapat dinafikan, memang cantik. Lebih-lebih lagi apabila setiap bunga ditanam dengan pelbagai warna dan dicorakkan.

Berjalanlah kami mengelilingi taman yang penuh dengan bunga. Sehinggalah kami sampai di tempat small farm. Tak perlu rasanya saya ulas apa yang ada kat sini. Tapi saya ulas ler jugak, di sini ada ayam, itik, angsa, kambing, burung merak. Suatu daya tarikan buat pelancong asing yang mana semua ini tidak asing bagi saya.

Setakat nak tengok ayam, itik, kambing, angsa dan merak, rasanya entah berapa puluh kali saya tengok. Semasa saya masih kecil, kambing dekat kampung saya kejar sampai ke kebun dan masuk ke kawasan rumah jiran. Ibu ayam yang nampak garang apabila anak ayam saya kejar, juga tidak terkecuali.

Tetapi di sini (Keukenhof) yang peliknya, ayam, itik, kambing, angsa dan merak langsung tidak takut pada pengunjung. Seolah-olah semua haiwan di sini sudah jinak, well trained kata Mat Salleh. Tambah menarik, kambing di sini tidak berbau busuk. Seolah-olah kambing di sini mandi setiap hari.

Umai yang tak pernah tengok kambing, rasa sungguh excited bila jumpa kambing. Seronok sangatlah, tepuk-tepuk, tarik ekor, usap kepala kambing. Betul-betul budak bandar tak pernah tengok kambing. So, ini kira pengalaman baru buat Umair. Ayam juga tidak takut dengan orang, boleh dipegang, diusap. Kagum sekejap.

Selepas saya bosan dengan small farm nih (Umair pula masih seronok dengan kambing), saya pergi ke tempat lain untuk bergambar. Dimana saya snap gambar di atas bot yang mana terdapat background Windmill.

Sampai di suatu tempat di dalam taman tulip yang dinamakan Beatrix, kami berehat untuk makan tengahari (dah petang pun). Seperti biasa, apa yang boleh dimakan hanyalah vegetarian. Walaupun disediakan tempat makan yang luas, pun masih penuh dengan orang.

Selesai makan tengahari, kami mula berjalan sambil bergambar. Kemudian kami berehat di atas rumput disalah satu kawasan yang agak redup. Orang Malaysia jer cari tempat redup, Mat Salleh semua cari tempat panas siap berjemur lagi. Akan tetapi, pengunjung dilarang untuk memijak rumput dan ianya dilarang. So, sambil berehat mata tu memerhati jer jikalau ternampak dengan penjaga taman.

Dipendekkan cerita, hari telah pun hampir senja, sudah hampir waktu tutup taman. Kami pun mula beredar dan pergi ke pintu masuk utama. Semua kawasan di dalam taman kami terokai, setiap bangunan yang berdekatan kami kunjungi. Bak kata orang, datang melawat sekali ja. Pas ni tak pi dah.

Kemudian kami menunggu bas yang akan membawa kami ke Schipol Airport. Apabila bas tiba, barulah kami dapat tempat duduk kerana kami adalah orang yang paling hadapan berbaris. Setibanya di Schipol Airport, saya pergi membeli tiket train direct ke Amsterdam Central Station kerana tak sanggup hendak menaiki bas yang mengambil masa hampir sejam dan perlu tukar tram untuk ke hotel.

Lebih kurang 15-20 minit menaiki train, kami pun sampai di Amsterdam Central Station dan hanya 5 minit berjalan kaki ke hotel. Penat seharian tidak terungkap, tapi agak puas setelah dapat menikmati pemandangan bunga tulip yang banyak. Saya bukanlah Mat Bunga, tapi bunga-bunga tulip itu memang menarik. At least once, saya dah pun sampai ke Keukenhof.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: