Holiday in Amsterdam – Day 2

Masuk hari ke-2, kami plan untuk melihat ikon bagi Holland iaitu Windmill. Ianya terletak sedikit jauh dari bandar Amsterdam. Di mana kami terpaksa menaiki bas selama 45 minit untuk melihat Windmill. Ianya terletak di Zaanse Schans, satu-satunya kawasan Windmill klasik yang terdekat dengan Amsterdam.

Namun sekiranya hendak melihat Windmill yang menjadi UNESCO World Heritage, ianya terletak agak jauh dari Amsterdam. Ianya terletak di Kinderdijk dan mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan menggunakan train. Namun kami hanya pergi yang terdekat sahaja.

Lebih kurang jam 9.30am kami berjumpa dengan keluarga Pak Su dan Mak Su di Starbucks. Plannya untuk pergi bersama-sama. Kemudian dari Amsterdam Central Station kami menaiki bas ke Zaanse Schans.

Dari bandar Amsterdam hinggalah masuk ke kawasan kampung-kampung yang entah saya sendiri pun tidak tahu nak menyebut namanya, sepanjang perjalanan apa yang perhatikan lorong basikal sentiasa ada dimana-mana. Dimana ada jalan raya, di sebelahnya pasti ada lorong basikal.

Kuingatkan orang berbasikal ni hanya di bandar seperti Amsterdam, rupanya luar bandar juga begitu. Cuma mungkin tidaklah padat dan sesak seperti di Amsterdam. Orang tua yang boleh digelar nenek juga masih berbasikal di kampung-kampung. Memang berbeza sungguh culture orang sini jika dibanding dengan orang Malaysia.

Apabila sampai ke destinasi, bas kami berhenti betul-betul di hadapan Zaans Museum. Turun sahaja dari bas, dari jauh kami sudah dapat melihat Windmill. Ianya berderetan di sepanjang sungai. Di situ mulalah kami bergambar dengan bermacam-macam gaya.

Terdapat lebih kurang 8 buah Windmill yang mana setiap satu mempunyai fungsinya tersendiri. Ada yang digelar sebagai Sawmill kerana fungsi memotong kayu. Ada yang digelar Oilmill kerana fungsi memproses minyak hasil dari kisaran Windmill. Ada yang digelar Spicemill kerana ianya berfungsi untuk mengisar rempah ratus. Ada yang digelar Paintmill dimana ianya menghasilkan cat secara tradisional. Dan ada Windmill digunakan untuk menggerakkan air (tetapi namanya bukanlah Watermill).

Namun begitu tidak semua Windmill boleh dilawat masuk, kerana ada sebahagiannya bukanlah untuk dilawati. Tetapi masih boleh dilihat dari luar dan bergambar. Tetapi sebahagian Windmill yang lain memang boleh dilawat dan masuk tetapi sedikit cas bayaran dikenakan.

Cuaca agak mendung pada waktu itu, kelihatan gumpalan awan yang agak gelap seperti hendak hujan. Tapi ianya nun jauh di sana. Setelah sampai di penghujung Windmill kami berpatah balik ke pintu masuk. Di situ kami bergambar dengan kasut terompah yang terbesar rasanya setakat nih sepanjang berada di Holland.

Sedikit cenderamata saya beli khas untuk Mak di Labuan. Tapi sayangnya, tertinggal di dalam tandas. Saya cuma teringat apabila sudah berada di stesen bas. Hendak patah balik, risau tertinggal bas. Bila tertinggal bas, nanti berpecah group pulak lagi satu hal. Tiba-tiba teringat peristiwa semasa berada di Paris dahulu.

Nampaknya takder rezeki, tapi takperlah. Boleh beli di kedai cenderahati yang lain. Apabila bas sampai, kami menaiki bas dan turun di Veer Buiksloterweg. Dari situ kami menaiki ferry untuk ke seberang Amsterdam Central Station.

Apabila sampai sahaja di Amsterdam Central Station, family Pak Su dan Mak Su berpecah membawa haluan masing-masing. Mungkin ada la tempat yang mereka hendak pergi. Tapi apa yang pasti, tempat yang kami hendak pergi pasti lebih best.

Tempat yang kami hendak pergi ialah Museumplein. Di sinilah letaknya “I A M S T E R D A M” yang agak femes. Apa yang menarik, di sini terdapat Free WiFi. Selepas bergambar selfie dan sebagainya boleh upload terus ke FB, Instagram and whatsoever social media yang you all guna.

Tetapi untuk sampai ke tempat ni, kami berjalan kaki dari Amsterdam Central Station. Punyalah jauh, mungkin sebab separuh hari tenaga kami habis di Zaanse Schans. Setelah puas bergambar, bertenggek, bergayut dan sebagainya, kami pun mula balik kerana hari sudah semakin gelap. Kami balik juga dengan berjalan kaki.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: