Holiday in Amsterdam – Day 1

Pada 18 April yang lalu, saya sekeluarga membawa ibu mertuaku pergi makan angin di Amsterdam. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk melihat Bunga Tulip di Keukenhof. Ini kerana bunga tulip hanya dapat dilihat pada musim bunga sahaja.

Kami menggunakan syarikat penerbangan KLM untuk ke Amsterdam. Flight kami adalah awal pagi, seawal jam 6am kami telah mula terbang. Oleh itu kami perlu berada di airport pada jam 4am. Tak dapat bayangkan betapa awalnya perlu bangun dan bersiap.

Malam sebelum bertolak memang saya tidur nyenyak, mungkin sebab penat. Kalau excited sangat nanti tak cukup tidur pulak. So buat macam takder apa berlaku. Yang pasti beg semua sudah siap packing, itu yang penting.

Pada mulanya wife mula bising kenapa perlu datang airport terlalu awal sedangkan perjalanan ke airport hanya mengambil masa 15 minit sahaja kerana awal pagi tidak banyak kenderaan. Namun ada hikmahnya kenapa saya menyuruh datang awal, ini kerana pemeriksaan security yang membuatkan kami lambat.

Hendak dijadikan cerita, hanya ada 2 booth security yang beroperasi di awal pagi. Walaupun tidak berapa ramai penumpang, tetapi pemeriksaan pula tersangatlah ketat. Mana-mana beg yang disyaki akan ditahan dan diperiksa. Saya juga tidak terkecuali daripada ditahan.

Oleh kerana hanya ada seorang officer yang memeriksa, maka ianya menjadi lambat. Walaupun hanya ada 4 orang di hadapan saya sedang menunggu giliran untuk diperiksa. Maka di situlah kenapa perlunya datang awal ke airport. Orang lain macam-macam diperiksa, segala bentuk cecair perlu diasingkan ke dalam beg plastik khas. Bila tiba giliran saya, beg saya hanya diambil sampel swab untuk pemeriksaan drugs. Keputusannya “Negatif”.. Hooraaayyyy~

Selepas itu barulah saya pergi ke Gate berlepas dimana wife, Umair dan ibu mertua sedang menunggu. Tiba masa untuk berlepas, kami pun berlepas ke Amsterdam. Ini adalah kali kedua saya ke Amsterdam. Tetapi pada kali pertama, saya hanya transit sahaja.

Sampai di Amsterdam, kami mula fikirkan cara untuk ke hotel penginapan kami. Paling mudah ialah dengan menaiki train direct ke Amsterdam Central Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Apabila kami keluar sahaja dari Amsterdam Central Station satu suasana yang lain dari yang lain.

Amsterdam penuh dengan basikal, di sana sini orang berbasikal. Tram juga cukup banyak, boleh dilihat betapa kerapnya tram dan laluan rail yang ada. Basikal yang mereka gunakan bukanlah kategori road bike tetapi kategori commute bike. Mereka berbasikal agak laju juga, mungkin itulah rutin harian mereka. Orang tua beruban pun masih lagi berbasikal, kalau standard orang Malaysia memang duduk saja la.

Orang kata di Amsterdam ni ramai orang kulit hitam. Tetapi pada pengamatan saya, banyak putih dari hitam. Mungkin yang putih ni pelancong asing seperti saya. Berdasarkan percakapan mereka, memang sah orang Europe dan bukan UK. Satu patah perkataan langsung tak faham.

Hotel tempat kami menginap hanya 5-10 minit berjalan kaki dari Central Station. Namun kami masih belum boleh check-in, kerana jam baru menunjukkan 9.30am. Kami hanya tinggalkan beg di kaunter hotel dan kami mula berjalan-jalan di sekitar bandar Amsterdam.

Berpandukan pada map yang boleh didapati secara percuma di hotel, kami berjalan ke tempat-tempat menarik yang ditunjukkan di dalam map. Tapi sebelum itu, perut perlu dialas terlebih dahulu sebelum berjalan. Maka Holland’s Fries menjadi menu breakfast kami semua, betul-betul berdekatan dengan hotel penginapan kami.

Oleh kerana masa untuk kami berada di Amsterdam agak singkat, kami menggunakan setiap masa yang ada untuk berjalan-jalan. Kebetulan pada waktu itu, ada fun fair sedang berlangsung di Royal Palace. Kami berjalan dari hotel ke situ yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja. Kalau dilihat dari map, nampak macam jauh.

Berdekatan dengan Royal Palace, ada Madame Tussauds Amsterdam. Oleh kerana kami pernah pergi Madame Tussauds London, so kami tidak pergi yang ada di Amsterdam. Kami berjalan sambil melihat bandar yang banyak canal. Basikal sentiasa ada dijalan, berbeza sungguh dengan Glasgow mahupun London.

Pada jam 12pm, kami mula balik ke hotel untuk check-in, sebelum pergi lebih jauh. Selesai check-in barulah kami mula menyusuri jalan-jalan yang ada. Oleh kerana sudah masuk waktu tengahari, kami pergi ke restoren untuk lunch. Berpandukan Apps Tripadvisor, ada 2 buah restoran Malaysia yang terdekat dengan hotel kami. Salah satunya ialah Malaysian Restaurant Wau Amsterdam, yang terletak di Zeedijk 35.

Sampai di restaurant menu yang ada sememangnya menu Malaysia. Salah satunya ialah rendang kambing, nasi goreng, koew teow goreng, nasi lemak dan lain-lain. Ibu mertuaku memesan nasi goreng ayam, saya pula nasi dengan rendang kambing manakala isteri saya koew teow goreng. Minuman pula saya memesan teh tarik. Tak pernah-pernah saya order teh tarik. Entah kenapa kat oversea saja gatal nak order.

Apa yang menarik, di restoren ini ada Free WiFi. Tatkala sedang menunggu makanan sampai, semua buka smartphone masing-masing untuk mendapatkan perkembangan terkini. Oleh kerana kami adalah pelanggan yang pertama, maka makanan cepat sahaja sampai.

Nasi goreng ayamnya memang sedap, I give two thumbs up untuk Nasi goreng ayam walaupun ianya dimasak oleh Mat Salleh Dutch. Manakala rendang kambing juga boleh tahan enaknya, kuah rendang serba-serbi cukup rasa. Mungkin ada yang kata daging kambing ada bau kurang enak, di sini mereka tidak menggunakan daging kambing tetapi daging biri-biri.

Oleh kerana saya tidak sukakan Koew Teow, maka saya tidak ada komen untuk itu. Isteri saya yang menggemari Koew teow mengatakan ianya memang sedap. Walaupun pernah terbaca di dalam review Tripadvisor mengatakan Koew teow tak sedap, sebenarnya ianya sedap. Bila lihat review, yang komen tu ialah Mat Salleh. Nampak sangatlah lidah mat salleh ni tak pandai menikmati makanan.

Ketika kami sedang menjamu selera, datang 2 group Malaysian juga untuk menikmati makan tengahari. Satu adalah group family manakala satu lagi adalah group lelaki seramai 5 orang.

So far so good, puas hati dengan makanan yang lazat. Semua orang kenyang, harga pun boleh tahan lebih kurang €32. Teh tarik juga boleh tahan cukup rasa, tidak terlalu manis tidak terlalu cair, semuanya cukup rasa.

Selesai makan, kami mula bergerak menuju ke destinasi yang tidak dirancang. Kami berjalan sahaja kemana kami hendak pergi, melihat bandar Amsterdam yang tidak pernah kami jejaki. Bermula dari restoren kami mula berjalan menuju Damrak nak menyusuri jalan sehingga ke Munttoren.

Di situ terdapat tower yang mempunyai jam yang akan berbunyi setiap 30 minit. Apa yang menarik ianya akan memainkan lagu dengan menggunakan loceng-loceng yang setiap satunya berlainan bunyi. Sesuatu yang unik pada saya, tetapi tidak pada ibu mertua dan isteri.

Ini kerana apa yang menarik perhatian mereka ialah Flower Market yang betul-betul berdekatan dengan Munttoren. Perempuan dengan bunga memang tidak boleh dipisahkan. Hhmmm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: