Hiking at Ben Vane, Arrochar Alps

Pada 4 April yang lalu, KMG (Komuniti Malaysia Glasgow) dengan kerjasama MMCS (Malaysian Muslim Circle of Scotland) telah menganjurkan aktiviti hiking di Ben Vane di pergunungan Arrochar Alps. Diketuai oleh Dr Johari yang juga sebagai medic incharge dalam pengembaraan menawan puncak.

Kali terakhir saya mengikuti hiking ialah pada tahun lepas sebelum masuk Winter Season. Pada tahun ini saya berpeluang untuk mengikuti hiking dengan perasaan yang berkobar-kobar. Kasut hiking dah lama simpan di dalam kotak, kini sudah boleh beraksi.

Sebelum ini, peserta yang mengikuti hiking boleh dibilang dengan jari, kurang dari 10 orang. Tetapi kali ini, peserta agak ramai iaitu seramai 30 lebih orang. Kebanyakan mereka adalah student bujang yang masih muda. Rata-rata mereka belum ada pengalaman hiking di pergunungan Scotland nih.

Oleh kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri, sebahagian mereka menaiki keretapi ke lokasi tempat kami berkumpul. Hanya 3 orang sahaja yang mempunyai kenderaan sendiri, sebahagian lagi peserta menumpang kenderaan.

Pendakian yang sepatutnya bermula pada jam 10am terpaksa dimulakan pada jam 11am. Ini kerana peserta yang menaiki keretapi sampai agak lewat. Apabila kesemua peserta sampai, kami membuat stretching sebelum memulakan aktiviti hiking.

Pendakian yang pada mulanya agak lancar, sudah menampakkan kesukarannya. Pendakian baru sampai 1/3, ada peserta yang tidak larat. Ada peserta yang sepanjang pendakian tak berhenti membebel. Ada yang berhenti makan nasi lemak, siap dengan lauk nugget ayam. Lucu pun ada bila melihat karenah peserta-peserta beginner nih.

Namun pendakian perlu diteruskan, peserta yang tidak larat mau atau tidak terpaksa ikut sama kerana tiada siapa yang menunggu mereka di bawah. Sampai disatu tahap, barulah dapat merasa sedikit cebisan-cebisan salji. Ketika sampai disalah satu puncak, barulah kami berhenti berehat agak lama sedikit sementara menunggu peserta lain yang masih berada di bawah.

Ketika kami sudah hampir sampai ke kemuncak, ada seorang pendaki Scottish memberi nasihat kepada Dr Johari. Dia memberi nasihat agar kami tidak meneruskan perjalanan ke kemuncak kerana amat merbahaya. Ditambah lagi kebanyakan peserta tidak mempunyai pengalaman dan pakaian yang sesuai. Kebanyakan peserta pula kelihatan penat sekali.

Sekiranya hendak meneruskan juga dia menasihatkan agar jangan berpecah terlalu jauh dan bergerak dalam satu barisan sahaja. Oleh kerana kami sudah hampir hendak sampai, kami teruskan juga dan dalam masa yang sama kami ikut nasihat pendaki itu.

Setelah sampai di atas, terasa puasnya hati apabila dapat menawan puncak. Di situ juga kami semua buka bekal masing-masing dan makan sepuasnya. Akan tetapi saya hanya bawa bekal sedikit roti, sesikat pisang dan sebotol air. Peserta lain siap dengan nasi goreng, nasi lemak, nasi dagang pun ada. Cukup meriah pada waktu itu.

Cuaca di atas cukup sejuk ditambah pula tiupan angin yang cukup kencang. Selesai makan dan berehat secukupnya, kami mula meneruskan perjalanan untuk menuruni gunung pula. Namun kali ini kami akan turun mengikut jalan lain yang lebih landai.

Ketika kami sedang mencari tempat untuk turun, angin yang kencang telah meniup kabus yang ada di pergunungan. Tiba-tiba nun jauh disatu tempat, terlihat ada satu lagi gunung yang tidak terlihat puncaknya. Kami sedikit muskil, adakah kami belum menawan puncak sebenar?

Kami cuba mendekati gunung tersebut terasa agak mustahil untuk memanjatnya. Setelah saya melihat map yang ada serta bantuan GPS, ternyata kami belum menawan puncak gunung yang sebenar. Kami hanya menawan salah satu puncak. Memang benar kata pendaki Scottish itu, amat merbahaya. Walhal sebelumnya, kami fikir dia hanya mahu menurunkan moral kami. Sangkaan saya meleset sama sekali, gunung itu tidak boleh didaki.

Ditambah pula kabus tebal dan angin kencang, kami mengambil jalan untuk berpatah balik mengikut jalan dimana kami daki. Nampaknya tidak ada rezeki untuk menawan puncak sebenar, dapat puncak lain pun jadilah. Suatu pengalaman berharga yang dapat dipelajari, dengar nasihat dari expert.

Sedang kami menuruni gunung, salah seorang peserta tercedara akibat terseliuh. Dr Johari yang lead berada jauh dihadapan, salah seorang dari peserta menghulurkan bantuan dengan membalut kaki agar kurang rasa sakit. Manakala walking stick peserta lain diberikan kepada peserta yang cedera agar beliau dapat berjalan.

Saya sebagai anchor di belakang, terpaksa turun perlahan-lahan menemani peserta yang cedera. Manakala Dr Johari yang berada di hadapan sedang menunggu di check point setelah dihubungi dengan walkie-talkie.

Sepanjang perjalanan menuruni gunung, kami langsung tidak berhenti berehat kerana mengejar masa. Ini kerana sebahagian dari kami menggunakan keretapi sebagai pengangkutan balik yang mana keretapi terakhir ialah pada jam 8pm.

Dalam masa hendak turun, kami yang di belakang dihubungi oleh Dr Johari bahawa ada peserta tercicir iPhone. Nak taknak, kami yang di belakang cubalah mencari sekiranya terjumpa. Like trying to find a needle in a haystack, kami tidak jumpa iPhone tersebut sepanjang menuruni gunung. Tak rezeki peserta tersebut, tu tandanya suruh beli iPhone baru tu.

Alhamdulillah, saya sebagai antara peserta terakhir sampai ke bawah pada jam 7.30pm. Sebahagian yang lain sudah bertolak ke stesen keretapi, maka yang tinggal adalah peserta yang pulang dengan kereta. Selesai solat jamak, barulah kami mula bertolak ke Glasgow.

Inilah aktiviti hiking paling ramai saya sertai. Macam-macam hal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: