Mak dan Abah Datang Melawat Glasgow

Sebelum ini, family mertua saya agak kerap datang melawat kami di Glasgow nih. Boleh kata setahun sekali mesti datang melawat. Kini tiba pula giliran abah dan mak saya datang melawat anak sulungnya yang jauh di perantauan.

Pada mulanya abah dan mak hanya bertanya bila masa sesuai datang melawat. Tiba-tiba dapat tahu dah beli tiket kapal terbang. Terkejut pun ada, sebab dalam masa singkat dah beli tiket flight dan masanya juga agak singkat. Nak taknak kena rancang program melawat Scotland untuk abah dan mak.

Tapi seperti kebiasaannya, typical Scotland weather tidak menentu dan kurang menarik. Harapnya cuaca pada waktu abah dan mak sampai cukup baik. Hari yang ditunggu pun telah tiba, setelah dua hari abah dan mak berada di kota London. Mereka datang ke Glasgow dengan menaiki bas National Express.

Lebih kurang jam 7.15am mereka tiba di Buchanan Bus Station. Saya menjemput abah dan mak pulang untuk dipertemukan dengan isteri dan Umair. Oleh kerana masa abah dan mak bercuti singkat, hari pertama mereka sampai sahaja saya telah bawa mereka ke luar bersiar-siar.

Oleh kerana cuaca cukup baik pada hari tersebut, saya membawa mereka ke Highland. Tujuannya untuk melihat pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan ke Glencoe. Sambil itu kami picnic di Tarbet, Arrochar berdekatan dengan Tasik Loch Lomond.

Cuaca yang sejuk membuatkan kami semua sangat lapar. Selepas bergambar kami mengambil gambar dan meneruskan perjalanan ke Glencoe Mountain. Disepanjang perjalanan kami transit dibeberapa lokasi untuk mengambil gambar.

Keesokannya pula saya membawa abah dan mak ke Edinburgh Castle. Alhamdulillah, cuaca di Edinburgh juga sangat baik. Cuaca yang menarik membuat pemandangan menjadi sangat cantik. Kemudian kami pergi ke beberapa kedai cenderamata di sekitar Edinburgh Castle.

Pada hari ke-3, saya membawa abah dan mak ke sekitar Glasgow. Tempat pertama, kami pergi ke Kelvingrove Museum. Di sini ialah museum seni, apa-apa sahaja yang berkaitan seni ada di sini. Kebetulan pula pada hari tersebut ada persembahan live music organ. Kami mendengar setiap lagu yang dimainkan, cukup menarik dan sesuatu yang baru buat abah dan mak.

Kemudian kami pergi ke Transport Museum juga dikenali dengan nama lain Riverside Museum. Di sini hampir semua jenis kenderaan dipaparkan, kereta, motorsikal, basikal, bas, van, kapal, keretapi, bomba, kapal terbang dan beberapa lagi yang lain.

Pada hari ke-4 pula adalah hari terakhir abah dan mak berada di Glasgow kerana mereka akan bertolak semula ke London sebelum ke Paris. Oleh kerana bas mereka bertolak pada sebelah malam, maka masih ada masa untuk mereka berjalan-jalan di sebelah pagi.

Saya membawa abah dan mak ke bandar Glasgow iaitu di Buchanan Street. Di sini adalah tempat yang cukup femes dengan pertunjukkan live dan street performers. Abah dan mak terhibur dengan suasana baru, ada orang membuat persembahan skill dengan bola. Ada yang menyamar sebagai patung emas. Ada juga yang buat persembahan gendang dan menyanyi.

Kemudian kami singgah di George Square menikmati cuaca panas matahari. Sesuatu kelainan yang abah dan mak rasakan, kerana kalau di Malaysia sudah tentu akan cari tempat berteduh. Tetapi di Scotland barulah terasa nikmatnya cahaya matahari.

Malamnya adalah masa untuk abah dan mak bertolak ke London. Bas yang abah dan mak naiki ialah Megabus Gold. Apa yang menarik ialah di dalam bas tersebut tiada kerusi tetapi katil. Satu lagi pengalaman menarik abah dan mak menaiki bas malam. Lucu pun ada, tidak hairanlah harga tiket bas ni sedikit mahal dari biasa.

Menariknya, sepanjang abah dan mak berada di Glasgow cuaca tersangatlah cerah. Berbeza sungguh dengan hari-hari yang lain. Memang rezeki dapat menikmati cuti melancong dengan cuaca yang baik. Syukur alhamdulillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: