The Best MicroSD For GoPro Hero 4 Black

GoPro Hero 4 Black memerlukan MicroSD yang berkelajuan Class 10 ataupun U1 (minimum requirement). Oleh itu, Sekiranya MicroSD kurang daripada itu seperti Class 6, 4 atau 2, maka video yang cuba dirakam akan gagal kerana memory tidak cukup laju.

Pada pandangan saya secara peribadi, kriteria untuk memilih MicroSD ialah Speed. Kelajuan sangat penting dan menjadi priority utama. Kedua ialah storage, berapa banyak video atau gambar boleh diisi. Akhir sekali barulah price, value sesuatu barang. Kalau mahal sangat rasa tidak berbaloi pulak kan. So kena ada value ratio dengan storage.

Menurut buku panduan GoPro, maximum memory yang boleh ditampung ialah 64GB. Tapi mungkin juga ia boleh menampung sehingga 128GB. Tetapi saya tidak mahu mengambil risiko, so saya stick pada 64GB sebagai target maximum dan minimum mungkin 32GB. Bergantung juga pada bajet yang ada.

Puas mentelaah Class 10 dan U1, tiba-tiba muncul pulak kelas baru iaitu U3. Apo bondo eh ni, nampak sangat aku dah lama tidak mengikuti perkembangan ICT semasa. Setelah mengkaji dan membuat perbandingan antara Class 10, U1 dan U3, ianya adalah standard SD Association untuk menentukan kelajuan.

SD Association

GoPro Hero 4 Black mempunyai setting untuk merakam video dengan resolusi 4K pada kadar 30fps. Untuk memanfaatkan fungsi yang sedia ada, adalah wajar sekiranya saya mempunyai memory yang berkeupayaan dan cukup laju untuk merakam video 4K.

The top end video modes of the GoPro HERO4 Black edition record data at a rate of 60Mb/s. So, untuk memanfaatkan kelajuan rekod ini saya perlu cari MicroSD yang boleh merekod pada kelajuan 60Mb/s atau lebih laju lagi. Maka disinilah mulanya pencarian MicroSD yang cukup sukar.

Banyak info dari internet seperti blog dan forum yang perlu ditapis dan perlu difahami dengan teliti. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing serta kriteria dalam membuat pilihan. Paling senang mengetahui kelajuan sesuatu memory adalah dengan melayari website official yang cukup femes dengan memory seperti Sandisk, Lexar, Kingston dan beberapa lagi yang lain.

Setelah melihat beberapa website dan produk yang mereka ada, saya narrow down kepada dua brand iaitu Sandisk dan Lexar. Kemudian barulah melihat pada produk yang mereka ada, kelajuan, storage dan harga di antara brand Sandisk dan Lexar. Kedua-duanya agak menarik, tetapi produk Sandisk lebih baik.

GoPro write speed

Sandisk Pro mempunyai kelajuan over the top, lebih dari cukup untuk GoPro Hero 4 Black. Kemudian terfikir sebentar, adakah wajar saya membeli 2 keping MicroSD 32GB atau hanya sekeping MicroSD 64GB. Selepas membuat kira-kira, 64GB lebih baik untuk kegunaan saya kerana melihatkan cara untuk membuka dan memasang MicroSD agak sedikit leceh.

So, dalam produk Sandisk ni ada dua pilihan iaitu sama ada Extreme Plus ataupun Extreme Pro. Of course, Extreme Pro lebih baik dari Extreme Plus dan harganya juga lebih mahal. Maka bermulalah pencarian Sandisk Extreme Plus dengan kapasiti 64GB.

Setelah puas mencari tidak ada pula bid untuk Sandisk MicroSD nih. Kalau ada pun, harganya lebih kurang sama dengan beli secara terus malah lebih mahal lagi kerana buyer perlu menampung kos postage. Tiba-tiba saya terpandang satu iklan Sandisk Extreme Pro yang harganya lebih murah sedikit dari biasa yang mana ianya hanya mahal sedikit berbanding Sandisk Extreme Plus.

Kalau mahal sedikit, tetapi lebih baik dan lebih laju, tak perlu fikir panjang, grab terus. Tetapi agak sedikit lambat untuk sampai, mungkin kerana itu ianya murah. Apa pun penantian itu suatu penyeksaan, waaarrrrggghhhhh!!!. Apa yang penting kena bersabar kerana hasilnya pasti membuatkan saya senyum sendirian dan berpuas hati.

_MG_2060

Apabila sampai sahaja memory card baru, 1st thing 1st kena baca doa. Maka GoPro sudah sedia untuk memulakan penggambaran sulungnya. Tiba-tiba proses penggambaran terbantut, GoPro Hero 4 Black yang dibeli, baterinya belum dicas sejak baru dibeli. Cis!!! cis!! cis!

Menanti bateri dicas juga suatu penyeksaan. Huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: