My 1st Action Camera

Tak pernah terhajat nak berkecimpung dalam arena video nih. Walaupun niat itu ada, tetapi tidaklah begitu serius. Oleh kerana keseriusan tidaklah sampai hendak membuat wayang gambar. Akan tetapi sekurang-kurangnya adalah sedikit koleksi peribadi untuk tatapan dikala usia senja. Hohoh..

Apabila sebut sahaja video kamera, apa yang terfikir di dalam kepala ialah Full HD, Digital, Compact. Akan tetapi video kamera seperti itu kebiasaannya tidak cukup lasak dan hanya untuk kegunaan normal. Apa yang saya mahukan ialah sesuatu yang cukup lasak.

Garmin VIRB Elite

Video kamera yang lasak digelar Action Camera. Terdapat berbagai-bagai jenis dan jenama yang ada di pasaran dan salah satunya ialah GoPro, Garmin, iOn, Drift, Sony dan lain-lain. Maka bermulalah pencarian Action Camera mana yang sesuai dengan jiwa ini.

Oleh kerana saya commute ke tempat kerja dengan menggunakan basikal. Action Camera adalah jawapannya. Sekurang-kurangnya jika terjadi apa-apa ada video sebagai bukti. Pada mulanya saya bercadang hendak membeli Garmin VIRB Elite. Apabila melihatkan spesifikasi yang ada tidak cukup membuatkan hati ini jatuh cinta. Rupa ada, tapi spec agak kurang sedikit.

Sony HDR-AZ1VR

Kemudian saya beralih kepada Sony AZ1 VR. Saya mengharapkan reputasi Sony yang cukup gah suatu ketika dahulu dapat menambat hati saya, rupanya ianya sama sahaja dengan Garmin. Aksesori aftermarket juga sangat kurang berbanding Action Camera yang lain.

Last sekali barulah saya melihat GoPro. Walaupun saya sudah mengetahui kehebatan GoPro sebelum ini. Namun tidaklah mengikut perkembangan semasa. Rupanya sahaja sudah macam kamera kompak bersaiz kecil. Berbeza dengan rupa Garmin dan Sony.

GoPro Hero 4 Black

Apabila dilihat spesifikasi yang ada, saya sudah teruja. Inilah Action Camera yang dicari-cari. Aksesori aftermarket cukup banyak sekali. Nak beli original boleh, ciplak boleh, professional grade pun boleh. Walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding Garmin dan Sony serta rupa yang kurang lawa. Saya pejamkan mata sahaja, tepuk dada tanyalah hati. Dalam hati berkata “Rupa tak penting, yang penting spec”.

GoPro pula ada banyak variasi. Hero 3+ Silver, Hero 3+ Black, Hero 4 Silver, Hero 4 Black. Banyak pula pilihan, tapi spec yang saya mahu ada pada Hero 4. Namun agak sedikit berbelah bahagi, sama ada Silver atau Black. Silver mempunyai LCD screen di belakang kamera. Manakala Black pula tiada, tetapi mempunyai kadar FPS yang tinggi berbanding Silver.

Setelah fikir semasak-masaknya, mengikut keperluan dan kegunaan semasa dan akan datang. Saya korbankan feature LCD screen tersebut, maka dengan itu saya memilih GoPro Hero 4 Black sebagai Action Camera saya.

Bermulalah aktiviti saya mencari untuk mendapatkan harga yang termurah dan terbaik berbanding harga pasaran sudah semestinya hanyalah online. Bid sudah semestinya, apa yang penting bagaimana hendak bid pada saat akhir. Setelah 2, 3 kali kalah bid. Buat kali ke-4, barulah saya menang dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran. Jimatlah dalam £80. Syukur..

Selepas seminggu barulah apa yang dipesan sampai. GoPro Hero 4 Black berada di tangan, terasa sungguh syok sekali. Akan tetapi tak boleh nak test, kerana memory card terpaksa dibeli berasingan. Benda yang penting pulak boleh lupa, terpaksa la survey lagi. Huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: