My New Manfrotto Tripod

Sejak berkecimpung dalam dunia fotografi, inilah pertama kali saya membeli sebuah aksesori yang wajib ada pada setiap kamera DSLR iaitu tripod. Sejak dahulu lagi memang hati ini teringin hendak memiliki tripod sendiri, namun apakan daya. Duit poket sentiasa sahaja bocor.

_MG_2161

Bermacam-macam kreativiti boleh dilakukan sekiranya mempunyai tripod. Hendak disenaraikan satu persatu, terlalu banyak rasanya. Secara asas tujuannya untuk memegang kamera agar tiada sebarang gerakan.

_MG_2163

Suatu ketika dahulu tatkala baru berkecimpung dalam dunia fotografi, tripod tak mampu nak beli. Memang ada tripod yang murah, tetapi ianya tidak mampu menampung berat DSLR saya yang mempunyai body magnesium ini.

_MG_2166

Apa yang boleh dibuat, saya terpaksa la meminjam tripod kepunyaan pejabat. Tapi nak meminjam punya la susah, si tukang penjaga buat macam harta peribadi. Walhal tripod tu simpan sahaja buat perkasam. Sabar sahaja la, dapat pinjam pun hanya sementara. Tapi beratnya, memang tersangatlah tidak mobile. Berpeluh muka seluruh badan, ketika mengangkut naik ke Bukit Broga dahulu.

_MG_2168

Tak berapa lama dahulu ada seorang rakan yang mempunyai tripod. Senang nak pinjam, mohon pinjam seminggu. Tak dan berapa hari dah minta balik. Saya yang tengah mencari idea dengan tripod yang ada tiba-tiba jadi terbantut. Takper lah, dah tuan empunya mintak balik kena la pulangkan.

_MG_2170

Selepas kejadian episod tragis yang terdahulu, saya berhasrat untuk memiliki tripod sendiri. Dan kini saya berjaya memiliki tripod sendiri dengan memanangi bid di eBay. Lebih murah dari harga pasaran semasa.

Setelah mengkaji sekian lama mengenai tripod, akhirnya saya memilih Manfrotto 190CXPRO4. Apa yang menarik dengan tripod ini ialah ianya jauh lebih ringan daripada tripod besi dan aluminium kerana ianya diperbuat daripada Carbon Fibre. Mempunyai section Q90 yang dipatenkan. Sangat kukuh dan boleh menampug berat DSLR saya dan juga Flashgun.

Pun begitu, ianya hanyalah sebuah tripod dan tidak mempunyai tripod’s head. Kerana ianya dijual berasingan. Selepas ini terpaksa cari “Head” pula. Huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: