Skrin iPhone 4s Rosak

Apple iPhone 4s suatu ketika dahulu adalah smartphone yang tersangatlah canggih. Menjadi kegilaan pengguna untuk mendapatkan gadget yang terkini dan terbaru. Kegunaannya yang pelbagai, multitask la kononnya tetapi fungsi asalnya tetap satu iaitu membuat panggilan telefon.

_MG_1919

_MG_1920

iPhone 4s yang saya hendak ceritakan bukanlah milikku tetapi milik isteriku. Setelah 3 tahun menjadi pengguna setia iPhone 4s, seperti biasa zaman sentiasa berubah. Saban tahun ada saja gadget baru keluar di pasaran. iPhone 5 kemudian iPhone 5s dan terkini iPhone 6 Plus.

_MG_1929

_MG_1930

iPhone 4s yang dulunya dijaga bagai “Menatang Minyak Yang Penuh” kini boleh diletak merata tempat. Banyak juga “Battle Scar” pada smartphone itu. Jatuh sudah tidak boleh dibilang dengan jari. Kalau dulu ada screen protector, sekarang hanya ada screen sahaja.

_MG_1932

_MG_1935

Dipendekkan cerita, malang tidak berbau. iPhone 4s yang banyak berjasa tiba-tiba terjatuh (menurut kata owner la) ke atas jalan tar. Kelepok.. bila di angkat screen yang ada tidaklah retak mahupun pecah, tetapi paparan skrin seperti ada “Internal Bleeding“.

_MG_1938

_MG_1941

Sebahagian skrin di sebelah kiri, blank dan gelap. Maka owner mengadu la akan smartphone nya yang rosak. Sambil saya membelek-belek smartphone itu, boleh pula ownernya kata “Ini petanda kena beli iPhone 6 Plus”. Saya pun buat-buat terkejut, walaupun dah tahu apakah trick atau helah di sebaliknya.

_MG_1944

_MG_1945

Pun begitu demi untuk tidak mengecewakan bakal owner iPhone 6 Plus, saya bawa la ke beberapa CarPhone Warehouse mahupun Apple Store. Melihat angkanya sahaja membuat kami berfikir 10x. Baik beli secara tunai mahupun ansuran, kedua-duanya sama-sama mahal.

_MG_1946

Option yang ada ialah dengan membaiki skrin telefon lama. Kedai telefon yang ada mengenakan cas bermula dari £50 sehingga £80. Jika hantar ke Apple Store mereka akan kenakan cas lebih mahal lagi iaitu £120.

Untuk menjimatkan wang dari membazir, maka saya gunakan kepakaran saya dalam bidang elektronik untuk membaiki iPhone 4s itu. Seperti biasa, skrin lama perlu diganti dengan yang baru. Maka saya pun order skrin baru secara online yang hanya berharga £10.

Sampai sahaja skrin tersebut, maka proses meng’Overhaul’ iPhone 4s pun bermula. Setelah dibuka dan diperiksa, terdapat lekukan pada body shell dalaman iPhone tersebut. Mungkin disebabkan itu, skrin nampak seperti “Internal Bleeding“. Apabila body shell telah dibetulkan semula, barulah skrin baru dapat dipasang.

Setelah siap semuanya, iPhone 4s kini beraksi seperti zaman kegemilangannya. So, dah tak perlu bayar £50 untuk kedai telefon ataupun £120 untuk Apple Store. Apa yang penting sekali ialah sudah tiada alasan untuk beli iPhone 6 Plus. Wahahaha..

2 Comments (+add yours?)

  1. haney
    Sep 29, 2015 @ 20:47:56

    Klu iphone hidup tp skrin gelap…??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: