Cycle to Work

Sejak bekerja di tempat baru, saya ke tempat kerja dengan mengayuh basikal. Setiap hari saya akan mengayuh sejauh 3.7 miles untuk ke tempat kerja. Saya selalunya menggunakan laluan pavement kerana jalan raya agak sesak dan basikal saya tidak cukup laju.

Jika dilihat melalui Google Maps, jangkaan untuk sampai adalah 20 minit. Namun saya tidak dapat mengayuh selaju itu oleh kerana beberapa sebab. Antaranya ialah

1. Basikal saya ialah Mountain Bike dan bukannya Road Bike
2. Mountain Bike saya agak berat, kira-kira 27kg berbanding dengan Road Bike yang mana beratnya kurang 10kg.
3. Laluan perjalanan saya ialah pavement dan bukannya jalan raya.
4. Fitness yang kurang mantap setelah lama tidak berbasikal.

CycleToWork

Pada hari pertama saya berbasikal, saya memerlukan lebih kurang sekitar 40 minit untuk sampai ke tempat kerja. Setelah 3 minggu berbasikal ke tempat kerja, tahap kecergasan telah meningkat dan kini saya boleh sampai ke tempat kerja dalam masa 30 minit.

Membina semula fitness yang telah hilang bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah pula saya mengayuh basikal pada musim Winter. Sejuknya tu hanya tuhan saja yang tahu.

Pernah suatu ketika, saya mengayuh basikal tatkala salji turun dengan lebatnya. Suhu pada ketika itu di bawah paras beku iaitu -7°c. Glove ski yang saya pakai tidak dapat menahan kesejukan melampau. Terasa seperti frost bite gitu, mujur sampai ke tempat kerja dengan pantas. Heater memang sentiasa dipasang di keseluruhan bangunan hospital.

Apabila pulang dari tempat kerja selalunya saya akan mengambil laluan jauh sedikit. Ini kerana saya hendak menyusuri laluan Forth & Clyde Canal sambil melihat keindahan di waktu malam. Apa yang menarik ialah semasa musim Winter, Forth & Clyde Canal ni pernah beku. Rasa macam nak pijak jer permukaan ais yang beku tu. Tapi risau pulak ais tu nipis, retak dan pecah.

Forth & Clyde Canal ni nampak macam sebatang sungai. Tapi sebenarnya ianya ialah Canal iaitu Terusan. Di sini boleh lihat Swan dan Itik liar yang selalu berenang di Canal ini. Ketika musim sejuk boleh lihat Swan sedang tidur di tengah-tengah Canal yang beku. Tapi sayang, saya tidak ada gambar kerana suasana agak gelap dan kamera phone pula tersangatlah uzur.

Berbasikal dalam keadaan penuh tenaga memang tiada masalah, akan tetapi setelah penat bekerja hendak mengayuh bertambah-tambah la penat. Kalau berehat untuk mengumpul tenaga, entah bila pula sampai ke rumah. So, dalam keadaan penat itu jugalah saya mengayuh balik ke rumah.

Bak kata pepatah “Perlahan-lahan kayuh”, akhirnya sampai juga. Tapi memang saya mengayuh dengan perlahan, kerana laluan balik ke rumah lebih banyak mendaki bukit berbanding ke tempat kerja banyak menuruni bukit.

Apa yang memalukan ialah apabila saya kalah setelah dipintas oleh seorang wanita Scottish ketika mendaki bukit di dalam Clyde Tunnel. Terasa tercabar sungguh pada ketika itu, jangan kata hendak pintas, nak kejar ikut belakang pun tak mampu. Perlahan-lahan saya ditinggalkan. Huhu..

Setelah diteliti wanita Scottish mempunyai banyak advantage. Dia menggunakan Road Bike yang ternyata lebih ringan dan laju. Mountain Bike saya ada masalah pada gear rendah, hanya boleh guna gear tinggi. Saya mengaku fitness saya kurang mantap. Pembaca blog saya, boleh kata saya banyak alasan. Wahahaha..

Apa yang lebih memalukan ketika berbasikal ialah saya kalah kepada seorang lelaki yang hanya berjogging. Situasi dan tempat yang sama, ketika itu saya hendak mendaki bukit di dalam Clyde Tunnel. Ketika memasuki Clyde Tunnel memang agak seronoklah apabila menuruni bukit. Apabila tiba masa untuk mendaki, terserempak pula dengan Mat Scottish ni tengah jogging mendaki bukit. Dengan penuh rasa keyakinan, saya rasa dapat memintas Mat Scottish yang sedang berjogging nih.

Namun sangkaan saya meleset, rupanya Mat Scottish ni lebih laju berlari meninggalkan saya yang sedang bersusah payah mendaki dan cuba mengejarnya. Ingatkan boleh la kejar Mat Scottish ni sampai ke pintu keluar, namun bayangnya pun tak nampak. Kecewa sungguh. Hisshhh..

Alasan saya pula kali ini ialah memang saya penat kerana pada waktu itu saya baru pulang dari tempat kerja. Hohoh.. energy not fully charged. Seronok berbasikal ke tempat kerja ni, di samping boleh exercise meningkatkan stamina juga boleh melihat pemandangan yang menarik.

Mungkin sudah tiba masanya saya beralih dari Mountain Bike kepada Road Bike. Mungkin Ya, mungkin Tidak. Hhmmm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: