Tempat Kerja Baru

Setelah puas memerah keringat bekerja di panggung wayang Odeon, Braehead. Saya meletakkan jawatan serta merta dengan notis 24 jam. Walaupun supervisor menolak notis yang saya berikan, malah menyuruh saya datang kerja pada keesokan harinya dan memberikan notis berhenti kerja seminggu. Saya peduli apa.. Wahahaha.. gengster giler.

Saya meletakkan jawatan dengan serta merta kerana telah mendapat kerja Full Time seperti mana saya pernah bekerja di Malaysia. Kalau dahulu saya bekerja sebagai Computer Technician di Pusat Perubatan UKM, kini saya bekerja di sektor yang sama iaitu Southern General Hospital.

Bak kata pepatah Melayu iaitu Bagai Sirih Pulang ke Ganggang. Pada hari pertama melapor diri, rasa gemuruh dan tidak senang duduk menyelubungi perasaanku. Sebab selepas ini, saya akan banyak deal dengan Mat Salleh. Sekali kena speaking daa~

The Old Glasgow Southern General Hospital

The Old Glasgow Southern General Hospital

Waktu kerja hakiki adalah 8am hingga 4pm. Dimana terdapat 2 waktu rehat iaitu pada jam 10am selama 10 minit ia dipanggil Tea Break. Dan pada jam 12.30pm iaitu Lunch Time selama 30 minit. Kerja agak mudah, ada task, ada job.

Masuk minggu kedua, shift kerja saya ditukar kepada 9am hingga 6pm. Dimana terdapat 3 waktu rehat iaitu Tea Break pada jam 11am selama 10 minit. Lunch Break pada jam 1pm selama setengah jam dan Tea Break pada jam 3pm juga selama 10 minit.

Saya tidak mempunyai bilik atau pejabat sendiri kerana hospital lama akan berpindah ke hospital baru. Dijangka akan siap sepenuhnya pada Jun 2015. Mungkin sekitar April atau Mei, barulah semua staff hospital dan pesakit dipindahkan ke hospital baru.

The New Southern General Hospital

The New Southern General Hospital

Kerja saya pula, kebanyakkannya melawat kawasan bangunan hospital baru. Hospital baru serba canggih dan cukup besar kerana Hospital Yorkhill (Hospital Kanak²) akan diserap ke The New Southern General Hospital. Apabila masuk ke dalam hospital seolah-olah macam berada di dalam Shopping Complex. Tapi siapa sangka ianya adalah sebuah hospital siap dengan helipad di atas bangunan.

Di sekitar hospital baru, terdapat 3 bangunan khas parking bertingkat dimana setiap satu bangunan parking mempunyai lebih dari 8 tingkat. WoW.. tak perlu bersusah payah mencari parking lepas ni. Setiap staff mempunyai parking sendiri, tapi kena tunggu sehingga Jun akan datang ler.

Begitulah serba sedikit tempat kerja baru. Excited pun ada, nervous pun ada. Macam-macam ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: