Melawat Edinburgh Castle

Pagi-pagi lagi kami telah bangun dan bersiap untuk ke Edinburgh Castle. Kalau rumah sendiri memang lewat la jawabnya, tapi sebab menumpang rumah orang kena la bangun awal. Huhu..

Sarapan yang sedap dimasak oleh tuan rumah, alhamdulillah rezeki pada pagi itu. Lebih kurang jam 10 pagi kami mula bertolak ke Edinburgh Castle. Jalan agak sedikit sesak berbanding Glasgow, mungkin juga kerana ramai yang keluar pada St Andrew’s Day.

Sekitar lebih kurang 20 minit saya memandu akhirnya kami sampai ke Edinburgh Castle. Saya hanya parking di kawasan deretan rumah kedai. Hari ahad tidak perlu bayar oleh itu ianya percuma, kecuali kawasan parking bertingkat seperti NCP.

Sampai di dalam Castle, kami mula melihat pemandangan luar dari atas Castle. Sungguh menarik, ditambah pula dengan cuaca yang sangat cerah tanpa ada sebutir awan. Boleh lihat langit biru sebiru-birunya, indah sungguh alam ciptaan Allah SWT.

Keadaan pada waktu itu, agak sedikit sesak kerana kemasukan adalah percuma. Siapa yang tak mahu masuk kalau ianya percuma. Bergambar dengan pemandangan bandar Edinburgh yang luas terbentang dari atas Castle, memang satu pengalaman yang menarik.

Untuk tidak melepaskan peluang, seluruh kawasan di dalam Edinburgh Castle kami lawati. Tidak ada satu tempat yang kami tidak lawati kecuali kawasan larangan awam seperti Private, Staff Only dan Office.

Dalam banyak-banyak tempat di dalam Edinburgh Castle ada 2 atau 3 tempat yang tidak boleh menangkap gambar iaitu bilik kebal, dimana letaknya pameran Royal Crown, Royal Sword dan Scepter. Dan satu tempat lagi dimana letaknya arkib atau naskah sejarah nama-nama pejuang yang terdahulu.

Ada satu ketika dimana wife saya hendak snap gambar, saya terus larang kerana kawasan larangan photografi. Tak lama selepas itu, seorang pelancong berbangsa Cina ditegur dengan suara yang lantang oleh penjaga kawasan kerana tidak mengendahkan larangan menangkap gambar. Nasib baik wife saya tidak kedapatan cuba menangkap gambar, kalau tidak memang malu, semua orang pandang.

Ketika memasuki dua kawasan terakhir di dalam Edinburgh Castle, barulah terjumpa dengan Mohan dan Khunes iaitu kawan Malaysian dari Glasgow. Mereka baru sahaja sampai, manakala saya sekeluarga sudah hampir habis melawat.

Kawasan di dalam Edinburgh Castle memang seperti yang diceritakan di dalam movie. Di mana adanya penjara, dapur, tempat makan, beberapa buah bilik besar dan agak mewah yang tidak diketahui apa kegunaannya dimasa silam, ruang simpanan senjata, tempat adat istiadat dan beberapa bilik kecil lain yang tidak diketahui kegunaannya.

Pengalaman melawat Edinburgh Castle sememangnya satu pengalaman yang menarik. Salah satu destinasi yang wajib pergi sekiranya melawat bumi Scotland. Tiket untuk masuk agak mahal, lebih-lebih lagi sekiranya anda convert kepada Ringgit Malaysia. Sekiranya hendak masuk secara percuma, sila datang pada St Andrew’s Day.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: