Melawat Stirling Castle

Dalam banyak-banyak castle yang menarik di Scotland, Stirling Castle dan Edinburgh Castle adalah lokasi yang wajib dilawati. Ini kerana dua castle ini mempunyai sejarah yang menarik dimana kedua-duanya berkait rapat. Stirling Castle terkenal dengan wira mereka iaitu William Wallace.

Manakala Edinburgh Castle pula adalah istana termahsyur dan terpenting dalam kerajaan Scotland. Ketika mula-mula sampai ke Edinburgh ada beberapa kali saya datang melawat Edinburgh Castle. Akan tetapi kepuasan melawat keseluruhan kawasan Castle terbantut.

Pada waktu itu Umair masih kecil dan masih bergantung pada stroller, oleh kerana Castle lama tidak mempunyai access stroller maka kami hanya melihat pemandangan luar Castle sahaja. Ketika membawa keluarga mertua ke Edinburgh Castle, masa melawat telah tamat kerana kami terlewat sampai. Ketika saya membawa delagasi Malaysia datang melawat juga pada masa yang silap kerana pada waktu itu Castle tutup awal kerana ada acara Military Tattoo.

Oleh itu kali ini kami sempat dan dapat melawat kedua-dua Castle ini. Setiap tahun tiket percuma diberi kepada orang ramai untuk melawat Castle-castle yang menarik di Scotland pada St Andrew’s Day. Maka pada kesempatan yang ada, saya memilih dua Castle ini untuk dilawati pada St Andrew’s Day.

Pada 29th November, kami pergi ke Stirling Castle dahulu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 – 50 minit dengan menaiki kereta dari Glasgow ke Stirling. Untuk masuk ke Stirling Castle adalah percuma, tetapi parking kereta perlu dibayar. Eerkkk!!!

Stirling Castle tidaklah sebesar Edinburgh Castle, tetapi pemandangan luarnya sejuk mata memandang. Terdapat penjaga Castle yang akan melayan dan menceritakan sejarah Stirling Castle setiap satu bangunan atau kawasan yang dimasuki. Mengikut sejarah seperti yang diceritakan, Stirling Castle dan Edinburgh Castle berkait rapat antara satu dengan yang lain. Nak story kat sini panjang sangat, so better datang sini dengar sendiri dan boleh melawat sekali.

Oleh kerana St Andrew’s Day adalah hari masuk Castle secara percuma, maka ramailah orang datang untuk melawat. Ramai juga Malaysian Glasgow yang dikenali datang melawat, mana yang saya tak kenal maybe Malaysian dari Edinburgh or luar dari itu.

Selepas selesai melawat seluruh ceruk kawasan Castle, membeli cederahati dan bergambar di sana sini, saya sekeluarga pun bertolak ke Edinburgh. Ini kerana keesokan harinya adalah masa untuk kami melawat Edinburgh Castle. Kami bermalam di rumah kawan yang tinggal di Edinburgh. Jimat masa untuk ke Edinburgh Castle berbanding bertolak dari Glasgow.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: