Apabila Bimmer Buat Hal

Adat apabila membeli barang terpakai, mesti ada yang bermasalah. Kecuali kalau ianya dalam kondisi terbaik.

Pada suatu hari ketika sedang memandu, satu simbol error keluar pada panel dashboard. Simbol seperti gambar enjin dan minyak, yang mana ia merujuk ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta yang sedang ku pandu.

Engine Oil Symbol

Oleh kerana saya tidak mempunyai diagnostic tool untuk memeriksa, apa yang boleh dibuat ialah memeriksa apa yang boleh nampak secara fizikal dan instrumen yang ada sahaja.

Setelah diperiksa, rupa-rupanya ia berpunca dari kekurangan minyak hitam. Apabila minyak hitam ditambah, simbol minyak padam namun simbol enjin masih ada. Kereta masih boleh berjalan seperti biasa, namun kurang umphh!!!

Engine Oil Level Low

So, untuk mengetahui keadaan sebenar saya memerlukan diagnostic tool. Setelah diagnostic tool dibeli, plug OBD2 dipasang pada kereta untuk mengetahui error apakah yang keluar dari simbol enjin tersebut.

Error tersebut ialah DME – 2A6F Valvetronic, minimum lift exceeded – max number of minimum lift limit positions exceeded. Something wrong with the servomotor which is the Valvetronic motor.

Valvetronic Problem

Namun oleh kerana Valvetronic motor ini agak mahal harganya dan labor charge juga mahal, saya memilih untuk memeriksa dan membaiki sendiri (BMW Independant charged £800++. Ayarkk!!!) . Setelah membelek internet mengenai error tersebut, ada yang mengatakan sensor problem, ada yang mengatakan valvetronic motor problem, ada yang mengatakan kedua-duanya.

Namun kedua-duanya juga agak mahal untuk diganti mahupun dibaiki. Setelah pening kepala memikirkan yang mana satu rosak dan mana satu yang perlu diganti, saya mendapatkan 2nd opinion dari sebuah garaj Khan Auto yang terletak di Govanhill.

Vanos Solenoid

Apabila diperiksa oleh mekanik mereka mengatakan ianya berpunca daripada kerosakan Vacuum Pump. Tiba-tiba kepala otak ni berfikir laju memikirkan dimana logiknya kerosakan tersebut jika dikaitkan dengan error tersebut. Namun apa yang dibuat oleh mekanik tersebut ialah reset ECU dan saya perlu bayar £42 untuk servis charge tersebut.

Sekiranya error DME 2A6F keluar sekali lagi, mekanik menyuruh saya hantar semula untuk diperiksa. Oleh kerana Vacuum Pump yang di quote oleh mereka berharga £200, saya membatalkan hasrat untuk mendapat khidmat yang seterusnya walaupun error tersebut keluar pada masa akan datang. (Macam nak kena kencing jer)

Vanos Solenoid Hole

Masuk minggu pertama kereta masih dalam keadaan baik, masuk minggu kedua juga baik, tiba masuk sahaja minggu ketiga, error tersebut keluar sekali lagi. Namun kali ini, error tersebut keluar dan minyak enjin juga berada diparas minima.

Ada logiknya juga bila dikatakan Vacuum pump, kerana ianya bersangkut paut dengan camshaft yang mana Vacuum pump digerakkan oleh camshaft. Namun untuk membaikinya memerlukan banyak peralatan dan sudah pasti rocker cover perlu dibuka untuk tujuan itu.

Vanos Solenoid

Setelah kajian demi kajian mengenai error dan berbagai teori dibuat berdasarkan simptom kekurangan minyak enjin, saya dapat rasakan kereta saya tidak mengalami kerosakan Vacuum pump, Valvetronic sensor, mahupun Valvetronic motor. Walaupun kebarangkalian itu tetap ada.

Saya rasakan ianya berpunca daripada kegagalan Vanos Solenoid. Apabila kereta mencapai tahap kelajuan tertentu, Vanos akan “Terbuka”. Seperti mana kereta Honda mencapai kelajuan tertentu, VTEC akan “Terbuka”.

Vanos Solenoid O-ring Seal

Terdapat ketirisan minyak yang agak banyak pada kedua-dua Vanos Solenoid. Tanpa membuang banyak masa saya membeli Vanos Solenoid seal ring di eBay. Dalam masa 2 hari, pakej yang dibeli telah pun sampai.

Untuk membuka Vanos Solenoid tersangatlah susah, mungkin saya tidak mempunyai peralatan yang cukup. Tangan juga terketar-ketar untuk mencabut Vanos Solenoid itu. Setelah bersusah payah, akhirnya saya berjaya keluarkannya daripada enjin.

Vanos Solenoid

Minyak enjin tiris dan bocor adalah berpunca daripada kegagalan seal washer yang telah lusuh. Getah seal yang lama telah pun keras, maka memang sepatutnya ia diganti. Setelah seal diganti baru, saya memasang semula Vanos Solenoid pada enjin.

Kemudian saya topup semula minyak enjin yang telah kurang dan reset error pada ECU dengan menggunakan laptop saya. Apa yang boleh saya buat ialah melihat hasilnya. Adakah ianya berjaya? Error tidak keluar lagi? Prestasi kereta seperti biasa?

BMW E90 Engine Bay

Setelah membuat pemerhatian berkala seminggu dua, minyak enjin tidak berkurang manakala error tersebut tidak muncul lagi. Alhamdulillah, masalah yang agak kronik ini dapat diselesaikan hanya dengan menggantikan seal yang berharga £12 sahaja. No Error, No Leaking and No Problem.

Personal Note:

  • Error DME 2A6F, probably Valvetronic Motor or Vanos Sensor
  • Simptom engine running sluggish, top end hard to reach
  • Engine running rich, Fuel consumption very bad due to ECU run in Limp Mode to protect engine
  • Leaking around the Vanos Solenoid seal

Fix:

  • Change the Vanos Solenoid O-ring seal for both
  • No more engine oil leak
  • No more check engine light ON
  • No more DME 2A6F

Reason:

Vanos can only lift the camshaft when there is a pressure to pump the oil through the Vanos Solenoid. Since the engine oil quite low and got some leakage around the Vanos Solenoid, the Vanos didn’t run effieciently.

10 Comments (+add yours?)

  1. ihsan narwawi
    Oct 05, 2014 @ 03:26:22

    Kagum dengan kebolehan tuan membaiki kereta sendiri. balik malaysia boleh buka workshop.

    Reply

    • Sufri
      Oct 05, 2014 @ 23:45:46

      TQ.. TQ..

      Reply

      • Shukri
        Jan 18, 2015 @ 14:23:36

        Salaam En Sufri,
        Kereta saya model E90 320i year 2007
        Kereta saya mempunyai fault code yg sama. Tapi tidak menpunyai problem kekurangan engin oil Dan warning icon diameter panel. Saya Ada diagnosis tool LAUNCH 431 Auto Diag Dan setelah diagnosed fault ya keluar DME 2A6F Valvetronic, minimum lift exceeded. Saya dah tukar part seperti Berikut:-
        1) Vanos solonoid valve ‘O’ ring
        2) Valvetronic motor
        3) Esentric shaft sensor
        4) spark plug
        5) Coil
        Selepas satu hari guna bila diagnose masih sama fault code keluar.

  2. Sufri
    Jan 18, 2015 @ 17:40:54

    Salam saudara Shukri,

    Setelah saudara tukar Vanos ‘O’ ring, Valvetronic Motor dan Esentric Shaft Sensor. Adakah saudara telah me’RESET’ error DME-2A6F pada ECU box BMW? Ianya perlu dilakukan setelah menukar kesemua barang yang saudara sebutkan.

    Reply

  3. shah iruan
    Mar 15, 2015 @ 06:09:44

    Salam tuan sufri

    Reply

  4. shah iruan
    Mar 15, 2015 @ 06:20:24

    Salam tuan sufri, sy pun pakai bmw seperti tuan, respek lah berani buat sendiri, sy cuma tiada kelengkapan utk buat sendiri, cuma nak tanya,

    1. di kl mana nak dapatkan diagnostic tool tu dan bagaimana plak nak guna,

    2. minyak hitam jenama apa yg di syorkan dan jenis fully sintetic ke mcm mana… Kod w10 w15 tu kadang pening jugak saya nak tengok,

    3. Adakah model E90 ni bila dah service mekanik akan reset komputer dan setting smula dr segi kilometers,

    4. Dan bila dah sampai masa services kalau tak buat services erro DME akan keluar dan kacau sistem lain yang berlaku pada kereta saya sekarang..

    Mohon tunjuk ajar….maaf lah sy budak baru belajar, banyak tanya… 🙂

    Reply

    • Sufri
      Mar 19, 2015 @ 09:53:23

      Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan..

      J1. Saya tak berapa pasti dimana boleh dapatkan tool tersebut di Kuala Lumpur. Mungkin boleh bertanya dengan supplier spare part kereta.

      J2. Minyak enjin semestinya Fully Synthetic dan kalau hendak lebih spesifik jenis Longlife-01 atau A3/B4.

      J3. Kalau bawa servis di Pusat Servis BMW, mekanik akan reset servis interval. Kalau mekanik workshop biasa, bergantung pada kepakaran dan kebolehan mereka.

      J4. So far apabila sampai waktu servis, kereta saya tidak buat hal atau kacau sistem lain.

      Reply

  5. shahiruan1133
    Mar 15, 2015 @ 06:46:08

    Salam tuan sufri, apa khabar

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: