Tips Melawat Ke Europe

Setelah melalui suka, duka, pahit, manis ketika melawat ke negara orang. Ada beberapa tips atau guideline untuk saya kongsikan buat kepada Malaysian atau sesiapa sahaja yang membaca di teratak blog ini.

Apa pun tulisan ini ditulis agar dapat memudahkan kepada sesiapa yang ingin ke luar negara. Sedikit sebanyak ianya adalah daripada pengalaman saya sendiri. Jika terkurang atau tidak menepati, ianya adalah dari kelemahan saya sendiri.

Apa yang paling penting ialah persediaan sebelum hendak ke Europe. Apabila dah sampai ke Europe, ianya mungkin menjadi masalah atau jadual itenarary anda akan berterabur delay dan sebagainya.

Persediaan dari segi KELENGKAPAN seperti,

  • Charger Telefon – Tanpanya, smartphone ada tidak berguna apabila kehabisan tenaga bateri. Pastikan ianya ada di dalam beg anda.
  • Universal Adapter – Setiap negara mempunyai standard soket elektrik yang berbeza-beza. USA, Australia, Europe dan UK mempunyai soket yang tidak sama antara satu dengan yang lain. Selalunya boleh dibeli di sempadan antarabangsa seperti airport dan stesen keretapi international.
  • Roaming – Apalah gunanya telefon yang penuh tenaga baterinya, tetapi tidak boleh membuat sebarang panggilan. Pastikan ianya telah Aktif sebelum ke luar negara. Sesetengah service provider memerlukan beberapa hari sebelum telefon anda aktif Roaming.
  • Sim Kad Local – Sekiranya anda tidak mahu aktifkan roaming, option lain yang ada ialah dengan membeli Sim Kad Prepaid local. Sekiranya roaming telah dilakukan, anda boleh abaikan tips ini.
  • Kad Kredit – Emergency case, anda boleh gunakan sekiranya wang tunai habis. Namun sebelum itu, pastikan bank anda telah aktifkan penggunaan kad kredit luar negara.
  • Money Changer – Kebanyakan tempat di Europe tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kad kredit atau debit. Namun adakalanya wang tunai diperlukan. Sekiranya boleh, sila tukar wang anda di negara asal dan bukan di negara yang hendak dilawati. Contohnya, sekiranya duit anda Ringgit Malaysia dan hendak tukar kepada Euro, adalah lebih baik tukar duit Ringgit Malaysia kepada Euro semasa di Malaysia. Kerana nilai tukaran lebih tinggi berbanding jika tukar semasa telah berada di Europe. Begitu juga sekiranya anda dari UK dan mempunyai Pound Sterling, anda tukar semasa berada di UK sebelum bertolak ke Europe. Berdasarkan pengalaman, 20% tax diambil untuk tukaran wang kepada Euro. Jumlah ini sangat besar nilainya jika anda tukar dalam amaun yang banyak.
  • Power Bank – Emergency case, sekiranya smartphone anda sentiasa dahagakan tenaga bateri. Pastikan dicas penuh sebelum bertolak.
  • Ubat-ubatan – Sila bawa bersama ubat seperti Paracetamol atau mohon doktor dari Malaysia untuk prescript ubat yang penting untuk dibawa semasa melawat Europe. Ini kerana ubat yang dijual di pharmacy di Europe agak mahal dan sesetengahnya memerlukan prescript daripada GP (General Practitioner). Sekiranya anda sememangnya mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis dan sebagainya, sila pastikan ianya dibawa bersama dan mencukupi sepanjang berada di Europe.
  • Insuran Perjalanan / Insuran Perubatan – Perkara ini adalah optional, namun ianya boleh membantu mengurangkan masalah anda sekiranya terjadi apa-apa. Mengikut pengalaman dari rakan Malaysia di UK, semasa beliau membawa ibubapanya melawat Europe. Malang tidak berbau, bapanya jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital. Saya kurang pasti apa sakitnya, tapi apa yang saya cuba ketengahkan ialah bil perubatan hospital yang dikenakan tersangat tinggi. Mencecah angka ribuan Euro, hal ini kerana orang Malaysia tidak mendapat keistimewaan seperti orang Europe. Sekiranya anda sememangnya mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya adalah disarankan untuk mengambil Insuran Kesihatan yang mana boleh cover ketika berada di luar negara seperti Europe.

Apabila persediaan dari segi kelengkapan telah siap, maka persediaan dari segi PERANCANGAN,

  • Itinerary – Rancang kemana hendak pergi, contohnya sekiranya anda hendak ke Paris, rancang perjalanan semasa di sana. Eiffel Tower misalnya, adalah lokasi wajib atau beberapa Butik menarik sekitar Paris.
  • Masa – Sekiranya anda mempunyai masa yang singkat, gunakan masa dengan sebaiknya. Elakkan delay ketika melancong, anda delay disatu tempat bermakna anda akan delay ditempat yang lain dan akhirnya akan ada tempat yang terlepas kerana kesuntukan masa. Sekiranya anda sememangnya mempunyai masalah untuk mengaturkan masa (typical Malaysian), disarankan hanya melawat 1 atau 2 tempat sahaja dalam sehari. Kualiti dan kepuasan melancong itu lebih bermakna daripada anda rush dan penat ketika cuba melawat semua tempat yang ada.
  • Transport – Kaji dan rancang bagaimana hendak menggunakan public transport semasa di Europe. Paris misalnya mempunyai bas dan Metro (LRT or MRT) ataupun bas Hop-On Hop-Off. Namun sekiranya anda mempunyai kewangan tidak terbatas, teksi adalah transport terbaik.
  • Pakaian – Bawa pakaian yang perlu sahaja dan bersesuaian. Sekiranya anda datang melawat musim Summer, tak perlulah anda bawa jaket tebal bagai. Begitu juga sebaliknya, kalau datang musim Winter, janganlah bawa pakaian musim panas. Jika anda melawat Europe untuk satu minggu, janganlah bawa pakaian macam nak pergi sebulan lamanya. Ini hanya akan menyusahkan anda (sekiranya anda perempuan berkahwin, ini akan menyusahkan pasangan anda, for sure anda minta pasangan anda tolong bawakan).
  • Beg – Beg sandang atau beg galas cukup sesuai untuk barang, pakaian yang sedikit memudahkan pergerakan perjalanan anda. Jika terlalu banyak barang, beg menjadi berat dan anda mungkin cepat penat sekiranya membawa ke sana ke mari. Jika barang atau pakaian terlalu banyak, bolehlah gunakan beg beroda. Namun cuba elakkan membawa beg yang terlalu besar.
  • Restoran – Kaji dan rancang dimana anda hendak makan sepanjang melancong. Buat Malaysian non muslim mungkin tidak menghadapi masalah, buat Muslim amnya makanan halal adalah priority. Tips cukup mudah, anda boleh makan makanan Vegetarian jika terpaksa walaupun tidak mempunyai sijil atau cop halal.
  • Hotel – Sekiranya hendak mencari hotel, kita pasti akan mencari yang paling murah. Namun seperti kebiasaannya, hotel yang murah ni agak jauh. Untuk mendapatkan hotel yang murah, kebiasaannya anda perlu book lebih awal untuk mendapat harga yang murah, contohnya 6 bulan sebelum atau lebih awal dari itu. Cuba elakkan peak season seperti school holiday dan summer season kerana pada waktu ini hotel agak mahal. Hotel yang berdekatan dengan public transport seperti bas dan train (LRT or MRT) adalah digalakkan dan mudah untuk ke mana-mana.

Jika semua barang dan persiapan telah siap, doa banyak-banyak agar semuanya dipermudahkan. Expect the Unexpected, do a lot of research about the country you want to visit. Make sure anda cukup sihat untuk melancong, kalau anda sudah mula demam, selsema dan sebagainya, ini akan membantut kerancakkan semasa melancong.

Elakkan melawat ke negara yang berisiko, sentiasa alert dengan perkembangan semasa. Pastikan tempat yang hendak dilawati bukanlah black area. Sekiranya ada orang meminta anda menurunkan tandatangan atas nama foundation, charity dan sebagainya cuba elakkan. Scam seperti ini memaksa pelancong luar untuk menderma secara paksa rela.

Demi keselamatan, sila snap gambar detail passport anda yang mempunyai gambar. Simpan di dalam smartphone, just in case passport anda hilang, anda masih ada salinan di dalam smartphone. Simpan no telefon Malaysia Embassy di negara yang dilawati atau negara terdekat jika tiada.

Jika anda datang dengan rombongan yang ramai, pastikan anda aware dan alert dengan ahli keluarga masing-masing. Kanak-kanak pastikan tidak merayau bersendirian. Buat check count untuk memastikan kecukupan ahli sebelum dan selepas dan semasa sampai ke satu-satu destinasi.

Jika anda datang dari Malaysia, untuk mengelakkan Jet Lag semasa tiba di negara yang hendak dilawati, semasa di dalam kapal terbang tidur la dengan secukupnya. Masa yang berbeza memungkinkan waktu tidur anda berbeza, sekiranya anda telah mengantuk letih dan sebagainya kerana pada waktu Malaysia adalah waktu tidur anda, cuba bertahan dan berjaga sehingga sampai waktu tidur Europe.

Ini kerana ada pengalaman yang kurang menarik dari pasangan Malaysia yang mana sepanjang honeymoon mereka hanya berada di hotel dek kerana siangnya mereka tidur, malamnya mereka berjaga. Anda pasti tidak mahu menghadapi situasi seperti ini bukan?

2 Comments (+add yours?)

  1. marziatie
    Sep 22, 2014 @ 04:54:14

    bestnya….semoga Allah kurniakan kesihatan dan rezeki dan mempermudahkan jika rancangan menjadi…….Insyaallah….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: