Family Tour de UK – Part 5 (Last Trip)

Birmingham mempunyai agak banyak juga tempat menarik, namun oleh kerana masa agak terhad maka kami pergi ke tempat yang tidak mengeluarkan banyak belanja, sesuai untuk semua golongan peringkat umur baik kanak-kanak mahupun dewasa.

Maka destinasi kami ialah Cadbury World. Siapa tak kenal coklat Cadbury, paling fames dalam banyak-banyak coklat. Kalau di Malaysia, coklat Cadbury di boikot kerana tersebarnya artikel mengenai kandungan DNA khinzir di dalam coklat Cadbury. Sejauh mana kesahihannya, Wallahualam.

Tiket untuk masuk ke Cadbury World agak terhad. Oleh itu kami hanya dapat masuk untuk sesi petang sahaja iaitu 3 petang. Ini kerana tiket untuk sesi pagi telah Sold Out.

Tanpa membuang masa, kami pergi mencari kedai makan yang halal untuk mengisi perut masing-masing. Oleh kerana kami tidak plan tempat makan di Birmingham, saya bergantung harap pada GPS yang ada. Select restaurant, Indian and press GO!!!

Sebelum pergi ke kedai makan, kami sempat singgah ke Carboot di sekitar Cadbury World. Single entry ialah 50p, 1st time saya masuk Carboot kena bayar. Carboot yang ada agak kurang meriah, kerana sedikit penjaja dan kurangnya pengunjung.

Namun barangan jualan boleh tahan kualitinya, ada brand dan pastinya original. Selepas selesai berbelanja ala kadar, kami pergi cari kedai makan yang ditunjuk oleh GPS. Agak jauh sedikit jika dilihat di dalam peta, namun agak lama juga untuk sampai kerana kesesakan trafik.

Sampai di sana, kami jumpa restoren yang diperkatakan oleh GPS. Memang sungguh gah sekali restoran ini, seperti restoran yang mahal. Risau kena cekik darah, kami pergi ke restoran di sebelahnya yang nampak seperti restoran mamak di Malaysia. Huhuhu..

Apa yang pasti saya order makanan lauk lamb. Apa nama makanan pun tak tahu, janji perut kenyang. Selesai makan, kami pergi semula ke kenderaan dan balik semula ke Cadbury World.

Kami sempat sampai on-time dan masuk ke kilang Cadbury. Memang ramai orang beratur untuk masuk, nasib baik kami telah beli tiket lebih awal. Sebelum masuk lagi, kami telah diberikan coklat secara percuma. Sambil menikmati coklat, kami berjalan ke dalam kilang yang dalamnya seperti taman tema.

Berbagai-bagai jenis pameran, serta permainan yang ada di dalamnya, kami melihat secara dekat bagaimana coklat Cadbury dibuat, menonton video klip sejarah tertubuhnya kilang Cadbury. Belum pun habis coklat percuma yang diberikan semasa masuk, kami diberikan lagi coklat percuma semasa di dalam kilang. Kenyang makan coklat untuk hari itu.

Lebih kurang sejam lebih kami di dalam, barulah kami selesai. Seronok dan banyak juga informasi mengenai Cadbury yang dapat dipelajari. Bukan setakat tahu pasal DNA khinzir sahaja. Hahaha..

Sempat kami membeli cenderamata dari kilang Cadbury dan juga coklat Cadbury, walhal dah kenyang makan coklat masa dalam kilang. Coklat yang dijual lebih murah dari beli di kedai, sebab beli direct terus dari kilang. Hahaha..

Di luar kilang Cadbury ada taman permainan kanak-kanak. Umair dan Sofea seronok bermain, manakala saya dan Mahizam beriadah bermain pingpong untuk mengeluarkan peluh. Afiq pula cuba rehat dan tidur kerana perjalanan kami agak jauh. Tapi nampaknya Afiq cuma tidur-tidur ayam.

Setelah puas bermain dan penat beriadah, kami pun meneruskan perjalanan balik ke Glasgow. Tidak pasti berapa jam perjalanan, tapi yang pasti kami sampai Glasgow sekitar jam 1.30am. Hanya dua kali berhenti untuk rehat minum kopi dan ke tandas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: