Family Tour de Paris – Day 2 (Last Day)

Seawal pagi yang mungkin kami semua bangun untuk meneruskan sesi melancong di bumi Paris ni. Nasib baik, cuaca begitu cerah dan menarik. Manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Walaupun agak lewat sedikit daripada yang dirancang, ia tidak mematahkan harapan kami.

Kali ini kami berjalan kaki dari hotel untuk sampai ke stesen komuter yang terdekat. Serik dengan pengalaman sehari sebelumnya, tempat yang sepatutnya boleh sampai dalam masa beberapa minit menjadikan masa kami terbuang dengan begitu panjang dek kerana bas tidak berhenti atas masalah komunikasi.

Hanya dengan menukar dua train stesen, kami sampai ke Saint Michel Notre Dam. Bermula dari situ kami menaiki semula Bas City Sight Seeing Hop-On Hop-Off. Kali ini kami pusing sehabisnya dan berhenti di tempat yang sepatutnya kami turun untuk mengambil gambar Eiffel Tower yang menarik.

Semasa kami menaiki bas, kami sempat melihat perarakan berkuda. Rasanya skuad berkuda Polis Perancis, kerana ada event besar yang sedang berlangsung di . Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki bas sehingga kami jumpa spot menarik untuk bergambar.

Kami turun dari bas dan berhenti di Palais de Chaillot. Sini adalah spot menangkap gambar Eiffel Tower paling menarik. Oleh kerana tempatnya menarik, pelancong di sini juga tersangatlah ramai. Ditambah pula dengan cuaca yang begitu cerah, suhu juga sama seperti negara khatulistiwa.

Namun ramai juga penjual barang-barang merchandise jalanan yang kebanyakkan terdiri daripada orang kulit hitam. Siap pandai berbahasa Melayu lagi, tapi setakat pandai cakap “Apa khabar”, “Murah-murah”, “Boleh kurang”. Bila ajak berbual failed. Hahaha..

Namun sama juga seperti di Eiffel Tower, di sini juga ada orang yang meminta tandatangan. Memang senang untuk kenal orang macam ini. Mereka akan ada pad, kertas dan pen. Kertas pula hanya salinan photocopy yang agak pudar dan sebahagian besar adalah tulisan French. Abaikan jer orang macam ni, sila cakap “No, no, no, I don’t speak English”. Wahahaha..

Khidmat jurufoto professional juga ada disediakan di sini. Terdapat gerai yang menawarkan khidmat seperti itu berserta dengan hasil print-out yang menarik. Berapa harganya, lupa pula hendak bertanya. Kalau kamera tu cap ayam jer, pastikan apabila hendak tangkap gambar, matahari berada di belakang kameraman. Kalau tidak, gambar akan menjadi sedikit gelap kerana backlight.

Kadang-kadang rasa menyesal juga tidak bawa DSLR ketika ke Paris. Harapkan kamera phone cap ayam ni, tidak rasa puas. Kena kutuk lagi ada, gambar gelaplah, tak cantiklah. Ditambah pula, kamera phone masing-masing dalam keadaan mode berjaga-jaga kerana kekurangan power bateri.

Selesai snap gambar ala-ala gedik gitu, kami naik semula bas dan meneruskan perjalanan dan berhenti di suatu tempat shopping barangan branded seperti Louis Vuitton dan seangkatan dengannya. Kami sebagai kaum adam hanya tunggu sahaja di luar menanti kaum hawa mencuci mata di butik galeri LV.

Selang beberapa lama, tiada satu pun beg yang dibeli. Apa pun kemungkinannya, kami sudah tahu kenapa. Memandangkan kami kesuntukkan masa, kami teruskan perjalanan untuk balik. Kemudian kami terpaksa transit dua Metro untuk sampai ke stesen keretapi Gare du Nord.

Di sinilah bermulalah peristiwa hitam buat kami sekeluarga. Ketika di pertukaran stesen Metro kedua, kami terpecah dua bahagian. Mahizam, Azi, Aryan dan Nono terpecah dari group. Entah macam mana boleh pecah kami semua tak pasti. Ditambah pula, kami semua tidak dapat menghubungi menggunakan telefon kerana tiada seorang pun yang roaming.

Terpaksalah Afiq masuk semula ke dalam untuk mencari Nono dan Mahizam sekeluarga. Namun hampa, apa yang dirisaukan ialah keretapi Eurostar kami hanya ada masa 40 minit lagi hendak berlepas. Pusing keliling mencari bagai nak rak, tapi langsung tiada nampak kelibat.

Passport orang ni ada di group satu lagi, orang yang di group sebelah sini pula tidak dapat balik kerana ketiadaan passport. Lebih kurang hampir 15 minit mencari pusing keliling, tawakal jer dengan harapan mereka sudah sampai di stesen Gare du Nord. Itu sahaja yang kami boleh fikir pada waktu itu. Dengan rasa serba salah dan berat hati, kami tinggal stesen Metro dan pergi ke Gare du Nord.

Alhamdulillah, kami jumpa group yang tertinggal. Mereka sedang tunggu di pintu berlepas. Namun oleh kerana proses Imigresen France dan UKBA mengambil masa yang lama, kami tertinggal Eurostar yang sepatutnya kami naik. Nasib baik perjalanan kami boleh dijadualkan semula kerana ada kekosongan pada train berikutnya.

Memang suatu pengalaman yang pasti tidak boleh kami lupakan. Sejam berikutnya kami menaiki Eurostar dan balik semula ke London. Letih dan bermacam-macam perasaan bercampur-baur ketika itu apabila mengenangkan peristiwa itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: