Family Tour de Paris – Day 1

Setiap orang dari kami mempunyai tempat impian masing-masing apabila sampai ke negara orang. Especially negara atas angin seperti Europe nih. Bila sebut Paris jer, mesti teringat Eiffel Tower. Bila sebut France jer, mesti teringat Paris.

Destinasi Europe yang terdekat dengan UK ialah France. Tempat yang hendak dikunjung oleh ibu mertuaku. Dikatakan Paris ini adalah kota romantik bagi pasangan-pasangan yang hendak berbulan madu. Adakah benar seperti yang dikatakan oleh khabar angin?

Seawal jam 5 pagi kami terpaksa bangun untuk bersiap kerana perjalanan kami ke Paris adalah dengan menggunakan Eurostar. Ianya adalah keretapi laju dimana kami perlu bertolak dari London St Pancras International untuk ke destinasi akhir di Paris Gare Du Nord. Oleh kerana keretapi ni tak tunggu orang, maka kamilah yang tergesa-gesa untuk ke stesen keretapi.

Alhamdulillah, kami sampai on time tanpa sebarang masalah walaupun agak kelam-kabut pada mulanya. Perjalanan dari London ke Paris mengambil masa lebih kurang 2 jam 15 minit. Ketika Eurostar melalui terowong bawah tanah, tiada apa yang boleh dilihat kerana gelap. Apa yang boleh dibuat, kami membeli breakfast di dalam cafe keretapi. Matawang pula boleh dibayar sama ada dalam bentuk Pound ataupun Euro.

Apabila sampai saja di stesen keretapi Paris Gare Du Nord, keadaan agak sedikit berbeza jika dibandingkan dengan London. Lebih banyak signboard tulisan French berbanding English. Maka terkulat-kulat la kami seketika apabila sampai di Paris ni.

Pertama sekali yang kami buat ialah tukar matawang Pound ke Euro terlebih dahulu. Tapi apabila tukar dari Pound kepada Euro, duit Euro jadi sikit pula. Walhal matawang Pound lebih mahal dari Euro, bila diselidik rupa-rupanya setiap tukaran matawang akan dikenakan Tax. Dah ler money changer beli Pound rendah, kena Tax pulak tu. Lepas ni kalau nak tukar matawang, tukar siap-siap di negara asal. In this case, Pound tukar Euro buat di UK.

Kalau di London, transport awam menggunakan Oyster Card. Mudah, cepat dan murah. Akan tetapi di Paris, mereka menggunakan Metro Ticket iaitu sekeping kertas yang mempunyai jalur magnet dibelakang dan beberapa nombor dan huruf di hadapan tiket yang saya sendiri kurang faham. Tiada nombor yang menunjukkan tarikh, validity dan sebagainya. Kalau beli tiket tersebut pun tidak tahu betul atau salah.

Tiket Metro yang kami beli ialah yang boleh menaiki semua transport awam seperti bas, subway seperti di London. Oleh kerana kami pergi hanya untuk 1 hari, maka kami beli untuk sehari sahaja. Apabila kami hendak menggunakan subway, tiba-tiba tiket saya di reject. Pagar halangan tidak dapat dibuka, walhal tiket baru sahaja dibeli. Masuk la ke mesin tiket yang lain, ianya tetap sama. Terpaksa la saya ke tempat jualan tiket untuk operator tiket betulkan. Apabila saya explain masalah yang dihadapi, operator tiket program semula tiket saya, sesudah itu barulah saya dapat lalu pagar berpalang tersebut.

Kami menaiki subway dan turun di Saint Michel Notre Dam. Dari situ kami bergambar depan pusat tarikan pelancong iaitu Notre Dame Cathedral. Sedang kami bergambar, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Apa yang boleh kami buat kami terpaksa berteduh di bawah kedai yang berbumbung.

Oleh kerana hujan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti, kami mengambil keputusan untuk menaiki City Sightseeing Hop-On Hop-Off. Apabila sampai saja bas tersebut, kami naik dan ikut sahaja ke mana bas tersebut pergi. Sepanjang perjalanan kami bergilir-gilir berkongsi makan nasi dengan ikan bilis. Sejuk, penat ditambah pula dengan lapar, nasi dengan ikan bilis pedas pun boleh jadi sedap.

Ketika bas melalui kawasan Eiffel Tower, kami turun di sana dan melihat Eiffel Tower dari bawah. Pemandangan dari bawah nampaknya kurang menarik ditambah pula dengan kerja-kerja maintenance yang sedang dilakukan. Apa yang saya perhatikan terdapat orang (maybe sindiket) yang meminta tandatangan untuk tujuan charity (kononnya lah). Selepas kita tandatangan sahaja, kita dipaksa memberi duit kepada mereka atas alasan kita telah menurunkan tandatangan. Duit dalam bentuk sen-sen mereka tak terima, mereka nakkan sekurang-kurangnya 10 Euro. Perkara ini telah berlaku kepada adik iparku Ihsan.

Bahaya scam jenis macam ini, paksa tanpa rela namanya. Sepanjang pemerhatian saya, target mereka sememangnya foreigner dan bukan orang tempatan. Ada beberapa kali saya di offer untuk turunkan tandatangan, namun saya tolak mentah-mentah. Kalau nak buatkan mereka bengang, cakap jer “No, no, no, I don’t speak English”. Wahahaha..

Oleh kerana nak naik Eiffel Tower pun kena beratur panjang, ditambah pula beg yang agak banyak, stroller dan sebagainya, kami mula bergerak untuk ke Apartment penginapan. Untuk ke sana, kami perlu menaiki komuter a.k.a LRT. Perjalanan mengambil masa sejam, agak jauh dari Paris sebenarnya.

Sampai di stesen keretapi tersebut, kami sebenarnya boleh jer jalan kaki ke Apartment. Tetapi memandangkan kami rata-ratanya agak penat, maka kami menggunakan bas untuk ke apartment. Afiq iaitu birasku memberitahu kepada pemandu bas destinasi yang kami ingin tuju. Maka naiklah kami bas yang penuh sendat dengan penumpang.

Entah apa yang tak kena, rasanya kami seperti jauh dari apartment tersebut. Apabila bas tersebut berhenti, memang ada miscommunication di antara kami dengan pemandu bas tersebut. So, nak taknak kami terpaksa menaiki bas untuk ke tempat asal. Dah jadi satu hal pulak, kami semua ni dah ler tak reti cakap Perancis. Memang rasa cis.. cis.. cis.. jer waktu tu.

Terpaksa la kami minta bantuan dengan orang tempatan, yang bahasa Inggerisnya boleh ler faham. Cuma apa yang cuba disampaikan takut disalah-ertikan. Setelah menunggu 2, 3 bas barulah kami dapat naik bas kerana yang sebelumnya penuh sahaja. Maka mulalah perjalanan kami menaiki bas, dan harap-harap tidaklah salah jalan lagi.

Setelah sampai ke destinasi, kami cuma perlu jalan sedikit untuk apartment. Akhirnya kami selamat sampai ke apartment untuk berehat. Memang terasa lega apabila dapat melabuhkan badan di atas tilam yang empuk.

Perkara yang tidak diduga akhirnya berlaku juga. Baru kami sedar, plug soket elektrik tidak sama dengan British standard. Plug adaptor yang mak mertuaku bawa juga tidak sesuai kerana ianya hanya untuk Australia. Rata-rata kami semua menggunakan smartphone untuk snap gambar. Risau tiada kenang-kenangan untuk perjalanan esok hari.

Dikala tengah sibuk fikir macam mana nak charge telefon masing-masing, kami sempat memesan Pizza delivery. Nasib baik ada restoran halal yang boleh delivery. Lebih kurang jam 9pm, barulah Pizza dan beberapa chicken wing sampai. Kami makan dengan penuh berselera, sambil berbual kami berbincang mengenai plan untuk esok hari.

Apartment yang kami tinggal mempunyai free wifi dan ini memudahkan kami untuk sentiasa online. Jika dilihat dari kawasan kami tinggal, tiada apa yang menarik untuk dikunjung. Hanya kedai-kedai biasa, pub, grocers dan lain-lain. Kira-kira jam 11pm kami merayau-rayau sekitar untuk melihat kawasan, namun rata-rata kedai semuanya telah tutup kecuali ada beberapa kedai grocers yang masih buka.

Balik sahaja dari merayau-rayau, semua orang masuk tidur kerana esok adalah masa untuk melawat Paris. Ketika smartphone saya kehabisan bateri, tiba-tiba saya terfikir cara untuk charge. Saya gunakan wayar elektrik pada lampu di tepi katil dan sambungkan pada charger saya. Ini kerana hanya soket lampu Perancis saja boleh pasang pada wall soket, manakala charger saya pula hanya perantara.

Maka selesai sudah satu masalah, diharap telefon saya dapat berfungsi untuk keesokan harinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: