Family Tour de UK – Part 3

Setelah bermalam di Premier Inn Hotel, Old Trafford, keesokan harinya kami semua mula bertolak terus ke London. Destinasi kami ialah rumah penginapan a.k.a Home Stay. Oleh kerana jarak perjalanan agak jauh dan mengejar masa untuk ke Stadium Emirates (Mahizam peminat Arsenal), sepanjang perjalanan kami langsung tidak singgah mana-mana pusat Services (kalau kat Malaysia dipanggil R&R).

Walaupun jauh, namun penat memandu tidak terasa kerana ada teman berbual. Mahizam ler jadi teman untuk berbual, dari bab family masuk ke bab kerja, pastu masuk bab negara dan terlanjur masuk bab politik. Heheh..

Sedar-sedar kami sudah masuk kawasan London iaitu Zone 3. Nama tempat tu saya pun dah lupa, tapi kalau ikut peta Tube station ianya dalam kawasan Zone 3. Sampai sahaja kami di tempat penginapan, kami mula letak barang. Manakala saya dan Mahizam sekeluarga meneruskan perjalanan ke Stadium Emirates. Family mertua yang lain ada agenda masing-masing.

Nasib baik saya dan Mahizam sekeluarga sempat sampai ke Stadium Emirates. Sebagai peminat tegar Arsenal, Mahizam pasti sungguh bangga kerana dapat sampai walaupun jauh. Stadium Emirates agak baru jika dibandingkan dengan Old Trafford. Stadium tour juga lebih memuaskan kerana kita boleh berjalan dengan bebas ke mana-mana di dalam stadium mengikut laluan yang disediakan.

Oleh kerana tiket saya untuk masuk stadium tour ditanggung beres oleh Mahizam, maka secara automatik saya ditugaskan sebagai jurufoto kepada Mahizam dan keluarga. Buatlah aksi apa pun, asalkan mereka happy. Selesai sahaja stadium tour, masa untuk shopping merchandise Arsenal. Akan tetapi, kedai yang menjual merchandise Arsenal ditutup kerana renovation. Kasihan peminat Arsenal itu agak sedikit kecewa. Huhu..

Namun ada juga kedai Arsenal yang lain berdekatan dengan tube station, namun apabila kami sampai ianya telah pun tutup. Maka kecewa sekali lagi buat peminat Arsenal ini. Namun apa yang penting, Mahizam telah sampai ke stadium impiannya.

Oleh kerana perjalanan kami dari Manchester ke London tersangatlah jauh, tanpa berhenti untuk rehat dan makan. Kami ni sebenarnya tersangatlah lapar. Maka saya set kan GPS dan kami menuju ke restoran Tuk Din iaitu salah satu restoran Malaysia di London. Sampai sahaja kami di sana, terus kami memesan makanan. Apa yang pasti nasi mesti tambah.

Selesai makan makanan yang lazat lagi menyelerakan, kami pusing-pusing sekitar bandar London. Jikalau siang hari, terdapat kawasan yang dikenakan Congestion Fee. Oleh kerana waktu Congestion Fee telah tamat, maka saya tidak perlu risau untuk keluar masuk kawasan Central London.

Memang menarik London di waktu malam, cumanya saya tidak la arif berkenaan jalan-jalan di sekitar London. Main terjah masuk jer, ntah jalan mana saya lalu tiba-tiba jumpa Tower Bridge, jalan lagi sikit ke depan jumpa London Dungeon, jalan lagi jumpa Big Ben. Tapi lepas tu tak tau nak gi mana. Maka destinasi seterusnya ialah balik ke rumah penginapan.

Sampai di rumah penginapan, rupa-rupanya adik dan kakak perang agak besar juga. Mungkin masing-masing tengah lapar, perut kosong, pastu sesat jalan. Sebabnya kereta saya sahaja yang ada GPS. Van yang disewa tidak ada GPS.

Moral of the story, kalau lapar alas ler perut sikit. Tak banyak pun takper.

2 Comments (+add yours?)

  1. Wan
    Nov 17, 2014 @ 10:58:18

    Salam, sy n family plan nk bercuti ke london. bole sy tau dr mana van mercedes viano tu disewa? sy ada jumpa beberapa website, tp tak pasti boled dipercayai atau tak website tu.

    Reply

    • Sufri
      Nov 26, 2014 @ 11:42:20

      Salam,

      Kalau saudara dari Malaysia dan hendak menyewa kereta.
      Pastikan saudara membawa bersama lesen memandu Malaysia, lesen memandu International yang dikeluarkan oleh JPJ dan juga mempunyai kad kredit.

      Buat pengetahuan saudara, lesen memandu Malaysia memang sah dipakai di UK selama setahun. Namun begitu, sesetengah dealer sewa kereta akan meminta bukti tambahan seperti lesen memandu International. Manakala urusan pembayaran pula dalam bentuk kad kredit. Rata-rata mereka tidak menerima wang tunai.

      Sekiranya hendak menyewa kereta, pastikan bajet untuk deposit kereta sekali. Bukan cukup-cukup untuk bayaran sewa sahaja. Ketika hendak menerima kunci kereta, pastikan semua kondisi kereta dalam keadaan baik. Sekiranya ada beberapa kerosakan sila beritahu kepada agent untuk direkod. Jika tidak, kerosakan tersebut akan menjadi tanggungjawab saudara.

      Berikut adalah website sewa kereta yang pernah saya dan beberapa rakan lain gunakan..

      http://www.europcar.co.uk/
      http://www.enterprise.co.uk/

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: