Family Tour de UK – Part 2

Setelah kami mendapatkan Van Sewa iaitu Mercedes Viano, kami memulakan trip perjalanan ke Manchester dan bermalam di sana. Tempat penginapan kami ialah Premier Inn Manchester Old Trafford, betul-betul berhadapan dengan stadium Manchester United. Sepanjang perjalanan ke Manchester, cuaca sungguh cerah. Memang cuaca Summer yang terbaik untuk aktiviti luar.

Jauh perjalanan, perut pun lapar. Sampai di Manchester kami pergi ke restoran yang terkenal di kalangan warga Malaysia iaitu Al-Jazeera. Restoran yang mana makanannya serba-serbi sedap. Sukar untuk diketahui asal-usul makanan al-Jazeera ni, Arab? Pakistan? Afghanistan? Mediterranean? Tapi yang pasti saya mesti memesan Qabily Pillow, iaitu Nasi berserta daging bebiri.

Setiap orang memesan makanan yang hampir serupa sama ada Qabily Pillow mahupun 1/2 chicken with rice. Namun rata-rata semua tidak dapat menghabiskan makanan tersebut. Mungkin kerana mereka telah makan sandwich sebagai alas perut semasa dalam perjalanan ke Manchester. Nampak gaya, saya seorang sahaja yang licin pinggannya. Errkk.. Alhamdulillah.

Rupa-rupanya makanan yang dipesan oleh Ihsan belum sampai lagi. Mungkin kerana kami datang dengan jumlah yang ramai, maka ada makanan yang tidak sampai. Oleh kerana Ihsan tidak mahu terlepas ke stadium MU, maka dia sendiri membatalkan makanan tersebut semata-mata untuk ke Old Trafford.

Sampai sahaja di Old Trafford, orang yang paling gembira sekali ialah Ihsan. Kipas Susah Mati a.k.a Die Hard Fans Manchester United punya orang. Kami semua masuk ke Stadium Tour dan melihat sendiri tempat sebahagian besar stadium yang gah di arena bola sepak England.

Cukup menarik dan agak seronok, cuma yang menjadi tidak seronok ialah guide tour yang membawa kami seperti tergesa-gesa. Belum puas hendak snap gambar dan berseronok-seronok melihat stadium, terus disuruhnya kami dengan segera ke tempat section tour yang lain.

Di penghujung stadium tour ialah tempat shopping barang-barang Manchester United. Apa yang pasti di sini semuanya original, bukan Siam mari, bukan kualiti double A mahupun triple A. Tapi ini ialah original. Pun begitu, walaupun ianya original, kilangnya terletak di Indonesia. Tertera di dalam jersi Made in Indonesia. Wahahaha..

Bergambar di dalam stadium, di luar stadium dan di dalam Muzium MU, semuanya menarik-menarik belaka. Mahizam yang juga peminat Arsenal juga terlebih-lebih suka dengan Old Trafford ni. Gambar dia sahaja lebih banyak dari peminat MU yang lain.

Destinasi kami yang seterusnya ialah balik hotel. Penat bukan kepalang, tapi layankan saja lah demi keluarga mertua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: