Family Tour de UK – Part 1

Alhamdulillah, family mertua yang 2nd batch selamat tiba bersama keluarga masing-masing. Keluarga Mahizam dan keluarga Hafidh selamat tiba sekitar jam 10 pagi waktu Glasgow. Oleh kerana kereta saya bukanlah dalam kategori MPV, maka satu keluarga terpaksa menggunakan khidmat teksi untuk balik ke rumah dan satu keluarga lagi menaiki kereta cabuk ini.

Setiba di rumah, orang yang menjadi menjadi perhatian ialah Aryan iaitu anak kepada Mahizam. Family saya belum pernah bersua muka dengan Aryan kerana ketika kami balik Malaysia pada tahun lepas, Aryan belum lahir lagi.

Seperti biasa, beg mereka yang besar gedabak ini penuh dengan makanan dan berbagai lagi jenis bahan masakan berpeket segera. Ku sangkakan rehat sampai ke petang, rupanya penat di tengahari. Tak sampai setengah jam rehat, mereka semua hendak ke Carboot Sale Polmadie. Adoi..

Saya yang baru balik dari kerja terus menjemput mereka di airport dan seterusnya ke Carboot. Dalam hati berkata-kata “Diorang ni tak reti penat ker?”. Mungkin keseronokan ber shopping menghilangkan segala penat yang ada. Saya rasa la..

Ada perkara lucu yang sampai sekarang terngiang-ngiang apabila diingatkan semula kejadian itu. Ketika mereka menaiki teksi ke Carboot Polmadie, mereka tersalah cakap destinasi. Mereka sebut Carboot Blochairn, maka apabila sampai kosong sahaja tempat itu. Terpaksa la Afiq berjalan ke sana sini untuk mencari orang untuk meminta bantuan. Selepas meminjam telefon untuk menelefon teksi, barulah mereka sampai ke Carboot Polmadie yang betul.

Keluarga Md Isa kalau shopping tak penuh bonet kereta, memang tak sah. Seperti yang telah diduga, bonet keretaku penuh jua dengan barang Carboot. Dah masuk tengahari tak habis lagi rupanya. Tapi memandangkan bonet dah penuh, maka aktiviti shopping dihentikan serta-merta walaupun ikutkan hati diorang, masih banyak lagi yang hendak dibeli.

Seperti biasa, keretaku yang bukan MPV terpaksa berulang-alik dua trip untuk balik ke rumah. Maka berehatlah seketika untuk hari ini kerana esok ada aktiviti yang lebih sengat dari biasa.

Keesokan harinya adalah masa untuk shopping Carboot Blochairn. Saya yang baru balik dari kerja terpegun kerana semua orang telah tiada kecuali isteri. Semua yang lain telah menaiki teksi untuk ke Carboot Blochairn. Bersemangat sungguh mereka ni bila bab shopping.

Long story short, bonet keretaku penuh lagi dengan hasil tangkapan yang memuaskan. Kali ini dua trip bonet keretaku penuh dengan barang-barang apabila 1st trip hantar family mertua, manakala 2nd trip juga penuh dengan muatan. Ini baru dua hari punya Carboot, ada banyak hari lagi diorang kat UK ni.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: