Family Mertua Datang Lagi

Pada 24hb Mei yang lepas, Ibu mertuaku dan seorang adik ipar (Ihsan) telah selamat sampai tiba di bumi Glasgow. Alhamdulillah perjalanan mereka lancar penerbangan mereka tiada delay dan semua barang makanan dari Malaysia tidak ada satu pun dirampas. Thats the good thing.

Dua buah beg besar memang sebahagian besarnya hanya penuh dengan makanan dan kopi segera. Sampai sahaja di rumah proses pengasingan makanan bermula. Kopi yang mak kirimkan dari Labuan memang cukup banyak. Syukur..

Selepas Mak mertua dan adik ipar mandi dan bersiap, saya bawa mereka ke Car Boot Sale Polmadie. Destinasi pertama yang mereka hendak pergi adalah tempat shopping. Kebetulan pula hari Sabtu, memang Car Boot buka pada hari itu.

Hari pertama sahaja, borong banyak barang sampai hampir penuh bonet kereta. Ini baru satu hari, ada banyak hari lagi nak duduk UK ni. Memang seronok shopping kalau banyak duit, lebih-lebih lagi barang tersebut murah dan ada brand.

Keesokannya pula hari Ahad, lokasi kedua yang dituju ialah Car Boot Sale Blochairn. Ini adalah Car Boot yang terbesar di Glasgow. Semestinya lagi banyak barang yang menarik dan rare di sini. Manakala tugasku pula menjadi driver “paksa rela”. Huhu..

Bermula dari awal pagi hingga Car Boot tutup, barulah kami semua balik. Begitulah lamanya shopping Ibu mertuaku berserta anak sulongnya. Barang yang diborong pula sehingga sendat bonet kereta. Nasib baik bonet boleh tutup.

Dua hari tu sahaja shopping begitu punya rancak, itu belum datang 2nd batch punya family yang bakal tiba. Bertambah-tambah rancak la shopping itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: