BBQ Westenders

Rata-rata orang Malaysia di Glasgow adalah dari kalangan pelajar-pelajar Postgraduate dan juga Undergraduate. Mereka ini kebiasaannya akan mencari tempat tinggal yang berdekatan dengan universiti tempat mereka belajar. Ada terdapat 3 universiti utama di Glasgow iaitu University of Glasgow, University of Strathclyde dan Glasgow Caledonian University. Majoriti pelajar Malaysia di Glasgow belajar di 3 universiti ini dan sebahagian kecil belajar di universiti lain.

 

Oleh kerana lokasi untuk 3 universiti ini berjauhan antara satu dengan yang lain, kecuali University of Strathclyde dan Glasgow Caledonian University sahaja yang berdekatan. Maka corak penempatan rakyat Malaysia di Glasgow juga agak sedikit berselerak, dimana terbahagi kepada 4 kawasan atau kami gelarkan “Perkampungan”. Pertama iaitu Perkampungan Govanhill yang terletak di sebelah selatan, kedua iaitu Perkampungan Dennistoun yang terletak di sebelah timur, ketiga iaitu Perkampungan Townhead terletak di City Centre dan keempat iaitu Perkampungan Westend yang terletak di sebelah barat.

Oleh kerana saya tinggal di Anniesland, maka saya masuk dalam Perkampungan Westend. Dipendekkan cerita komuniti Malaysia di Glasgow mempunyai oraganisasinya yang tersendiri (boleh rujuk di KMG). Setelah cukup setahun, akan adanya sesi election melantik ketua baru untuk kerja-kerja masyarakat Malaysia di Glasgow secara khususnya. Tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan sesama rakyat Malaysia tidak mengira, usia, bangsa, warna kulit mahupun fahaman politik.

Maka pihak komiti yang dilantik hendak melantik Ketua Kampung baru di setiap perkampungan di Glasgow, salah satunya ialah Perkampungan Westend. Oleh kerana Perkampungan Westend hendak membuat BBQ, maka kami sekalikan dengan event pelantikan Ketua Kampung tersebut, ini kerana pada waktu inilah semua Westender dapat berkumpul untuk saling kenal-mengenali dan merapatkan silaturrahim.

Setelah Presiden KMG memberi ucapan panjang lebar, maka sesi melantik Ketua Kampung pun berlangsung. Akhirnya En Razaidi dilantik menjadi Penghulu dan Cik Syahirah dilantik menjadi Penghuluwati, entah macam mana boleh pula ada orang cadangkan supaya diadakan pembantu kepada Penghulu. Tup tap tup tap, nama saya dipetik. Penggal yang lepas saya menjadi Ketua Biro ICT, penggal kali ini menjadi pembantu Penghulu Westend. Terimalah tugas dengan sukarela.

Apa yang penting ialah sesi makan sebenarnya, kambing panggang menjadi menu utama. Baru makan sekeping daging kambing, kepala terus naik pening. Nampak sangat banyak sangat kolestrol dalam badan. Hahaha.. Kambing panggang 15kg habis dipanggang memang cukup-cukup untuk semua tetamu yang hadir. Semua yang hadir balik kekenyangan, saya pula balik kepeningan. Hahaha.. sabar jer lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: