Sting Like A Bimmer

Salah satu ayat yang selalu disebut oleh Lightning McQueen dalam filem animasi “Cars” ialah “Float like a Cadillac, sting like a bimmer”. Aku suka betul ayat yang last tu, seolah-olah menggambarkan kereta BMW ni sungguh menyengat. Hahaha..

Setelah “Black Lady” pergi meninggalkan kami, maka perlulah ada pengganti. Apabila saya dan isteri telah berbincang panjang lebar serta kesesuaian, kepraktikalannya berserta cukai yang perlu dibayar apabila dibawa pulang ke Malaysia kelak. Maka BMW menjadi pilihan.

Apabila masuk bab BMW pula timbul lagi isu, sama ada hendak beli 1 series atau 3 series. Saya sebagai lelaki maskulin sukakan 3 series saloon manakala wife saya pula dengan citarasa wanitanya sukakan 1 series hatchback. Apabila masing-masing berhujah pasti ada yang tidak serasi.

Saya berhujah dengan ciri-ciri teknikal, praktikal dan logikal. Akhirnya saya berjaya influence wife untuk memilih 3 series. Huhu.. penat sungguh nak memilih kereta ni. Namun penat itu tidak hanya sampai di situ, ada banyak lagi rupanya.

Bermula dengan memilih dan harga. Serta aksesori sesebuah kereta yang ada dengan bajet yang ada. Tatkala ada yang berkenan pasti ada sahaja halangan. Kereta sudah terjual tapi still masih ada dalam iklan. Kereta ada, tapi ada problem. Kereta ada, tapi tidak seperti yang diiklankan. Pendek kata, macam-macam hal.

Bermula pencarian di Leicester sehinggalah ke London, akhirnya kereta di London juga yang dibeli. Ketika beli kereta di London, pun ada masalah. Kereta yang dibeli tidak mempunyai Road Tax, terpaksalah bermalam di London untuk 1 malam supaya dapat renew Road Tax pada keesokan harinya. Pada hari kereta dibeli ialah cuti umum Bank Holiday.

Setelah dapat renew kereta, akhirnya saya pun bertolak balik ke Glasgow dan hanya berhenti sekali sahaja di Services (R&R). Perjalanan saya mengambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam termasuk masa rehat. Oleh kerana saya menggunakan highway M1 maka perjalanan agak lancar berbanding M6 yang agak sesak kerana banyak highway maintenance.

Suatu pengalaman baru, menggunakan highway yang jarang digunakan. Akhirnya saya selamat sampai ke Glasgow dengan jayanya. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: