Sayonara “Black Lady”

Jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah SWT. Jikalau dahulu kita kaya, sekarang kita miskin. Jikalau dulu kita sihat, sekarang kita sakit. Jikalau dulu kita senang, sekarang kita susah. Jikalau dulu kita muda, sekarang sudah pun tua. Jikalau sekarang kita masih hidup, bila-bila masa mati menunggu kita. Semoga kita dapat memanfaatkan masa kita hidup dengan perkara yang berfaedah dan diredhai Allah.

Panjang mukadimah, tapi apa yang saya cuba sentuh di sini ialah Jodoh dan Pertemuan. Namun saya tidaklah merujuk kepada ayat yang terlalu straight forward, saya lebih suka menggunakan ayat di sebalik ayat tersebut. Bak kata pujangga, ianya bermaksud isi tersirat. Sesetengah orang hanya memahami ayat tersurat berbanding ayat tersirat, lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana yang tidak lagi seaman dahulu. Ramai orang secara langsung atau tidak langsung akan terasa sehingga menusuk jiwa, bahkan boleh menjadi musuh atas sebab hal yang kecil. Apatah lagi ianya hal yang remeh-temeh.

Tatkala sedang asyik mengelamun mendengar berita-berita dari tanahair, tiba-tiba isteri saya memberitahu yang beliau hendak menjual satu-satunya Mercedes AMG kami yang kami gelarkan “Black Lady”. Pada mulanya saya kurang setuju, akan tetapi apabila difikirkan semula segala bentuk jenis cukai yang bakal dibayar apabila sampai Malaysia nanti, risau tidak mampu untuk kami membayarnya. Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan adalah antara jenis-jenis cukai yang perlu dibayar. Apabila melihat angka bayaran yang perlu dibayar mengatasi nilai “Black Lady”, maka saya dengan rasa berat hati bersetuju untuk melepaskannya.

Selang sebulan isteri saya iklankan seorang pasangan Cina yang bermastautin ingin melihat “Black Lady”. Puas belek tengok atas bawah luar dalam, akhirnya dia pun tidak jadi hendak membelinya. Nampaknya masih panjang jodoh kami dengan “Black Lady”. Selang sebulan selepas itu barulah isteri saya dapat panggilan dan bakal pembeli bertanyakan tentang “Black Lady”. Rupanya-rupanya bakal pembeli adalah orang Malaysia, so senang sikit la nak sembang cerita berkenaan kereta ni. Oleh sebab si bakal pembeli berada agak jauh dari Glasgow, beliau berada di Stoke-on-Trent maka beliau meminta jasa baik kawannya yang berada di Glasgow untuk tolong survey “Black Lady” ni.

Hari yang dijanjikan telah pun tiba, maka datanglah seorang lelaki juga Malaysian dan seperti biasanya saya terangkan dan jelaskan citi-ciri “Black Lady” yang tidak ada pada kereta lain. Setelah beliau berpuas hati dan mengambil beberapa snap gambar untuk dilaporkan kepada si bakal pembeli nanti. Selang 2 minggu, separuh daripada harga kereta yang dipersetujui telah dijadikan deposit. Maka separuh lagi akan dilangsaikan ketika hendak ambil kereta nanti. Nampak gaya, jodoh kami dengan “Black Lady” semakin pendek.

Ketika hari pertemuan, saya terangkan ciri-ciri teknikal yang ada pada “Black Lady” kepada owner baru. Satu persatu secara terperinci, bermula dari teknikal, elektrikal sehingga ke mekanikal supaya owner baru tahu dan faham dengan keretanya. Ciri-ciri pemanduan juga saya terangkan bermula dari auto, manual, paddleshift sehingga la kepada Sport mode. Mungkin terlalu banyak benda yang perlu diingat saya cuma pesan supaya belajar perlahan-lahan behaviour kereta ni. Lagipun owner baru kereta ni adalah wanita, mungkin sesuai hanya dengan pemanduan auto.

Selesai sahaja transfer baki yang perlu dibayar, maka surat V5C bertukar tangan. Fob key yang berlogo triple star bertukar tangan. Kemudian, owner baru pun bergegas balik kerana ada urusan lain serta perjalanan yang agak jauh untuk balik. Perlahan-lahan “Black Lady” meninggalkan perkarangan rumah kami yang semakin lama semakin jauh. Berat hati untuk melepaskan “Black Lady” sebenarnya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Huhu..

Sayonara “Black Lady”..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: