Live! 30 minit bersama Ustaz Don

Alhamdulillah syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk dapat hadir ke majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Don. Ceramah beliau yang berlangsung di SUMSA, Strathclyde University.

Majlis yang sepatutnya berlangsung pada jam 2pm tertunda hingga ke jam 4pm kerana kelewatan. Ustaz Don serta krew TV al-Hijrah baru tiba dari New Castle setelah melalui perjalanan yang agak jauh.

Kami rakyat Malaysia di bumi Scotland sabar menanti walaupun untuk 2 jam lamanya. Penantian itu agak berbaloi apabila public figure yang dinantikan telah tiba. Tajuk ceramah ialah “Akhlak Rasulullah Tauladan Sepanjang Zaman”.

Selesai ceramah, terdapat sesi Q&A yang diajukan oleh hadirin kepada Ustaz Don. Kemudian kami semua solat Asar secara berjemaah bersama-sama.

Jamuan ringan disediakan, manakala saya mengambil peluang untuk bergambar bersama dengan Ustaz Don. Alhamdulillah, jikalau ada ceramah seperti ini Insya-allah saya akan cuba hadirkan diri.

Sempat juga saya beli buku panduan Solat dan Selawat yang dikarang oleh Ustaz Don, serta minta autograph sekali. Hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: