Apabila Anjing Masuk Ke Dalam Rumah..

Ketika cuaca begitu cerah, angin yang bertiup pula sepoi-sepoi bahasa, masa untuk menikmati cahaya matahari adalah paling sesuai.

Langit tersangatlah biru, langsung tiada awan kelihatan. Masa yang cukup sesuai untuk membuat aktiviti luar. Jikalau Mat Salleh sudah pasti membuat barbeque dan sunbathing.

Aku pula bermain bola dengan Umair. Sedang seronok bermain bola di luar, tiba-tiba ternampak seekor anjing berlari-lari sambil mengelilingi rumah.

Saya abaikan sahaja, kerana anjing di sini memang mesra dengan orang. Akan tetapi dengan tidak disangka-sangka anjing ini terlebih pula mesranya. Siap gesel-gesel badan di sebelah kaki aku. Cis!!!

Terkedu sekejap dengan tindakan anjing tersebut. Tatkala otak sedang berfikir apa tindakan yang perlu dilakukakn seterusnya, anjing tersebut bermain pusing keliling aku sambil mengejar Umair yang dari tadi mengelak dikejar anjing.

Ketika isteriku membuka pintu rumah, secara spontan anjing tersebut masuk ke dalam rumah. Adoi, satu hal pulak. Keluar masuk bilik, ruang tamu disuruh keluar anjing ni buat-buat tak faham pulak. Cis!!!

Bila semua orang keluar dari rumah barulah anjing tersebut ikut keluar. Kemudian barulah anjing tersebut berlari entah ke mana, mungkin mencari tuannya.

Nasib baik la keadaan anjing tersebut kering dan keadaan taman di luar juga kering. Tidak perlu la disamak, kalau tidak terpaksa samak seluruh rumah.

Sabar jer la aku. Gggrrrrrrr!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: