Main Salji di Cairngorm

Rancang dengan orang lain, pergi pula dengan orang lain. Pendek kata, perancangan dalam keadaan tergesa-gesa. Pada asalnya, saya sekeluarga merancang pergi ke Ski Resort seperti Glenshee atau Cairngorm bersama dengan Faizal, Mariam dan Sharom. Oleh kerana si kawan Faizal ni asyik sibuk memanjang dengan tesisnya yang tak habis-habis, maka perancang tersebut ditunda dan dianjak ke tarikh yang entah bila.

Pada suatu hari ketika kami menjemput Masrul dan Farah makan di rumah, terbuka la cerita yang kami merancang hendak ke Ski Resort. Tanpa fikir panjang, Masrul dan Farah begitu bersungguh-sungguh untuk ikut bersama. Maka pada malam itu juga kami buat keputusan untuk pergi ke Cairngorm dan bermalam di Inverness.

Dalam masa yang sama, kami menjemput Sharul dan Wardati pergi bersama untuk kenal dengan lebih rapat. Ini kerana Sharul dan Wardati agak kurang bersosial dengan warga Malaysia di Glasgow. Namun pelawaan kami ditolak dan kami gantikan dengan Spencer seorang lagi kawan bujang yang banyak sungguh Free time.

Dalam ketika kami hendak bertolak esoknya, Mohana dan Khuneswari juga hendak pergi bersama. Oleh kerana mereka agak lambat membuat keputusan, maka mereka menempah hotel yang berlainan dengan kami. Perjalanan kami agak santai, dengan dua buah kereta kami pergi bersama.

Bermula dari Glasgow kami menuju ke Inverness. Dalam perjalanan ke Inverness kami sempat singgah di tepi jalan menikmati pemandangan yang unik. Main salji di tepi jalan pun boleh. Agak menarik, itu pun belum naik atas Cairngorm lagi.

Kami meneruskan perjalanan ke Urquhart Castle. Sampai di sana, kami hanya berpeluang untuk masuk selama sejam sahaja yang mana pada pendapat semua orang seperti tidak cukup masa ditambah pula bayaran dikenakan untuk masuk. Apa yang boleh kami buat ialah hanya melihat dari jauh.

Balik dari Urquhart Castle, kami terus balik ke Hotel Holiday Inn Express untuk berehat. Sejam kemudian, kami bertolak untuk keluar makan di restoran India di bandar Inverness. Makanan yang dihidangkan sememangnya blunt, tiada garam langsung. Ini kerana mereka masak untuk orang local Scottish. Garam di atas meja digunakan untuk menambah perisa, lain sungguh rasanya.

Selesai makan semua orang melahirkan rasa kurang puas hati dengan rasa masakan, namun kami semua tiada pilihan. Kerana itulah saja restoran yang diketahui kehalalannya. Selesai makan kami bergambar di atas jambatan di waktu malam dan balik semula ke hotel.

Keesokannya, kami makan breakfast di hotel dan check-out, kemudian bertolak ke Inverness Castle. Cumanya Inverness Castle telah digunakan sebagai mahkamah, oleh itu kami hanya boleh bergambar di luar sahaja. Sambil menikmati cuaca sejuk beku yang mencengkam tulang. Tangan terasa begitu kebas, langsung tiada deria rasa.

Kami tidak menunggu lama, terus kami ke kereta dan meneruskan perjalanan ke Cairngorm. Oleh kerana angin agak kencang, kami menghadkan kelajuan agak sederhana. Ketika sampai di Cairngorm, angin begitu kencang. Kasut biasa memang tidak tahan, terpaksa saya menukar kasut yang agak tebal.

Sampai di stesen, kami pergi membeli tiket untuk ke atas dimana tempat orang bermain ski. Namun setelah sampai di atas, Orange Alert. Ini bermakna segala aktiviti ski terpaksa dibatalkan dan semua orang terpaksa turun. Kami pula yang baru sampai ke atas hanya boleh bermain salji di kawasan koridor. Tidak boleh pergi lebih jauh dari itu, kerana amaran telah dikeluarkan.

Ribut salji semakin kencang, apa pun tak nampak di luar sana. Semuanya putih, bentuk gunung pun tak nampak. Kalau bergambar pun tiada bezanya seperti bergambar di belakang backdrop putih. Selesai main salji, kami turun semula kerana risau jikalau terkandas oleh cuaca yang tidak mengizinkan.

Apabila kami sampai di bawah, barulah kami mencari tempat untuk makan tengahari. Sambil makan-makan dalam keadaan yang teramat sejuk, semua makanan kami bedal. Masing-masing lapar kerana kesejukan. Selesai makan, kami mula meninggalkan Cairngorm dan balik menuju ke Glasgow.

Akan datang kena repeat sekali lagi untuk betul-betul menikmati bermain Ski.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: