Bini Tua vs Bini Muda

Selesai sahaja menguruskan apa yang patut, saya hanya cuci muka dan bergegas untuk ke tempat kerja. Badan tersangatlah letih setelah perjalanan jauh yang mengambil masa 10 jam. Namun kerja tetap kerja, kerana itulah sumber pendapatan saya buat masa ini.

Nasib baik Cinema tempat saya bekerja tidak sibuk, boleh ler badan rehat sedikit dan bekerja dengan perlahan. Apabila sampai waktu balik, baru terfikir bagaimana hendak pertemukan Bini Muda dengan Bini Tua ni.

Bini Tua jenis local domestic, Bini Muda pula fully imported. Biarlah, redha jer la dengan apa yang bakal berlaku. Sampai di rumah terus saya mendapatkan Isteri Pertama untuk diperkenalkan dengan “Isteri Kedua”. Spontan sahaja, isteri pertama senyum seperti dia pula yang tak sabar hendak bertemu.

Tanpa banyak soal dan bicara, saya pun pertemukan Isteri Tua dengan Isteri Muda. Spontan saya katakan “Abang perkenalkan Bini Baru abang kepada Honey, namanya ialah Mercedes. Berasal dari Stuttgart, Germany”.

Isteri pertama kagum dengan penampilan “Madunya”, segak lagi bergaya. Cuma bahagian “Hidung” sahaja yang dirasakan kurang menarik. Saya katakan “Biasa la, hidung Omputih memang macam tu. Bukan hidung orang Asia”. Hahaha..

Seraya itu, Isteri pertama pun memberi nama panggilan kepada Isteri Kedua. Beliau diberi panggilan manja “Black Lady”. Tak kisah lah, asalkan mereka berdua tak bergaduh sudah. Wahahaha..

2 Comments (+add yours?)

  1. alyrds
    Nov 03, 2013 @ 14:16:59

    fuh~… santik bini muda ko ni… hahaha~

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: