Long Journey to Glasgow (Last Part)

Sepanjang perjalanan kiri kanan keputih-putihan. Langsung tak nampak apa yang ada di hadapan. Nasib baik tiada kereta langsung di hadapan, mungkin kerana mereka telah lama pecut dan menghilangkan diri.

Tak lama kemudian barulah ternampak Electronic Signboard mengatakan Caution Fog!!! Drive Carefully. Semakin lama berjalan, kabus semakin tebal. Apa pun tak nampak, cuma beberapa kali ternampak kelibat kenderaan dari bertentangan arah yang hanya boleh nampak lampu kenderaan yang agak kelam.

Kelajuan kenderaan tetap juga saya kekalkan kepada 50 mph, ini kerana perjalanan saya dibantu oleh GPS. Oleh itu saya dapat tahu sama ada jalan di hadapan mempunyai selekoh atau tidak. Nasib baik sepanjang perjalanan berkabus, jalan agak lurus. Pada waktu ini, signboard dah tak nampak dan saya sendiri tidak tahu berada dimana.

Lebih kurang hampir setengah jam memandu di dalam kabus, barulah ternampak kelibat kenderaan yang bergerak secara berkumpulan. Rupa-rupanya ada 3 buah trailer panjang sedang bergerak secara bersiri. Saya pula dengan selamba, memotong ketiga-tiga trailer dan meneruskan perjalanan.

Kalau tidak silap, setelah melalui kawasan Penrith barulah jarak pemandangan menjadi jelas. Kabus pun dah hilang, kelajuan pun saya tambah kepada 70 mph. Tidak ada apa yang boleh dilihat diwaktu malam, semuanya gelap gelita. Sekiranya diwaktu siang, pemandangannya cukup menarik kerana saya melalui kawasan pergunungan.

Setelah lama berjalan, barulah nampak signboard Gretna iaitu sempadan England dan Scotland. Barulah terasa sudah hampir dengan rumah, walhal baru melalui sempadan. Perjalanan highway M6 telah berakhir, maka perjalanan highway A74 pun bermula. Seperti biasa, tiada apa yang menarik kerana gelap gelita.

Apabila buka radio, barulah terdengar siaran Scotland. Saya bukanlah pendengar radio, oleh itu saya pun tak tahu apa yang saya dengar. Buka radio semata-mata kerana sunyi, tapi tak lama kemudian saya Off kan balik kerana apabila didengar membuatkan jiwa lebih kacau. Oleh itu saya lebih suka senyap.

Apabila sampai di kawasan Larkhall, boleh pula highway M74 ni tutup dan dilencongkan ke jalan country. Adoi satu masalah timbul, meter minyak telah mengeluarkan lampu. Kalau calculation saya betul, saya cuma ada 100km lagi sebelum minyak betul-betul kering. Akan tetapi itulah adalah extra urban, kalau urban sudah tentu jarak perjalanan lebih pendek dari itu.

Dipendekkan cerita, boleh pula ada Roadblock Polis dipagi-pagi buta macam ni. Banyak juga kereta ditahan dan tidak kurang juga trailer. Apabila sampai giliran saya, polis bertanya adakah saya berada di kawasan ini pada 2 minggu yang lalu. Saya katakan sudah tentu tidak.

Setelah polis tersebut mengambil butiran yang diperlukan, saya bertanyakan Stesen Minyak yang terdekat dan masih buka. Lalu dia pun memberi direction yang agak simple tapi rupanya agak jauh. Jauh betul stesen minyak tu, lebih-lebih lagi apabila meter petrol telah menyalakan lampu amaran.

Selesai mengisi petrol, saya meneruskan perjalanan pulang dan cuba cari Services yang terdekat kerana hendak ke toilet. Sampai sahaja di Service yang terdekat rupa-rupanya ianya telah tutup. Adoi, memang menyusahkan dan terpaksa la saya bergerak untuk balik terus ke rumah.

Signboard Glasgow menunjukkan hanya tinggal beberapa miles sahaja untuk sampai. Akan tetapi rumah saya terletak di sebelah West End, oleh itu perjalanan agak jauh sedikit dari bandar Glasgow. Berkat penuh kesabaran, akhirnya saya pun sampai di rumah pada jam 5.30am waktu tempatan (Glasgow Time).

Dengan pantas terus saya naik ke rumah dan membuang segala sisa toksik dari dalam badan. Fuuhhhh.. leganya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: