Long Journey to Glasgow (1st Part)

Perjalanan dari London ke Glasgow mengambil masa lebih kurang 6 jam, sekiranya tidak ada berhenti dan kelajuan adalah MAX speed limit. Akan tetapi, sepanjang perjalanan saya ke Glasgow penuh dengan cabaran walhal Highway jer.

Percaya atau tidak perjalanan saya dari London ke Glasgow mengambil masa lebih kurang 10 jam. Semua itu termasuklah berhenti beberapa kali di Services (R&R) dan tidur a.k.a rehat selama setengah jam.

Saya mula bertolak bersama “Isteri Baru” pada jam 7.30pm waktu tempatan (London Time). Setelah petrol diisi penuh, kami memulakan perjalanan yang begitu jauh sekali. Sepanjang perjalanan saya memandu dengan cukup berhati-hati kerana tidak mahu terjadi apa-apa pada “Isteri Baru”. Sayaaaaaaaang.

Diperhentian pertama, kami singgah di Services yang saya sendiri tidak tahu nama tempatnya. Saya berhenti untuk makan malam kerana lapar, sementara itu “Isteri No.2” setia menanti di luar kerana dia masih kenyang.

Makanan yang boleh saya makan pada ketika itu ialah Fish n Chip. Hendak makan daging atau ayam, tidak ada yang halal. Saya makan sesegera yang mungkin kerana tidak mahu “Isteri No.2” tertunggu-tunggu dan perjalanan kami masih jauh.

Dalam tengah makan Fish n Chip, boleh pula ada tulang ikan dalam fillet ikan tersebut. Nasib baiklah tulangnya besar-besar, sebelum tertelan atau tercekik dah boleh rasa dalam mulut. Memang potong selera betul, tapi nasib baiklah saya sudah hampir kenyang.

Selesai makan saya hulurkan pinggan yang ada ikan dan tulang kepada pekerja Cafe dimana saya beli Fish n Chip tersebut. Bukan saya nak mintak refund, tetapi just hendak bagitahu bahawa supaya berhati-hati apabila menjamu makanan pada pelanggan. Customer always right.

Saya singgah ke restoran Starbuck untuk membeli Caramel Machiato untuk dibuat minum sepanjang perjalanan. Perjalanan diteruskan dengan lancar, sehinggalah tiba di satu kawasan berhampiran dengan Birmingham.

Tiba-tiba jalan jammed di sepanjang highway. Kalau kereta bergerak mungkin saya boleh terima, tetapi jammed ini tidak bergerak langsung. Entah apa yang berlaku di depan sana, sampai boleh jadi begini. Lebih kurang 20 minit, barulah kereta mula bergerak semula. Rupa-rupanya ada maintenance highway sedang dijalankan.

Highway yang pada asalnya ada 3 lorong menjadi 1 lorong sahaja. Nasib baik, pekerja highway telah selesai kerja dan mereka mengalihkan kon-kon ke tepi untuk memberi laluan kepada lalulintas. Perjalanan yang pada mulanya lancar rupanya tidak kekal lama.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Entah apa lagi yang tak kena, jammed sekali lagi di persimpangan yang saya pun tidak tahu nama tempatnya. Tetapi kali ini, jammed masih bergerak perlahan. Laluan 3 lorong menjadi 2 lorong. Kemudian lancar semula.

Sampai lagi di suatu tempat, 3 lorong menjadi 1 lorong. Oleh kerana sudah lama berada di atas highway, saya mengambil kesempatan untuk singgah di Services untuk menyegarkan diri. Buat kali kedua saya beli kopi yang sama iaitu Caramel Machiato di restoran Starbuck untuk mengelakkan mengantuk ketika memandu. Selang beberapa ketika, saya sambung perjalanan.

Apa yang menarik, sepanjang perjalanan saya hanya kekalkan kelajuan pada 70 mph sahaja iaitu Speed Limit bagi highway M6. Rasa macam dah cukup laju, rupanya semua kereta Mat Salleh yang lain jauh lebih laju dari saya. Entah berapa laju mereka memecut kereta. Kenderaan yang boleh saya potong ialah trailer sahaja.

Tapi rupanya, dalam senyap-senyap Polis UK menjalankan operasi Speed Limit. Kereta yang mana telah memotong saya 10 minit yang lepas, telah dikejar oleh 2 Kereta Polis BMW selang 10 minit berikutnya. Laju betul kereta polis tersebut.

Lebih kurang 15 minit barulah saya nampak kereta yang memecut ditahan oleh 2 kereta polis. Cekap sungguh Polis UK ni, saya pula tidak perlu risau sekiranya terlebih had laju kerana saya menggunakan Auto Cruise sepanjang perjalanan. So, kebarangkalian untuk terlebih laju adalah minima.

Saya bercadang hendak singgah makan di Restoran Al-Jazeera Manchester. Namun terpaksa cancel dan meneruskan perjalanan kerana jam telah menunjukkan 10.30pm dan saya pada waktu itu masih jauh dari Manchester. Ini kerana saya terlihat signboard Manchester 60 miles. Al-Jazeera pula tutup pada jam 10pm pada malam itu.

Terus-menerus saya memandu membelah highway M6 di kegelapan malam, bermula dari kopi yang penuh sampailah kosong. Entah berapa lama memandu, saya mengambil keputusan untuk berhenti rehat dan tidur. Badan sudah cukup letih untuk memandu. Pada waktu itu jam menunjukkan 2am. Saya setkan alarm 2.30am untuk bangun.

Entah tidur entah tidak, tidur-tidur ayam la kot. Belum pun alarm berbunyi, saya sudah terjaga. Selang beberapa minit barulah alarm berbunyi. Setelah bangun, saya meneruskan perjalanan ke Glasgow. Kali ini badan agak segar, walaupun tidur hanya sementara.

Ketika memandu di suatu kawasan, tiba-tiba pemandangan menjadi tersangat kabur. Jarak penglihatan hanya beberapa puluh meter sahaja. Rupa-rupanya kabus memenuhi laluan di sepanjang highway. Kelajuan yang mula 70 mph terpaksa saya kurangkan kepada 50 mph supaya lebih behati-hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: