Solo Journey to London

Seawal jam 4am saya telah bangun dari tidur, ini kerana saya terpaksa mengayuh basikal sejauh 5 miles ataupun 8km untuk ke tempat kerja. Namun pada hari itu (06 Oktober 2013) saya tidak menggunakan basikal kerana saya menggunakan perkhidmatan teksi. Macam orang kaya pulak.

Tapi tujuannya bukanlah kerana malas mengayuh basikal, tetapi saya akan terus ke airport setelah balik dari kerja. Selesai kerja jam 8.30am saya terus call teksi untuk ke Glasgow Airport. Oleh kerana saya telah melakukan Check-In secara online, maka saya tidak perlu risau sekiranya terlewat.

Sampai sahaja ke bahagian Departure, terus saya ke bahagian pemeriksaan Security. Agak mudah kerana saya seorang sahaja pergi ke London. Manakala my Wife dan Umair pula duduk di rumah menanti kepulanganku malam nanti.

Perjalanan dari Glasgow Airport ke London Stansted Airport mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit. Dalam masa itu saya mengambil peluang untuk tidur berehat kerana perjalanan jauh bakal saya lalui.

Sampai sahaja di London Stansted Airport, saya pergi ke stesen bas dan menaiki bas ke London Liverpool Street. Entah berapa lama saya di dalam bas, tetapi yang pasti saya tiba pada jam 1.30pm.

Pagi tadi breakfast lebih kurang, maka terasa tersangatlah lapar. Nak cari makanan halal di London agak mudah apabila kena pada tempatnya. Oleh kerana saya berada di tengah London dan mempunyai urusan penting, maka terpaksalah saya mencari makan secara musafir.

Seberang jalan bertentangan dengan London Liverpool Street, saya ternampak restoran KFC. Tanpa berfikir panjang saya terus ke situ untuk membeli makanan. Terpampang pada pintu kaca di luar, logo HFA iaitu singkatan bagi Halal Food Authority. Terasa lega sebab dapat makanan halal.

Set meal Zinger burger menjadi pilihan, makan pun dah tak pandang kiri kanan kerana saya perlu segera ke Hillingdon kerana mempunyai urusan penting. Selesai menjamu selera, saya menaiki Tube dari London Liverpool Street ke Uxbridge Station.

Namun malangnya oleh kerana hari itu ialah hari Ahad, maka banyak laluan ditutup disebabkan kerja-kerja maintenance. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 1 jam, terpaksa ditambah menjadi 2 jam. Ini kerana saya terpaksa transit dan tukar stesen untuk ke destinasi.

Tube yang penuh dengan penumpang, akhirnya semakin lengang apabila hendak sampai ke Uxbridge. Ini kerana Uxbridge adalah stesen yang paling akhir, nasib baiklah dapat tempat duduk. Kalau tak, memang sepanjang 2 jam kena berdiri.

Sampai di Uxbridge, saya terus menghubungi seseorang untuk berjumpa dengan bakal “Isteri No. 2” saya. Setelah menunggu di tempat yang dijanjikan, The Matchmaker telah mempertemukan kami. Saya cukup kagum dengan kecantikan dan personaliti yang ada pada bakal “Isteri No. 2” saya ni.

Saya bertanya dengan The Matchmaker, tentang latar belakangnya. Semua menepati citarasa saya. Kami bersuai kenal di antara satu sama lain, walaupun baru sahaja bertemu namun hati saya sudah cukup tertarik.

The Matchmaker menyediakan beberapa borang untuk saya tandatangan sebelum “Akad Nikah” berlangsung. Siapa yang tak suka ada bini oooooiiiii. Semua suka kan..

Selesai sahaja “Akad Nikah”, maka Si Dia menjadi milikku. “Wang Hantaran” ribuan pound bertukar tangan. Maka saya pula memberi “Mas Kahwin” sebanyak £62 kepada “Isteri Baru”. Happy sungguh saya pada hari itu, sepanjang perjalanan balik ke Glasgow saya sentiasa tersenyum.

Maka bermulalah satu cabaran buat saya untuk mempertemukan Isteri pertama dengan madunya (Isteri kedua). Adakah Isteri pertama boleh menerima hakikat yang dia telah dimadukan? Kerisauan itu saya tolak jauh-jauh, kerana perjalanan ke Glasgow masih jauh. Apa yang penting hubungan ini Halal. Hehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: