Journey To The East

Sudah hampir setahun setengah di perantauan, akhirnya saya sekeluarga berpeluang untuk pulang ke Malaysia. Bermacam-macam perkara yang hendak dilakukan apabila sampai nanti dan apa yang pasti makanan yang lazat-lazat pasti menjadi buruan. Maka pada 22 Ogos yang lalu kami pun memulakan perjalanan balik ke Malaysia.

Perjalanan saya dan Umair ke Malaysia memerlukan transit di Dubai sebelum sampai Kuala Lumpur. Manakala wife saya terpaksa menguruskan conference di Australia, sebelum kami dapat berjumpa seminggu kemudian. Sabar jer la.

Kami memilih Syarikat penerbangan Emirates kerana pada waktu itu terdapat promosi dan agak murah harganya berbanding MAS. Penerbangan dari Glasgow ke Dubai mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan pesawat Boeing 777. Walaupun agak lama, namun disebabkan sistem hiburan yang ada di dalamnya membuatkan kami tidak terasa lama mahupun penat.

Umair yang pada mulanya tertidur sebentar, terjaga selepas 3 jam terlena. Pada masa itu, hidangan makan telah tersedia. Makanan yang disediakan begitu lazat sekali. Sambil menikmati makanan Umair menonton kartun Cars2 kegemarannya di skrin panel yang ada di depannya. Cukup seronok bagi Umair, saya pun rasa lega kerana saya juga boleh menonton wayang juga.

Cerita yang ada juga agak baru, saya menonton wayang “Iron Man 3”, “It is a good day to die hard” dan “Batman Return”. Namun cerita Batman Return tidak sempat dihabiskan kerana kami telah mendarat di lapangan antarabangsa Dubai.

Apabila sampai, kami pergi ke terminal A yang mana agak jauh dan memerlukan train untuk ke sana. Namun tidak ada yang perlu dirisaukan kerana kami akan transit selama 3 jam. Sebagai langkah berjaga-jaga saya tidak mahu peristiwa di Schiphol Airport berulang kembali.

Kami terus ke terminal A sambil Umair mengikuti saya dari belakang. Selepas melalui beberapa pemeriksaan dan turun naik lif serta menaiki train akhirnya kami sampai ke Gate A15 tempat kami akan berlepas ke Kuala Lumpur.

Tidak sangka di depan Gate A15 terdapat restoran McDonald. Tanpa berlengah-lengah terus saya ke sana bersama Umair untuk menikmati burger McD. Nasib baik McD di sini menerima Kad Kredit mahupun Debit. Spicy Chicken McDeluxe tidak terdapat di dalam senarai kerana ianya hanya terdapat di Malaysia. Terpaksa la order burger Dubai iaitu McRoyale.

Semua sekali total yang perlu dibayar ialah AED47, setelah ditukar matawang ianya lebih kurang £8 sahaja. WoW, murahnya. Memang beruntung mempunyai matawang yang besar. Tapi kalau di convert ke duit Malaysia lebih kurang RM40. Rasa macam mahal la pulak. Tapi tak kisah la, sebab saya dah boleh lepaskan gian. Nak tunggu sampai Malaysia ada 10 jam lagi.

Setelah kenyang makan burger dan Umair juga boleh tahan makannya sambil minum susu, kami bersiap sedia masuk ke Gate A15. Pemeriksaan passport dan boarding pass seperti biasa dan kami hanya menunggu lebih kurang 20 minit sebelum dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Apa yang menarik pesawat yang kami naiki adalah Airbus A380, pesawat terbaru, terbesar dan termoden pada masakini. Memang beruntung dapat merasa naik kapal terbang ni. Sistem hiburan yang lebih canggih dari pesawat yang kami naik sebelumnya.

Penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 7 jam dan kami mendarat di lapangan terbang KLIA setengah jam awal iaitu lebih kurang 3 petang. Servis yang disediakan memang terbaik, makanan juga menyelerakan terdapat option untuk kanak-kanak. Saya memilih beriani kambing sebagai santapan utama, terdapat beberapa side dish yang lain seperti roti, biskut, coklat, pencuci mulut dan 2 jenis air.

Kali ini kami tidak tidur langsung sepanjang di dalam pesawat kerana untuk mengelakkan JetLag apabila sampai di Malaysia nanti. Sepanjang 7 jam kami melakukan aktiviti menonton wayang sambil makan. Umair seperti biasa dengan kartun Cars2 yang mana dia tidak bosan untuk mengulang tayang kartun yang sama. Sementara saya pula menonton cerita yang tidak habis tonton di dalam pesawat sebelumnya.

Masa berlalu begitu cepat, tanpa disedari kami telah pun mendarat di KLIA. Oleh kerana kami orang Malaysia, urusan untuk keluar lebih mudah. Barang juga cepat keluar hanya stroller sahaja yang agak lambat kerana agak besar. Setelah keluar ke balai ketibaan, kami disambut oleh adik iparku Nono.

Maka bermulalah kehidupanku dan Umair di bumi bertuah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: