Wau Cafe Closed During Ramadhan

Sudah lama saya tidak kemaskini blog. Rasa kekok pula bila tengok ada beberapa function baru di dalam dashboard. Bermula hari ini saya akan cuba update seberapa banyak yang boleh seperti sebelumnya.

First of all, cafe tempat saya bekerja ditutup selama sebulan sempena menghormati bulan Ramadhan. Walaupun yang datang makan tu ialah Scottish, namun kami sebagai pekerja ni yang tak berapa tahan menanggung dugaan. Lebih-lebih lagi memang boss yang hendak tutup, saya sebagai pekerja hanya menurut perintah.

Maka dengan itu, bermula pada 12hb Julai yang lepas, Wau Cafe tutup secara rasminya. Saya pula dapatlah sedikit masa diwaktu malam untuk diluangkan bersama keluarga dan membelek-belek blog yang dah bersawang ni.

Ada seorang pelanggan yang sudah lama cari Wau Cafe, apabila datang dan bertanya berkenaan booking dia berasa hampa kerana cafe akan tutup selama sebulan sempena Ramadhan. “I just found this Cafe”, sudah lama dia cari cafe ni dan tiba-tiba kami hendak tutup. Apa boleh buat, kami hanya pekerja biasa.

Nampaknya Wau Cafe sudah terkenal sehingga mendapat award dari Trip Advisor 4 out of 5. Pun begitu badan ini sudah cukup letih memasak, menghidang, melayan, membuat air. Ada bagusnya juga Wau Cafe ini tutup buat sementara waktu, menghilangkan kepenatan dan membina semula semangat yang kian luntur kerana sepanjang bekerja, sentiasa mendapat komplen yang negatif. Paling teruk ialah saya pernah kena maki dengan orang local. Malu tu tak perlu cakap la, memang senyum pun tawar.

Pengalaman seperti ini membuatkan saya lebih faham berkenaan menguruskan cafe. Walaupun ada perumpamaan “Customer Always Right”, sometime that kind of proverb can’t be used on certain situation.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih meriah dari tahun sebelumnya. Amin.

 

1 Comment (+add yours?)

  1. akiemen
    Aug 05, 2013 @ 01:43:13

    Selamat berpuasa sufri & Salam Aidilfitri untuk korang yang berada diperantauan.. Maaf Zahir Batin..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: