Nenek Ku Kembali ke Rahmatullah

Tatkala aku sedang membelek-belek status FB rakan-rakan di Smartphone ku. Tiba-tiba mesej ibuku masuk memberi khabaran yang kurang baik untuk didengar. Nenekku yang tinggal di Kampung Parit Pelampong, Muar Johor telah kembali ke Rahmatullah.

Aku seperti kurang percaya dengan mesej yang ku baca berkali-kali dihantar oleh ibuku. Aku pastikan yang aku tidak silap baca, namun itulah hakikatnya, nenekku telah meninggal buat selama-lamanya.

Secara tidak langsung, fikiranku terbayang-bayang kisah suka duka bersama nenek suatu ketika dahulu. Dimana kisah nakal ku yang suka mengejar ayam kampung, mengejar kambing menjadi sebahagian perbualan yang mungkin tidak akan dilupakan.

Kambing yang kukejar sehingga masuk ke halaman jiran sebelah telah membuatkan aku mendapat habuan buah rambutan oleh tuan rumah. Bermula dari situ hubungan jiran sebelah menjadi erat dek kerana aku mengejar kambing yang aku sendiri tidak tahu siapa tuannya.

Nenek jenis tidak berkira dalam soal makanan, makanlah apa-apa pun yang ada di dapur kalau lapar. Sama juga seperti aku yang tidak berkira soal makan. Walaupun kuih perahu yang dibuat oleh nenek untuk persiapan Raya habis disental olehku, namun nenek tidak kisah mengenainya. Begitulah sayangnya nenek pada cucu-cucunya.

Nenek jugalah yang mengajarku menganyam ketupat, sehinggalah aku dapat membuatnya. Walaupun abahku pernah mengajar, tapi entah kenapa tidak menjadi.

Ketika aku hendak bertunang dan berkahwin, nenek sanggup datang walaupun dengan kudratnya yang kurang sihat. Digagahkan juga, sedikit sebanyak aku cukup terharu dengan pengorbanannya.

Namun aku cukup terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan nenekku ketika hendak ke oversea. Tidak sempat buatku untuk menunjukkan cahaya mataku kepada nenek. Kusangkakan sempatlah kiranya aku balik pada tahun ini untuk pulang ke kampung, namun Allah lebih menyayanginya.

inna lillahi wa inna ilayhi raji’un

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: