My NetBook Revive

Sudah agak lama tidak menulis a.k.a menaip blog yang telah terbiar usang. Ini kerana NetBook kesayangan rosak oleh pihak ketiga yang pasti bukan saya (tak perlu la sebut nama). Kerosakan adalah berpunca pada sistem yang dah hay wire sana sini. Entah dah berapa bulan terbiar, kasihan.

Sebagai seorang Technician IT, membaiki komputer bukanlah masalah besar. Tetapi oleh kerana peralatan untuk membaiki komputer tidak saya miliki, maka NetBook terpaksa disimpan sehingga ada wang untuk membeli peralatan untuk tujuan tersebut.

Orang akan berkata, senang jer repair. Sekadar format, install OS, pasang driver dan dah pun siap. Ya betul, memang ler semudah itu tetapi bagi saya apa yang penting ialah data yang ada di dalam HDD tersebut. So, terpaksa la kumpul duit untuk membeli kabel USB to SATA untuk extract semua fail di dalamnya.

Nak extract pun bukan semudah itu, kena ada 2nd komputer or laptop untuk transfer data. Juga menjadi satu masalah di mana laptop Dell wife saya pun sakit-sakit dek kerana kurangnya kasih sayang.

Setelah wife saya mendapat MacBook Air, maka segala kerjanya dilakukan di laptop baru. Maka, ada la peluang untuk saya baiki Dell yang dah sakit-sakit tu. Setelah laptop Dell sihat seperti sediakala, barulah saya mempunyai ruang untuk transfer data penting dari NetBook saya tu. Maka proses menghidupkan semula NetBook saya pun bermula.

Setelah order kabel USB to SATA secara online dari Amazon, semua peralatan yang diperlukan lengkap. Bermula dari membuka NetBook untuk mendapatkan data, kemudian transfer ke laptop Dell yang sihat dengan kabel tersebut.

Setelah proses pemindahan data berjalan dengan lancar dan semua data penting telah selamat, barulah saya boleh lakukan proses format dan istall. Jika sebelum ini saya menggunakan Windows 7 Home Premium 32 bit, kini saya gunakan OS yang sama tetapi ianya adalah 64 bit. Ini kerana saya mahu menggunakan lesen Windows original. Hahaha..

Proses install OS, saya hanya gunakan pendrive. Ini kerana NetBook saya tidak memiliki CD/DVD drive. Setelah selesai install OS dan driver, maka NetBook saya pun telah kembali beraksi seperti sebelumnya. Kini dengan lebih gagah lagi.

Oleh kerana OS yang dipasang adalah 64 bit, mungkin akan datang saya akan upgrade RAM kepada 8GB (Max). Say “Hello” to the world My Lamborghini VX6. Vrrroooommm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: