Happy New Year 2013

Pejam celik pejam celik, sudah sampai tahun 2013. Apa yang saya tidak boleh percaya, boleh pula kesibukan kerja baru membantutkan masa untuk saya menulis blog. Langsung tiada artikel untuk bulan Disember 2012, pun begitu banyak perkara yang berlaku pada bulan tersebut.

Walaupun lambat sehari, saya tulis juga penutup bagi tahun 2012. Bermula dari awal tahun 2012, persiapan untuk ke UK yang penuh liku 1001 halangan dan rintangan. Besar sungguh pengorbanan yang perlu dibuat, baik dari segi wang ringgit mahupun penglibatan keluarga.

Apabila sampai di UK, banyak perkara yang dipelajari. Bahasa Inggeris adalah satu kemestian kerana itulah bahasa perhubungan dengan orang local di sini. Berbeza dengan bahasa inggeris yang biasa dipelajari, di Scotland slang Scottish agak sukar untuk difahami. Namun mengambil sedikit masa baru ler faham.

Keadaan suhu yang teramatlah sejuk juga perlu diadaptasi. Menggigil bukan kepalang, tetapi semua itu berjaya diatasi setelah cuba juga membiasakan diri. Cuaca juga yang sentiasa tidak menentu, tidak ada istilah cuaca cerah di Scotland ni. Cuaca di sini memang kerap sangat hujan. Walaupun hujan, ia bukan penghalang untuk orang di sini keluar berjalan, berjogging, berbasikal mahupun ke tempat kerja.

Corak kehidupan juga semakin berubah, bergaul dengan ramai orang baru. Berjumpa dengan kenalan baru, baik Scottish, Chinese, Pakistani, Singaporean dan Malaysian. Alhamdulillah, ramai juga warga Malaysia di bumi Glasgow ni. Terdapat lebih dari 100 keluarga Malaysia dan itu tidak termasuk yang bujang.

Namun oleh kerana ramainya orang Malaysia yang saya rasakan sedikit ni, maka bermacam-macam ragam orang Malaysia atau khususnya Melayu nih. Kalau dah namanya Melayu nih, memang Melayu juga la perangainya. Kalau yang baik tu memang baik lah, kalau yang kurang baik tu, tak payah ler saya cerita.

Boleh kata hampir 90% maklumat data dikemaskini. Ini melibatkan segala urusan mengenai internet, dimana pembelian secara online tidak terhad hanya pada amazon mahupun ebay. Ia juga meliputi pembelian barang keperluan dapur sehari-hari. Maklumat mengenai perkhidmatan bas dan keretapi secara live.

Pendek kata internet adalah segala-galanya. Tidak hairanlah internet di UK tersangatlah laju namun murah sewanya. Cukup berbeza dengan Malaysia yang mana tak perlulah saya cerita panjang lebar.

Sampai ler ke satu tahap, saya mula memasak di rumah yang pada mulanya hanya untuk mengalas perut. Kemudian bertukar menjadi hobi dan last sekali menjadi kerjaya baru di bumi Glasgow ni.

Sebagai penutup buat tahun 2012, suka dan duka yang saya alami menjadi pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh ke hadapan di tahun 2013. Biarlah orang kata saya macam-macam dengan 1001 tohmahan, itu semua saya tolak ke tepi. Buang masa sahaja layan, kerana masa saya begitu berharga.

Azam tahun 2013, nampaknya tidak terfikir lagi rasanya. Mungkin hendak mendapatkan 2 atau 3 lagi kerja sampingan bagi mengisi masa terluang. Juga tidak lupa menulis blog. Huhu..

1 Comment (+add yours?)

  1. © Aly Rd™ (@alyrds)
    Jan 10, 2013 @ 09:04:04

    inilah jawapan orang yang berada betul² diperantauan!!.. jangan lupa balik sudah la😛

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: