Umair Naik Ambulan NHS

For the 1st time, anakku Umair dikejarkan ke Yorkhill Hospital. Apabila Umair mengalami kekejangan tatkala dijaga oleh mamanya. Pada ketika itu, aku masih di tempat kerja. Mengikut apa yang diceritakan oleh isteri saya, Umair kekejangan sambil bergoyang-goyang.

Terkejut bukan kepalang wife saya apabila berhadapan dengan situasi tersebut. Mana tidaknya, belum pernah berhadapan dengan situasi tersebut. Panik punya pasal, handphone entah letak kat mana. Nasib baik ada telefon rumah, boleh ler call handphone untuk cari kedudukannya.

Lepas wife call saya, terus saya call seorang kawan untuk mohon bantuan. Tapi malangnya beliau juga masih di tempat kerja. Atas nasihat beliau, saya minta beliau berikan no telefon NHS 24 dan berikan kepada wife saya.

Dalam masa panik Umair dimandikan oleh mamanya kerana badannya yang panas. Umair terus menangis setelah sedar dari kekejangan. Lega sedikit apabila Umair memberikan reaksi. Setelah mendapat no telefon NHS 24, terus wife saya call.

Menurut kata wife saya, banyak betul soalan yang ditanya oleh pihak NHS ni. Tak berapa lama kemudian, ambulan dah sampai depan rumah. Pantas betul tindakan ambulan ni, macam dalam wayang filem.

Pada ketika itu, aku pula dalam perjalanan pulang. Umair dan mamanya menaiki ambulan ke Yorkhill Hospital. Kawan yang membantu saya mendapatkan no telefon NHS 24 ni pula menunggu saya di Anniesland Cross, tempat dimana saya akan turun.

Setelah menunggu lebih kurang, kawan ni pun sampai dan kami sama-sama ke Yorkhill Hospital. Apabila sampai di sana, rupa-rupanya Yorkhill Hospital ni betul-betul berdekatan dengan tempat kerja saya. Tapi kalau ikutkan memang saya pun tak tahu ambulan ni nak ke hospital mana.

Setelah menjalani pemeriksaan rapi dan membuat x-ray. Doktor yang memberi rawatan kepada Umair mengatakan yang Umair mengalami Febrile Convulsions. Namun ianya tidak serius, ianya adalah simptom badan menunjukkan suhu badan yang sangat panas.

Pada mulanya doktor suspek Umair menghidapi Pneumonia kerana nafas Umair berbunyi, namun setelah pemeriksaan X-ray dibuat paru-parunya tidak ada apa-apa. Cuma sebagai langkah berjaga-jaga, doktor berikan antibiotik untuk dimakan.

Lebih kurang jam 12.30 tengah malam baru kami balik ke rumah. Nasib baiklah teksi di sini pun 24 jam. Merasa la Umair naik ambulan kat UK ni.

2 Comments (+add yours?)

  1. wak gelas ™
    Nov 25, 2012 @ 20:24:02

    anak wak dulu pon kena sawan camni jugakkk.. UUhuuuu

    Reply

  2. © Aly Rd™ (@alyrds)
    Dec 03, 2012 @ 08:46:08

    fuh~… cemas ni!… get well soon umair!!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: