Walk at Whinny Hill Wood, Balloch

Salah satu aktiviti masyarakat scotland ialah Walk. Bahasa Melayunya berjalan ler. Bunyinya nampak biasa, tetapi ianya adalah salah satu aktiviti santai yang sering dilakukan oleh masyarakat setempat selain hiking.

Tidak ramai yang menyertai kali ini, hanya 3 orang sahaja termasuk saya. Ini kerana

Dalam banyak-banyak tempat, kami memilih untuk ke Whinny Hill yang terletak di Balloch. Di mana apabila sampai di penghujung perjalanan akan nampak satu scenery yang sangat menarik.

Kami mula bertolak ke Balloch sekitar jam 10.30am dan mula berjalan sekitar jam 11am. Cuaca yang cerah tidak semestinya tidak sejuk, memang aku silap pakai jaket. Sejuk sampai ke tulang sum-sum bak kata pepatah di dalam komik Hong Kong.

Pemandangan tepi tasik dengan adanya bot layar berlabuh membuatkan tempat tersebut kelihatan ekslusif. Memang sesuai untuk picnic, mempunyai tandas awam dan tempat barbeque. Taman permainan untuk kanak-kanak juga tersedia.

Kami menyulusuri belukar dan hutan Whinny Hill untuk ke tempat tersebut. Walaupun perjalanan memasuki hutan, tanda jalan penunjuk arah di setiap simpang sentiasa ada. Kami tidak perlu risau akan sesat. Kalau sesat sekalipun, ada ahli kami yang mempunyai gadget seperti kompas elektronik dan gps.

Bermula dengan laluan berturap, sampai ke laluan kecil, laluan off-road, kemudian laluan dalam hutan. Begitulah mencabarnya laluan ini, namun ianya biasa sahaja jika anda sememangnya sukakan aktiviti outdoor. Apa yang penting ialah kasut yang sesuai dan ianya mestilah Water Proof.

Sepanjang perjalanan kami jumpa stonewall yang menarik diselimuti lumut hijau. Memang unik dan jarang boleh nampak. Selalunya hanya boleh dilihat gambar di dalam internet, kali ini saya melihat sendiri keunikan alam ciptaan Allah SWT.

Jam telah menunjukkan 2.30pm, tetapi perjalanan kami baru masuk separuh, maknanya masih ada separuh lagi perjalanan untuk ke destinasi dan itu belum termasuk perjalanan patah balik ke kenderaan kami.

Setelah berbincang, kami sepakat untuk patah balik kerana separuh perjalanan lagi mengambil masa 1 jam setengah. Ini bermakna kami akan sampai destinasi lebih kurang jam 4pm. Oleh kerana sekarang adalah Autumn Season, malam lebih panjang dari siang. So, lebih kurang jam 4.30pm sudah mula gelap dan jam 5pm gelap sepenuhnya, dan ini amat bahaya buat kami yang pertama kali sampai.

Insya-allah ada rezeki akan datang baru kami akan ke sini semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: